APA PUN JANGAN BAGI PADA PAS.

 


Pemilihan PKR dah selesai. Yang kalah tetap kalah. Yang menang tetap menang.


Yang kecewa lalu tak nak undi PKR lagi, itu hak masing². Yg tak nak keluar mengundi PRU16, itu hak masing². Kalau dulu nak buat undi rosak, skrg tak kedengaran pulak, pun hak masing².


Yang pasti, pemilihan PKR ibarat gaduh adik beradik.  Yang pasti, takkan PRU16 kita nak undi PAS. Takkan PRU16 nak bagi PAS jadi kerajaan kot. NAUZUBILLAHIMINZALIK!


Daripada bagi pepuak PAS yg kita tak kenal jadi kerajaan, atau yg kita kenal tak perform jadi kerajaan. Lebih baik kita bagi orang yang kita kenal terus menjadi kerajaan. Hati yg panas akan sejuk. Yg susah tak selamanya susah. Yg senang tak selamanya senang.  Kitaran itu pasti. Allah sebut 2 kali dalam surah al-Insyiirah bahawa setiap kesusahan itu akan disertai kemudahan. Apa nak heran.


Akhir kata, takkan kita nak tengok Hj Hadi kembali menjadi Duta Khas Timur Tengah. Abahkau jadi PM kali kedua.  TITM jadi menteri MEWA. Paling parok Mat Jargon jadi Menteri Ekonomi. Kang dicetaknya duit RM50 berguni² kang baru ada akai?


Ambil masa tenangkan diri. Kita org jantan ni akalnya selilit rumah. Yg penting, jaga keluarga & jaga ekonomi sendiri. Tak mendatangkan beras, skip aje.


Tuan Guru Ariff Kadir Al-Katami

Calon Presiden PAS (jika PAS bertelur buat pertandingan)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.