Oleh NIK HASYUDEEN
Donald Trump seperti biasa menggunakan media untuk mempamerkan bahawa dia masih Abang Long kawasan. Hari ni dia mendakwa menang dan menawarkan syarat-syarat perdamaian kepada Iran.
Amat pelik sekiranya Iran masih nak berunding dengan Amerika seperti dahulu. Sudah dua kali Iran diserang oleh Amerika-Israel ketika berunding dengan Amerika. Itu rekod yang tidak boleh dinafikan.
Saya ada terbaca bahawa Menteri Luar Iran menyatakan bahawa Iran hanya mahu berunding melalui pihak ketiga, tidak secara lansung dan tidak lagi secara lansung dengan Amerika. Jadi, mengapa Trump masih terhegeh-hegeh walaupun kita tahu Israel serta pengkalan-pengkalan Amerika di Teluk kena teruk setiap hari?

Amerika perlu mengekalkan imej bahawa mereka merupakan negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang tidak boleh dikalahkan. Begitu juga dengan Israel. Namun, saya yakin kebanyakan negara di dunia sudah membuat penilaian berkenaan prestasi mereka di Iran dan di Teluk. Mereka kena tampar kaw-kaw.
Iran masih mengenakan sekatan perjalanan di Teluk Hormuz. Ini yang menjadikan Amerika kelam kabut. Ia sedang menggerakkan tentera merin dan infantri ke lokasi itu. Ramai bekas-bekas perancang tentera Amerika yang tidak nampak logik gerakan berkenaan. Namun, Trump kini tersepit kerana imej kekebalan Amereka sudah koyak.
Trump juga kena mempastikan rakyat Amerika berada di belakang dia. Agak pelik juga kerena dilaporkan ramai rakyat Amerika tidak menyokong peperangan ini kerana di dalam kaedaan biasa, rakyat akan menyokong kerajaan di dalam peperangan. Lihat sahaja tunjuk perasaan di Iran setiap malam bagi menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan.
Anda boleh belajar berkenaan propaganda kerajaan dan manipulasi media sekiranya anda mahu belajar dari peperangan Iran ini. Tengok apa yang dilakukan oleh kesemua pihak. Yang mana memberikan maklumat dan yang mana goreng sampai hangus.
Kemudian tanya diri sendiri, adalah propaganda dan manipulasi media ini terhad semasa perang Iran sahaja? Jangan segan untuk menjawabnya dengan tenang dan berani.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.