Pelbagai pihak khasnya netizen Malaysia mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya membuktikan diplomasi antarabangsa Malaysia – Iran telah berjaya.
Ini berikutan keputusan Kerajaan Iran membenarkan kapal Malaysia melalui selat Hormuz yang sedang dikepung oleh negara itu sekarang.
Bukan itu sahaja, Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi siap ucap terima kasih kepada Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana konsisten mempertahankan Iran, menegur US-Israel dan menyokong keadilan sejagat.
Iran bertindak menyekat Selat Hormuz yang menjadi laluan 20 peratus minyak dan gas dunia ekoran Tindakan Amerika dan Israel menyerang negara tersebut.
Akibat sekatan itu, 48 peratus bekalan minyak dan gas untuk Malaysia yang dibawa melalui selat itu tersekat sebelum ini.
Iran memutuskan kapal Malaysia antara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz bersama beberapa negara yang lain termasuk India, China, Indonesia dan lain-lain.
Ekoran itu, pelbagai pihak mendoakan kebaikan untuk Anwar.
Samsuddin Hamad menulis, “Moga kekal PM penggal depan.. Aamiin.”
Penulis Ismail Hashim menulis, “Inilah doktrin Anwar – diplomasi ketamadunan – saya sedang siapkan bukunya.”
Haji Khairul pula menulis, “Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala. Mungkin harga asas petroleum tak naik tetapi barangan import kenaikan mungkin tak juga dapat dielakkan…”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.