Shahrir Ismail
Bayangkan sebuah kota besi berkuasa nuklear yang membawa puluhan jet tempur dan ribuan tentera elit.
Kini, bukan satu, tetapi tiga buah kota terapung gergasi ini sedang dihimpunkan serentak di satu perairan yang sama.
Amerika Syarikat kini sedang melakukan satu pergerakan armada ketenteraan yang amat gila dan tidak pernah dilihat semenjak kempen pencerobohan Iraq pada tahun 2003 yang lalu.
Pentadbiran Washington telah memberi lampu hijau untuk menghantar kapal pengangkut pesawat ketiga mereka iaitu USS George H.W. Bush ke wilayah bergolak tersebut.
Raksasa laut ini akan menyertai dua lagi 'saudaranya' yang sudah sedia mengepung perairan Arab iaitu USS Abraham Lincoln dan USS Gerald R. Ford.
Tindakan menghimpunkan tiga buah kapal induk di satu wilayah yang sama bukanlah satu kebetulan, amaran atau tayangan otot diplomasi.
Ini adalah isyarat mutlak bahawa blok Barat sedang bersiap sedia untuk melancarkan satu kempen pengeboman berskala gergasi ke atas musuh-musuh mereka.
Setiap satu kapal induk ini mampu membawa sehingga 90 buah pesawat tempur pelbagai peranan.
Apabila digabungkan ketiga-tiganya, Amerika Syarikat secara asasnya telah memindahkan kekuatan tentera udara sebuah negara bersaiz sederhana terus ke muka pintu perairan Timur Tengah.
Mereka juga tidak bergerak bersendirian.
Rombongan kapal induk Amerika ini sentiasa dikawal dan diiringi oleh formasi kapal pemusnah serta kapal selam berkuasa nuklear yang sarat dengan peluru berpandu jelajah.
Melihat kepada situasi yang semakin mendidih ini, negara sekutu Barat yang lain juga mula mengerahkan aset tempur mereka demi menyokong pergerakan Washington.
Perancis telah menghantar kapal induk berkuasa nuklear tunggal kebanggaan mereka iaitu Charles de Gaulle ke laut Mediterranean bagi mempertahankan operasi ini.
Negara seperti Australia juga mula mengatur gerak aset logistik dan kapal pendaratan amfibia mereka ke rantau Asia Barat bagi bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan terburuk.
Kehadiran armada perang antarabangsa ini jelas disasarkan kepada kem-kem proksi dan juga sebagai persediaan pantas untuk bertembung secara langsung dengan Tehran jika keadaan memaksa.
Bagi yang tertanya-tanya mengapa pergerakan kapal ini sangat digeruni oleh dunia, mari kita bedah teknologi yang ada di dalam setiap raksasa laut ini.
Sebuah kapal pengangkut pesawat AS (terutamanya kelas Nimitz dan kelas Ford yang terbaharu) bukanlah sekadar kapal biasa.
Ia adalah sebuah 'kota terapung' seberat lebih 100,000 tan dan sepanjang tiga padang bola sepak yang diletakkan di tengah lautan.
Berikut adalah spesifikasi teknologi mereka yang tidak masuk akal:
1. Janakuasa Nuklear Tanpa Had: Kapal-kapal ini tidak menggunakan minyak diesel. Ia dikuasakan oleh dua buah reaktor nuklear di dalam perut kapal. Ini bermakna, kapal ini boleh berlayar tanpa henti mengelilingi dunia selama lebih 20 tahun tanpa perlu mengisi bahan api walau setitik pun.
2. Sistem Pelancar Katapel (Catapult): Bagaimana jet tempur yang berat boleh berlepas dari landasan kapal yang sangat pendek? Kapal kelas Nimitz menggunakan kuasa wap bertekanan tinggi, manakala kapal tercanggih USS Gerald R. Ford menggunakan sistem pelancar elektromagnetik (EMALS). Sistem ini mampu merembat dan 'melastik' jet tempur seberat 20 tan dari kelajuan sifar ke 250 kilometer sejam hanya dalam masa dua saat!
3. Kapasiti Tentera Udara Bersaiz Sebuah Negara: Setiap kapal mampu memuatkan 60 hingga 90 buah pesawat tempur canggih (seperti F-35C Lightning II dan F/A-18 Super Hornet), helikopter, dan pesawat radar pengesan.
4. Populasi Manusia: Setiap kapal ini dihuni oleh lebih kurang 5,000 orang anak kapal dan juruterbang. Ia dilengkapi dengan loji penyulingan air laut, hospital lengkap dengan dewan bedah, stesen televisyen sendiri, dan dewan makan yang beroperasi 24 jam sehari.
Apabila tiga buah raksasa laut berspesifikasi ini berkumpul di satu perairan yang sama, ia bermaksud Amerika Syarikat sudah bersiap sedia untuk meratakan mana-mana negara yang berani menentang mereka.
Kesimpulannya tuan-puan, dunia kini sedang berada tepat di pinggir sebuah peperangan yang amat dahsyat.
Keangkuhan kuasa penjajah yang sentiasa mahu menjadi 'polis dunia' ini hanya akan menjerumuskan Timur Tengah ke dalam satu lagi lautan darah yang tidak berkesudahan.
Subhanallah. Jika kita renungkan kembali kerakusan sistem Dajei moden pada hari ini, ia jelas membuktikan betapa berkesannya hasutan setan jahat dalam meracuni jiwa pemimpin kuasa besar dunia.
Mereka sanggup membedil negara orang, meratah nyawa ratusan ribu manusia yang tidak berdosa, dan menghancurkan keamanan sejagat semata-mata demi mengekalkan ego serta poket mereka sendiri.
Tuan-puan, selagi mana umat manusia terus berpecah dan leka, selagi itulah armada besi milik sang penindas ini akan terus bermaharajalela mencengkam perairan kita.
Itu pun, dekat negara kita, ada geng-geng yang seolah-olah cakap "Iran yang jolok sarang tebuan dulu". Serius, saya tak boleh "brain".

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.