PRU Sabah: PM Anwar Jelaskan Mengapa Kena Sokong Parti Kerajaan

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO

TENOM, 16 Nov – Hanya kerjasama erat antara parti tempatan di Sabah dan parti nasional yang mampu memastikan kesinambungan pembangunan wilayah ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah ke-17, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Majlis Program Ramah Mesra Harapan Urang Sabah Bersama Masyarakat Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, Sabah telah mencapai banyak kemajuan di bawah pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO

“Saya setuju kita perlukan parti nasional dan parti tempatan, kerana kalau tiada kerjasama… tidak jalan (pembangunan), jangan sombong dan yang kita tolak adalah orang jahat dan mahu curi duit rakyat, malas kerja.

“Kalau dia baik dan bekerja kita sokong, tengok rekod dia. Kalau saya tidak buat apa-apa, masalah jalan dan air tidak akan selesai,” kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO

Turut hadir pada majlis itu, calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar dan jentera PH yang bersemangat sejak awal pagi lagi.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata kemenangan PH dalam PRU Sabah ke-17 penting untuk memastikan kelangsungan kerjasama yang mantap antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO

“PH bukan mahu rebut jawatan Ketua Menteri, kita bertanding kerana mahu kekalkan dasar dan mahu bekerjasama dengan negeri. Kita mahu bangunkan Sabah, ini yang penting.

“Kenapa kena sokong parti kerajaan? Kerana banyak lagi masalah yang belum diselesaikan. Masih ada masalah air, jalan berlubang dan elektrik. Kita mahu ada hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan agar masalah ini dapat diselesaikan segera,” kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO

Pada PRU kali ini, Jamawi calon daripada KEADILAN, bertanding atas tiket PH berdepan saingan tujuh penjuru di DUN Melalap yang terletak dalam Parlimen Tenom, kira-kira 140 kilometer dari Kota Kinabalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU Sabah pada 29 November manakala hari mengundi awal pada 25 November.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menghadiri Program Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau, Melalap, Tenom pada 16 November 2025. Foto PMO


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.