Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan agenda Reformasi Kerajaan MADANI sebagai “drama di hujung hayat”.
Boleh saja nak kritik.
Pembangkang memang tugasnya menyemak kerajaan dan reformasi yang belum selesai memang wajar terus dituntut.
Tapi bila perkataan “drama” digunakan, orang Kelantan mungkin ada soalan lain.
Kalau reformasi tiga tahun lebih dikatakan drama, isu terminal bas Kota Bharu yang berlarutan bertahun-tahun tu nak panggil apa?
Dokumentari bersiri?
Sebab isu terminal bas di ibu negeri Kelantan bukan cerita yang baru muncul semalam.
Rakyat sudah lama bercakap tentang keadaan terminal, keselesaan penumpang dan keperluan menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik untuk sebuah ibu negeri.
Sampai satu tahap, apabila isu itu kembali viral, ada pula yang mencadangkan usahawan Khairul Aming membantu melalui pelaburan.
Ada penyokong pula bertanya stesen bas nak macam mana lagi, “nak ada mall dan hotel ke?”
Padahal rakyat bukannya minta terminal bas macam lapangan terbang Dubai.
Nak tempat yang selesa.
Bersih.
Teratur.
Dan paling penting, projek penyelesaian yang dijanjikan siap.
Dalam masa sama, kerajaan yang Ahmad Fadhli gelarkan reformasinya sebagai “drama” sudah melaksanakan beberapa perubahan institusi.
Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal sudah ada.
Akta Audit dipinda.
Akta Perkhidmatan Parlimen dikembalikan.
Tak sempurna dan masih banyak reformasi perlu dibuat, tetapi sekurang-kurangnya ada benda yang sudah menjadi undang-undang.
Sebab itu kalau mahu sindir kerajaan pusat lambat reformasi, boleh.
Tapi kena bersedia juga apabila rakyat melihat rekod pentadbiran negeri sendiri.
Reformasi MADANI tiga tahun lebih dah dipanggil drama.
Stesen bas Kelantan yang bertahun-tahun jadi cerita tak habis-habis tu pula apa?
Kalau setiap tahun ada episod baharu, memang dah layak panggil dokumentari bersiri.
#NengokTV

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.