DULU ADA AYAH BOLEH LA ...SEKARANG TIDAK LAGI

 

Anak Daim Mengaku Tak Salah Gagal Patuh Notis Isytihar Saham 5 Syarikat



Asnida Abdul Daim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7 April 2026 atas kesalahan gagal mematuhi notis mengisytiharkan pegangan saham di lima buah syarikat.

KUALA LUMPUR, 7 Apr – Asnida Abdul Daim Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dakwaan gagal mematuhi notis untuk mengisytiharkan pegangan saham di lima buah syarikat, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

“Minta bicara,” katanya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) [Akta 694] bertarikh 8 November 2023.

Kenderaan SUV yang membawa anak perempuan Tun Daim Zainuddin, Asnida tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 6 April 2026. Foto Bernama

Notis itu dihantar kepadanya oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023.

Kegagalan tidak mematuhi notis berkenaan adalah dengan tidak mengisytiharkan harta iaitu pegangan saham di lima syarikat.

Syarikat terbabit adalah Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, pada 13 Disember 2023.

Sehubungan itu, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.