JKOM GAGAL

 





RAFIZI Ramli


Saya ditanya tentang fungsi dan keberkesanan J-KOM dalam menyampaikan maklumat.





Satu benda yang orang jarang nampak:


Masalah kita bukan bermula dengan J-KOM. J-KOM cuma simptom.


Sejak wujud internet & media sosial, hampir semua kerajaan gagal mencari formula komunikasi yang betul: 


Bagaimana nak terangkan dasar dengan jelas, tanpa belanja ratus juta duit rakyat untuk “naratif”.


Sebab tu saya selalu jawab bila orang tanya, “Kenapa YB tak selalu keluar TV, tak banyak dalam surat khabar?”


Jawapan dia mudah: saya tak nak bayar.


Ramai yang tak tahu, setiap kali ada Menteri yang muka dia muncul selalu di TV & media, itu biasanya bukan “coverage percuma”.


Ada bajet, dan yang bayar, akhirnya, ialah rakyat. Dari zaman Najib sampai Ismail Sabri.


Setiap kali kerajaan nak umum program, bajet pengiklanan boleh cecah berjuta-juta.


Influencer 2 minit cakap depan kamera pun boleh sampai puluh ribu.


Saya pilih jalan lain:


1. Saya duduk depan iPhone, rakam sendiri, edit sendiri.


2. Tak ada lighting crew, tak ada 7–8 orang ikut belakang.


Yang penting ialah tak membazirkan duit rakyat.


Sebab itu saya kata, J-KOM RM16 juta cuma cebisan kecil daripada masalah lebih besar:


Cara kerajaan berkomunikasi masih bersandar pada model lama: beli iklan, beli ruang, beli perhatian.


Kalau kita betul-betul nak jaga wang rakyat, kita kena berani rombak sistem, bukan sekadar tukar nama jabatan.


Tonton ulasan isu J-KOM di video ini:

https://youtu.be/iDuWZjxKTgM?si=lTWpvfCgj8r2aBy2




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.