Semua ADUN BN Negeri Sembilan Tarik Sokongan Kepada MB

 


Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata beliau bersama 13 lagi Adun mewakili BN menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH).

SEREMBAN, 27 Apr – Semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata, keputusan dibuat susulan krisis didakwa membabitkan institusi perlembagaan negeri yang kini menjadi perhatian umum.

Katanya, beliau bersama 13 lagi ADUN yang mewakili BN amat dukacita dan kecewa dengan krisis yang berlaku.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika merasmikan Istiadat Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN ke-15 di Seremban pada 23 April 2026. Foto Facebook Aminuddin Harun

“Semua 14 ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan, dengan ini, sebulat suara, hilang kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata, Aminuddin sewajarnya memainkan peranan dan menggunakan kebijaksanaannya dalam menangani kemelut itu.

Katanya, krisis itu dilihat berpotensi ‘menjejaskan’ pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dan memberi kesan mendalam kepada kestabilan serta keharmonian rakyat.

Belum pasti sama ada kerajaan negeri akan ditadbir menteri besar baharu selepas ini kerana Pakatan Harapan (PH) memiliki 17 kerusi DUN dan Perikatan Nasional (PN) lima.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.