1. Sebenarnya isu ni berpunca daripada seorang individu di “rumah No. 4” yang tak bersetuju dengan aktiviti surau yang dah lama wujud di kawasan tersebut.
2. ADUN Teratai dari DAP pun dah cuba ambil pendekatan baik sebagai pemudah cara — atur dialog antara individu tersebut, pihak surau dan agensi berkaitan supaya boleh bincang secara harmoni.
3. Tapi semasa pertemuan berlaku, individu tersebut telah menyebarkan satu dokumen yang didakwa sebagai “minit mesyuarat”.
4. Masalahnya, dokumen tu nampak pelik — tak seperti minit mesyuarat rasmi, sebaliknya lebih kepada senarai permintaan individu itu sendiri. Dari situ mula timbul salah faham.
5. Tambahan pula, dokumen tersebut bukan datang daripada ADUN berkenaan dan mengandungi unsur yang boleh mengundang provokasi serta menggugat keharmonian.
6. Pusat khidmat ADUN telah segera membuat laporan polis, dan pertemuan yang dirancang kemudiannya akhirnya terpaksa dibatalkan.
7. Kalau dilihat secara keseluruhan, ini sebenarnya isu melibatkan individu tertentu sahaja — bukan isu masyarakat atau antara kaum.
8. Negara kita dah lama hidup dalam suasana harmoni. Aktiviti surau, masjid dan laungan azan adalah perkara biasa, dan majoriti masyarakat, termasuk bukan Islam, boleh menerima dengan baik.
9. Jadi tak perlulah kes terpencil macam ni diperbesarkan sampai nampak seolah-olah satu Malaysia ada masalah.
10. Lebih baik diselesaikan secara tenang antara pihak terlibat, tanpa perlu keruhkan keadaan atau sebar naratif yang tidak tepat.
11. Mengikut kenyataan pengerusi surau, usaha penyelesaian secara dalaman memang sudah dibuat bersama ADUN.
12. Cuma, tak semena-mena, isu yang asalnya melibatkan AJK, ada yang menarik masuk pihak luar dan disensasikan di media.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.