Isu lonjakan harga diesel hangat diperkatakan, sehingga tersebar dakwaan ia telah membebankan golongan tertentu seperti pesawah dan nelayan.
Di sebalik naratif “diesel mahal” itu, kerajaan sebenarnya masih mengekalkan subsidi bersasar kepada beberapa sektor penting termasuk nelayan, pengangkutan awam dan lori barangan.
Mengikut data Kementerian Kewangan, nelayan masih menikmati diesel pada harga RM1.65 seliter, manakala pengangkutan awam pada RM1.88 seliter dan lori pengangkutan barangan RM2.15 seliter.
Bagi pemilik kenderaan diesel individu, kerajaan turut menyediakan bantuan tunai melalui program BUDI bagi mengurangkan kesan kenaikan harga.
Untuk rekod, bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026, harga diesel mencatatkan peningkatan sebanyak 80 sen kepada RM5.52.
Namun, tidak semua pengguna membayar harga yang sama.
Terdahulu, tersebar dakwaan kononnya petani dan pesawah, termasuk di Pantai Timur marah kepada Kerajaan MADANI susulan kenaikan harga diesel.
Sedangkan sektor pertanian sebenarnya tidak terjejas dengan kenaikan harga diesel kerana kerajaan telah melaksanakan subsidi diesel bersasar khusus bagi melindungi petani atau pesawah.
“Diesel Malaysia paling mahal atau sekadar naratif malas semak fakta? Sedap bunyi bila ulang-ulang. Tapi hakikatnya, ia separuh benar.
“Betul kah Kerajaan naikkan harga diesel secara total? Hakikatnya, setiap liter diesel: Nelayan masih bayar RM1.65; Bas awam RM1.88; Lori barang RM2.15. Rakyat yang memiliki kereta diesel pula ada bantuan tunai. Jadi mahal untuk siapa sebenarnya?
“Masalahnya bukan harga semata.Masalahnya ada yang suka ambil satu angka, terus buat kesimpulan,” demikian ulasan ISLAH berhubung isu ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.