
Aaira Mavisha dari Kolej Yayasan Saad, Melaka dianugerahkan tempat pertama pertandingan Global Essay Prize 2026 baru-baru ini di London Hilton on Park Lane, Mayfair, London, United Kingdom.
KUALA LUMPUR, 7 Okt – Seorang remaja dari Malaysia, Aaira Mavisha Habizan Rahman mencipta sejarah apabila memenangi Junior Global Essay Prize in History (Hadiah Esei Global Junior dalam Sejarah) 2026.
Aaira Mavisha memenangi hadiah itu yang dianugerahkan oleh Institut John Locke sekali gus menandakan kecemerlangan dalam perjalanan akademiknya.
Aaira Mavisha dari Kolej Yayasan Saad, Melaka dianugerahkan tempat pertama (first prize) pertandingan itu baru-baru ini di London Hilton on Park Lane, Mayfair, London, United Kingdom.

Pencapaian itu mengiktiraf keupayaan Aaira untuk mengetengahkan isu-isu sejarah menerusi penulisan kritikal, penyelidikan persendirian, alasan analitikal dan penulisan yang mengesankan.
Menurut satu kenyataan ringkas kepada K-Remaja, pertandingan John Locke Essay adalah pertandingan akademik antarabangsa yang menarik penyertaan ribuan pelajar sekolah dari lebih 180 negara, menyediakan satu platform bagi anak muda untuk meneroka persoalan-persoalan intelektual kompleks dan menunjukkan potensi akademik mereka.
“Pencapaian Aaira itu menunjukkan dedikasinya untuk belajar dan minatnya terhadap sejarah sekali gus menunjukkan potensi pelajar-pelajar dari Malaysia untuk sertai dan sukses di pentas pertandingan akademik antarabangsa,” katanya.

Kejayaan Aaira juga menggalakkan anak-anak muda Malaysia untuk meneruskan inkuiri intelektual dan membangunkan kemahiran penulisan mereka serta mencabar diri di luar bilik darjah.
Anugerah itu menjadi satu galakan dalam langkah kemajuan akademik Aaira dan menjadi aspirasi akan datang.
Untuk makluman, Institut John Locke atau John Locke Institute diabadikan namanya sempena nama seorang sejarawan dan ahli falsafah popular abad ke-17.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.