Penin... kenapa tak tambah ja Sukhoi jadi tambah jumlah readyness pesawat, nanti boleh cecah lah 100% readyness tu 😅

 





Penin... kenapa tak tambah ja Sukhoi jadi tambah jumlah readyness pesawat, nanti boleh cecah lah 100% readyness tu

😅
Bab tambah pesawat tu betul dah, tidak dinafikan, cuma bab 100% readyness tu tetap nak 100 juga ?
Waduh... gawat nih, bak kata jiran kita 😆
Jawapan dia balik pada soalan 👉 kenapa US yang banyak jet pejuang pun readyness pesawat cuma 70-80% sahaja, katalah Malaysia tambah lagi 18 sukhoi, tetap juga 70 % readyness, kenapa tak 100 readyness ? sebab netizen tertinggal perkara overall pesawat tu, yang terbang mission, yang masuk maintenance, sebab kalau tambah 18 lagi still pesawat kena lalui semua tu.
Segelintir kita ingat macam ni 👉
* Contoh ada 18 pesawat, 8 boleh terbang = 44% readiness = teruk. Kalau beli 36 pesawat baru, 36 boleh terbang = 100%. Padahal realiti air force satu dunia formula dia sama, tambah berapa banyak pun percentage tu tetap lebih kurang sama.
Sekali lagi, kenapa tak boleh 100% ? Admin dah jawab sebelum ni, takpa admin perjelaskan lagi sikit.
Sebab pesawat pejuang bukan kereta Myvi. Ini perumpamaan mudah nak beri faham...
Pesawat pejuang hidup dalam cycle yang dipanggil "Bathtub Curve". Cuba bayang satu pesawat 👉
Hari 1 - 100 hari : Pesawat baru lepas Depot. Boleh terbang. Status FMC (Fully Mission Capable).
Hari 101 : Lepas 100 jam terbang, kena masuk Phase Inspection. Kena buka enjin, check retak, tukar minyak, check ejection seat. 2 minggu grounded. Status jadi NMC (Non-Mission Capable).
Hari 300 : Kena tukar parts - contoh fuel pump rosak. Parts kena order dari Russia. Tunggu 3 bulan. Grounded.
Hari 600 : Dah 3 tahun, kena masuk PDM - Programmed Depot Maintenance. Barai satu pesawat sampai rangka. Check karat, wiring, semua. Ini 6-9 bulan grounded terus.
So dalam satu masa, dalam 18 pesawat tu 👉
- 3 buah dalam PDM (memang tak boleh elak)
- 2 buah tunggu parts
- 2 buah dalam phase inspection
- 11 buah je tinggal untuk fly
11 / 18 = 61%. Itu bukan sebab airforce tu malas, itu memang undang-undang fizik maintenance.
Jawapannya balik pada soalan 👉 contoh : Kenapa US pun 70-80% je walaupun ada 5,000 jet ?
Sebab US pun ikut undang-undang yang sama, cuma dia ada duit untuk buat lebih cepat.
Contoh F-35 US, diorang target 80% Mission Capable. Kenapa tak 100% ?
Sebab kalau nak 100%, kena ada :
2x ganda technician. Untuk 1 pesawat terbang, perlukan 10-15 orang juruteknik. Nak 100% readiness, kau perlukan 30 orang per pesawat. Ini sifir numbers, logiknya pun takkan boleh buat begini. US pun tak mampu nak gajikan. Lagi satu bila pesawat rotation, adalah time pesawat tu rehat bahkan juruteknik airforce pun dapat rehat.
Gudang spare parts 2x ganda. Enjin F-135 sebiji USD 14 juta. Nak standby 100 biji untuk 100% readiness ? Bankrupt...
Pesawat tak boleh terbang langsung. Ironinya, cara paling senang nak 100% readiness adalah jangan terbangkan langsung. Simpan dalam hangar berhawa dingin. Tapi buat apa beli jet kalau tak fly ? Lagi banyak kau fly, lagi banyak rosak, lagi rendah readiness.
Sebab tu doktrin air force satu dunia pakai konsep "Sustained Readiness", bukan 100% 👈 ni...
Kalau ada 18 pesawat @ 70% = 12 boleh terbang.
Kalau tambah jadi 36 pesawat @ 70% = 25 boleh terbang.
Percentage sama, tapi number absolute yang boleh pergi perang dah double. Itu yang Malaysia nak kejar bila nak ambil Hornet Kuwait tu, tapi cita-cita kita tak kesampaian, sebab Super Hornet Kuwait tak sampai penuh. Isunya bukan nak kejar 100%, nak kejar absolute numbers.
Netizen yang nak 100% tu suruh dia jaga 18 biji kereta buruk umur 15 tahun, tengok boleh ke 18 biji tu hidup serentak setiap hari tanpa satu pun masuk bengkel 😁
Begitulah yer... jangan marah, admin sampaikan jer biar sama-sama faham 😅
Rujukan laman-laman aviation dan Quora,
Oleh Salman Al Farisy

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.