TAHANAN KERJA BAWAH PERINTAH AM BAB D


Che Ibrahim






Mana mana penjawat awam yang didapati telah melakukan satu salahlaku atau pelanggaran tatatertib yang serius boleh dikenakan perintah Tahan Kerja selama tempoh tidak melebihi 60 hari bagi tujuan siasatan. Dalam tempoh tersebut penjawat awam itu hendaklah dibayar gaji penuh. 


Apabila Pihak Berkuasa Tatatertib telah memulakan satu prosiding tatatertib ke atas pegawai itu, dia hendaklah ditahan kerja dengan dibayar separuh gaji sehingga kes tatatertibnya selesai. 


Seorang pegawai juga boleh dikenakan perintah Tahan Kerja dengan dibayar separuh gaji apabila apa apa prosiding jenayah telah dikenakan ke atas pegawai itu di mana mana mahkamah. 


Maknanya seorang pegawai tidak boleh ditahan kerja kecuali satu prosiding tatatertib  atau pertuduhan jenayah ke atasnya telah dimulakan.


Setakat yang saya faham, pegawai berkenaan hanya digantung tugas, bukan gantung kerja. Maknanya dia "direhatkan" dari kerja kerja rutinnya.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.