ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH KELANTAN BUKAN UNDANG UNDANG ISLAM YANG TIDAK BOLEH DICABAR

 






Pas sekali lagi cuba menipu rakyat dengan balutan agama. Enakmen Kesalahan Syariah yang mereka cipta dibungkus dengan agama seolah olah satu undang undang syariah yang tidak boleh dikritik dan dicabar.

Sebelum ini Pas telah berjaya membungkus partinya dengan bungkusan agama sehingga dilihat Pas sebagai Islam dan Islam itu Pas, parti lain yang bukan Pas dianggap tidak Islam atau liberal.

Mereka seronok menghina Nik Elin Nik Rashid kerana mencabar undang undang ciptaan mereka wpun jelas enakmen ciptaan mereka itu bukan undang undang syariah, bahkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka lupa Nik Elin adalah ibu kepada anak anak yang menjadi sepupu kepada Sultan Kelantan. Menghina dan memaki Nik Elin adalah menghina ibu kepada anak anak saudara Bonda Sultan Kelantan.

Arwah ayahnya Nik Abdul Rashid adalah salah seorang Jkuasa Teknikal Undang Undang Syarak/Sivil Kebangsaan yang semasa itu dipengerusikan oleh Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim, salah seorang penggubal/penyemak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan (Enakmen Hudud Kelantan).

Ambo pernah mengikuti pembentangan Kertas Kerja arwah dalam tulisan tangan yang ditulis dengan tulisan jawi berkaitan cadangan Penubohan Baitul Mal dan Pusat Zakat dalam satu Mesyuarat Jkuasa Teknikal Undang Undang Syarak/Sivil Kebangsaan di Kota Kinabalu sekitar tahun 1993.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.