Semalam tak dapat tidur... Memikirkan banyak benda.

 



SYAM GHAZ




Sekiranya benar Gelombang Hijau-Biru ini berlaku dan menenggelamkan semua gelombang lain. Apa akan berlaku seterusnya?


Sabah dan Sarawak sudah mula bimbang, kerana kuasa tawar-menawar mereka akan semakin mengecil.


Cina dan India pun ada yang sudah suarakan kebimbangan tentang komitmen Gelombang Hijau ini tentang hak kewarganegaraan mereka.


Adakah suara mereka akan semakin diketepikan?


Apabila politik identiti dimainkan...

Bermula dengan "Sabah for Sabahan"..

Lepas itu "Johor untuk Bangsa Johor"..

Kemudian "Melayu ada tanah ni saja"..


Semua resepi ini nampaknya berjaya.


MCA dan MIC juga dimenangkan oleh Gelombang Hijau-Biru ini. Tiada sesiapa boleh nafikan.


Maka suara moderat akan semakin mengecil. Ramai yang anggap ini biasalah... Politik.


Tapi saya nampak ia lebih daripada politik. Ia ada dominasi. Ia adalah satu hegemoni.


Siapa yang lantang menyuarakan supaya "kuil haram" dirobohkan? --> mereka.

Siapa yang lantang mempersoalkan kerakyatan dan kemampuan berbahasa Melayu? --> mereka.

Siapa yang mempersoalkan harga diesel yang murah di Sabah dan Sarawak? --> mereka.


Jadi, sebab itulah saya tak tidur lena...


Mungkin bagi sesetengah orang, "Kapal PH dah nak karam..."

Tapi saya bimbang, "Kapal keharmonian kaum Malaysia yang bakal karam..."


Semoga ini semua tidak berlaku...


Apapun, pilihan di tangan rakyat. Kita hanya mampu berusaha...


Saya hanya mengharapkan kebangkitan suara moderat



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.