Khairy Puji PM Anwar Berjaya Stabilkan Ekonomi

Khairy Jamaluddin memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya menstabilkan ekonomi dan meningkatkan kedudukan Malaysia di mata pelabur pada 14 Mei 2026.
KUALA LUMPUR, 14 Mei – Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya menstabilkan ekonomi dan meningkatkan kedudukan Malaysia di mata pelabur.
Tetapi, beliau berkata, rakyat belum merasai manfaatnya, berkemungkinan kesan daripada ketidak tentuan politik global serta kenaikan harga barangan tertentu juga kesan daripada konflik berkenaan.
Ironinya, kenyataan Khairy disokong dengan fakta ekonomi Malaysia berkembang 5.3% pada suku pertama tahun ini, mengatasi pencapaian Thailand dan Singapura, manakala ringgit meneruskan prestasinya sebagai mata wang paling kukuh di Asia berbanding dolar Amerika untuk tahun kedua berturut-turut (2024 dan 2025).

“Rakyat tidak merasai angka makroekonomi, pertumbuhan KDNK, kadar pengangguran lebih rendah atau ringgit lebih kukuh,” katanya menurut Bloomberg.
Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata, pengundi muda mahu ahli politik yang benar-benar memahami kebimbangan mereka berhubung kos sara hidup, identiti, peluang pekerjaan dan mobiliti ekonomi.
Jelasnya, beliau memahami sentimen itu kerana dirinya berada dekat dengan masyarakat.
“Saya telah berbual dengan rakyat Malaysia selama tiga tahun, sama ada melalui audio siar saya atau radio,” katanya.
Untuk rekod, Malaysia antara dua negara selain China setakat ini kerana mempunyai struktur tenaga serta kekuatan ekonomi yang lebih stabil berbanding negara lain di rantau ini.
Penganalisis JP Morgan pada kenyataan 29 Mac lalu menjangkakan ekonomi Asia dijangka berdepan risiko tinggi sekiranya berlaku kejutan dalam sektor tenaga global.

“Situasi ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga global, sekali gus memberi tekanan kepada inflasi dan pertumbuhan ekonomi,” kata Rajiv Batra dalam sesi temu bual bersama CNBC “Squax Box Asia” baru-baru ini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.