Pertama sekali, saya pun tak suka judi. Kami tak sokong aktiviti yang boleh rosakkan masyarakat, terutama anak-anak muda.
Jadi jangan dok pusing cerita macam bila kami kritik kenyataan Sanusi, kami ni sokong judi. Tak. Kami pun tak mau judi. Apatah lagi nak mentekadarah hasil judi. Tapi soal kita tak suka judi dengan soal bidang kuasa undang-undang, itu dua benda berbeza.
Kerajaan Negeri Kedah sendiri yang bawa perkara ni ke mahkamah. Bila keputusan mahkamah tak menyebelahi Kerajaan Negeri, jangan pulak nama Perdana Menteri yang dipersalahkan.
Kalau keputusan dah dibuat oleh mahkamah, kita kena hormat. Kalau kamu nak perjuangkan pendirian Kerajaan Negeri, perjuangkanlah ikut saluran yang ada. Tak payah dok letak semua benda atas PMX.
Satu lagi, saya nak tegur bab bahasa.
Tak salah nak marah. Tak salah nak kritik Perdana Menteri. Kita pun dalam politik ni memang takkan setuju semua benda.
Tapi bila sampai guna perkataan macam “celaka” dan “pelaq”, saya rasa itu dah tak kena dengan kedudukan seorang Menteri Besar.
Kita boleh keras dalam politik, tapi bahasa tu biarlah ada batas. Menteri Besar bukan bercakap atas nama diri sendiri saja. Apa yang keluar dari mulut seorang Menteri Besar, rakyat tengok dan nilai.
Nak lawan hujah, lawan hujah. Nak kritik PMX, kritiklah.
Kalau tak setuju dengan keputusan Kerajaan Persekutuan, bagi sebab dan fakta.
Tak perlu maki hamun.
Kita orang Kedah ni memang jenis cakap terus terang. Tak salah pun. Tapi terus terang tak bermaksud kita kena buang adab.
Dan saya rasa rakyat Kedah pun boleh terima teguran yang keras kalau disampaikan dengan bahasa yang baik.
Jadi dalam isu judi ni, pendirian kami jelas kami tak suka judi dan kami tak sokong judi.
Tapi pada masa yang sama, kami tak setuju isu ni diputar sampai seolah-olah semua keputusan bergantung kepada Perdana Menteri.
Hormatilah keputusan mahkamah. Jaga bahasa. Jaga maruah jawatan.
Jangan dok berasa kita ja best!
Kita boleh berbeza politik tanpa hilang adab.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.