
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Seyyed Vali Reza Nasr di Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 13 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap, usaha diplomasi masyarakat antarabangsa dapat meredakan ketegangan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat.
Ketika menerima kunjungan hormat sarjana, penulis dan pakar hubungan antarabangsa terkenal dalam bidang politik Asia Barat serta pengajian Islam, Seyyed Vali Reza Nasr, Perdana Menteri menegaskan, pertemuan itu dimanfaatkan bagi bertukar pandangan tentang ketidak tentuan konflik global yang berlaku kini.

“Kami memanfaatkan ruang pertemuan ini untuk bertukar pandangan berhubung perkembangan konflik AS-Iran, termasuk implikasinya terhadap kestabilan geopolitik dunia, keselamatan serantau serta krisis bekalan tenaga global yang sedang dihadapi ketika ini.
“Moga segala ikhtiar dan usaha diplomasi yang digerakkan masyarakat antarabangsa dapat membantu meredakan ketegangan, seterusnya menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat,” katanya.

Menerusi perkongsian di media sosial itu juga, Perdana Menteri turut disertai Rektor Universiti Islam Antzrabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emiritus Datuk Dr Osman Bakar.
Walaupun terkesan dengan krisis di Asia Barat, Malaysia antara negara yang paling berjaya mengatasi krisis tenaga global selain China menurut laporan JP Morgan akhir bulan lalu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.