HUBUNGAN UMNO - DAP BAKAL BERAKHIR??











Tadi ambo ada tulis bagaimana kisah hubungan Pas - Dap berakhir setelah sekian lama " bertahalluf siyasi secara rasmi, ada dokumen yang mengikat hubungan Pas - Dap dan ada keputusan rasmi dari Majlis Syura Ulama' Pas yang menghalalkannya. 


Pas mendakwa hubungannya dengan Dap putus kerana Dap menentang hudud, Dap pula berhujah tidak dapat bersama Pas kerana sikap Pas yang berdolak dalih dan hubungan sulit dengan UMNO di saat mereka bersama dalam PR. 


Apa pula yang akan berlaku kepada hubungan UMNO - Dap??


Semua orang tahu hubungan Umno dengan Dap bukan dibuat atas persefahaman politik atau dibina atas kehendak masing masing, tetapi hubungan yang dibina atas dasar  " terpaksa " selepas tidak ada parti yang menang dalam PRU 2022.


Semenjak itu, walaunpun Umno dan Dap sama sama berada dalam Kerajaan Madani, tapi hubungan sah antara UMNO dan Dap belum berlaku, masih dalam tempoh percubaan dan mencari cari keserasian. Di peringkat "anak anak", masih ramai yang enggan merestui perkahwinan paksa ayah mereka dengan Dap. Si ayah pula, berhempas pulas berusaha menyakinkan anak anak bahawa perkahwinan ini baik untuk masa depan UMNO.


Di sebelah Dap pula, mereka tidak kisah dengan siapa mereka bersama, yang penting kepentingan mereka tidak tergugat dan Dap sudah "perit" jadi pembangkang, kalau boleh tak mahu dah jadi pembangkang.


Bagi ambo, sindiran Yeo Bee Yin kepada Najib yang gagal mendapat tahanan rumah hanyalah pencetus atau minyak yang tertumpah kepada api yang sedang menyala. Najib sendiri pernah buat sindiran yang hampir sama.


Sebenarnya UMNO kecewa kepada keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepada Najib, tetiba Yeo Bee Yin mengejek pula!!.


Pas sedang menunggu nunggu cinta kali ke 3nya kepada UMNO bersahut lagi di saat UMNO sedang seronok menikmati kuasa bersama Kerajaan Madani. Sebahagian anak anak UMNO pula masih ada yang tergila gila kepada Pas lalu mengguna kesempatan yang ada menghasut si ayah bercerai segera.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.