👇
Projek Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa semata-mata untuk mengejar tarikh siap, sebaliknya memilih pendekatan lebih berhati-hati bagi memastikan hab pengangkutan itu tidak berdepan risiko terbengkalai atau menjadi projek ‘gajah putih’.
Menurut exco bertanggungjawab, kelewatan pelaksanaan projek itu berpunca daripada penelitian kerajaan Kelantan dalam memilih kontraktor yang benar-benar berkemampuan dari segi kewangan dan kepakaran.
Lambat tidak apa, asal jadi molek, ujar beliau.
Projek KB Sentral dilaksanakan menerusi dua fasa iaitu kerja-kerja tanah dan pembinaan terminal. Kerja penambakan dan penstabilan tanah yang melibatkan kos RM14 juta dijadual siap pada Mei 2027 dengan kemajuan semasa mencapai 40.7 peratus. Pembinaan terminal pula dimulakan seawal Jun 2027.
Kerajaan Kelantan jugak sedang mengumpulkan cadangan dan reka bentuk daripada syarikat yang berminat bagi menentukan model pembangunan terbaik untuk projek berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.