Delegasi Perniagaan AS-ASEAN Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN di Perdana Putra, Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 13 Mei – Kunjungan hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN (USABC), Duta (Bersara) Brian McFeeters serta delegasi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencerminkan persefahaman kukuh kedua-dua pihak.

Menerusi hantaran di laman media sosial hari ini, Perdana Menteri berkata, kunjungan berkenaan diadakan bersempena dengan Misi Perniagaan Malaysia 2026 diketuai McFeeters.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN di Perdana Putra, Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pertemuan itu jelas Anwar, membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi memperkukuh pelaburan dan kerjasama strategik merentas pelbagai sektor antara AS dan ASEAN, khususnya Malaysia.

“Saya tegaskan bahawa Malaysia terus mempertingkat daya saing negara melalui kerangka ekonomi yang jelas seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) yang lebih bersasar dan berasaskan hasil,” ujar Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN di Perdana Putra, Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, usaha itu memperjelas komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kemampanan, daya tahan ekonomi dan penaiktarafan industri negara, di samping memastikan pelaburan berkualiti terus memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 22 firma dari AS menyertai misi pelaburan di Malaysia bagi meninjau peluang pelaburan merentas pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN di Perdana Putra, Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

McFeeters dilaporkan berkata, delegasi beliau terdiri daripada firma merangkumi kecerdasan buatan (AI), tenaga, perkhidmatan kewangan dan industri insurans.

Mengiringi Anwar pada kunjungan berkenaan ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan serta Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN di Perdana Putra, Putrajaya pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.