KEMUNCULAN RAFIZI RAMLI MENCURI TUMPUAN RAMAI DI PERSIDANGAN ASEAN!


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli muncul pada hari kedua Sidang Kemuncak Asean ke-46 dan persidangan berkaitan. Beliau menghadiri Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) ke-16 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula 8 pagi. Beliau menyertai Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Mohamad Hasan pada mesyuarat peringkat tinggi itu, yang turut menyaksikan kehadiran pemimpin serantau termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto. Rafizi dilihat bersalaman dengan Anwar dan perwakilan Asean lain sebaik tiba. Kehadirannya menarik perhatian susulan spekulasi mengenai masa depannya dalam Jemaah Menteri, selepas tewas pemilihan jawatan timbalan presiden PKR, Jumaat lalu. Pada 10 Mei lalu, Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau sedia meletak jawatan dalam Kabinet jika gagal mempertahankan kedudukan dimenangi pada pemilihan 2022. Rafizi yang mendapat 3,866 undi. tewas kepada Nurul Izzah Anwar yang memperoleh 9,803 undi




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.