JANGAN BAIK SANGAT. DIA TELAH MEMPORAKPERANDAKAN NEGARA. TANGKAP SUMBAT LAM JEL. LUKU SEDAIH KEPALA.TAK GUNA PUNNYA MANUSIA

 


Isu inkues Zara: Aktivis Mona Din mohon maaf kepada Peguam Negara

Aktivis Che Muna Din atau nama Facebooknya Mona Din membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Peguam Negara selepas didakwa memuat naik hantaran bersifat menghina mahkamah berhubung prosiding inkues kematian  Zara Qairina Mahathir.

Dalam satu hantaran, aktivis berkenaan berkata dia tidak pernah mempunyai maksud untuk mempertikai atau campur tangan di dalam prosiding Mahkamah Koroner yang sedang berjalan. 

Katanya, dia juga tidak mempunyai niat jahat untuk mahu mempengaruhi pandangan serta persepsi masyarakat, apatah lagi Hakim Mahkamah Koroner yang sedang menjalankan prosiding inkues.


“Saya berjanji untuk tidak lagi membuat sebarang hantaran yang boleh dianggap mengganggu sistem keadilan dan menghina mahkamah.



“Justeru itu, saya telah telah pun memadam posting berkenaan pada 13 September 2025 jam 6.18 petang,” katanya.



Terdahulu Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menyerahkan notis untuk tunjuk sebab kepada Mona Din kerana memuat naik hantaran bersifat menghina mahkamah pada 4 September lepas.

Penelitian AGC mendapati hantaran dimuat naik Mona Din, antara lain telah mempertikaikan keterangan saksi pakar iaitu Pakar Patalogi Forensik di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Dr Jessie Hiu yang berpotensi mempengaruhi pandangan awam serta mengganggu perjalanan prosiding Inkues yang sedang dijalankan.



AGC memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses keadilan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian.









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.