Malaysia Perlu Anjakan, Tidak Boleh Tersekat Dalam Naratif Perkauman, Agama – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SUBANG JAYA, 18 Apr – Malaysia tidak boleh lagi berada dalam situasi perubahan yang biasa, sebaliknya memerlukan satu lonjakan luar biasa bagi memastikan negara maju dalam kerangka MADANI, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, walaupun lonjakan bersifat luar biasa itu berisiko mengundang ketegangan politik dan sosial, negara tiada pilihan dan perlu melaksanakannya demi manfaat masa depan.

Beliau berkata, negara tidak boleh tersekat lagi dalam naratif tertentu seperti memainkan isu agama dan kaum yang menyebabkan rakyat lesu, sekali gus gagal ke depan sedangkan dunia sedang melalui perkembangan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kalau Malaysia hendak menjadi negara maju dalam kerangka MADANI, mesti ada lonjakan dan ‘quantum league’, tidak boleh dalam kadar perubahan biasa.

“Kalau kita tanya diri kita adakah pilihan, jawapannya tidak, maka pilihannya adalah membujur lalu, melintang patah.

“Naratif perlu berubah kalau tidak balik-balik soal kaum, agama. Saya tidak kata kaum atau agama tidak penting, tetapi naratif itu menyebabkan kita lesu dan tidak ke depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam (kempen) pilihan raya kecil, (isu dimainkan) kata kita jual negeri kepada China ataupun hal yang sebenarnya melelahkan, sedangkan orang sekarang membicarakan mengenai tenaga dan AI,” katanya pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di sini, malam ini.

Hadir sama Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dan Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Mengulas lanjut lonjakan diambil kerajaan, Perdana Menteri berkata ia termasuk penyasaran subsidi negara yang memerlukan langkah berani serta kebijaksanaan untuk berdepan dengan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, dari segi pembinaan teorinya, suatu pendekatan baharu perlu dibawa dengan semangat perubahan harus berlaku dalam kalangan rakyat sendiri.

“Jika negara terus dengan pendekatan subsidi yang popular, ia membebankan kerana tiada negara yang bagi subsidi kepada 3.5 juta rakyat asing serta subsidi elektrik dan minyak kepada orang yang paling kaya di Malaysia.

“Ini harus ada keberanian tetapi kita juga akan berdepan dengan rakyat yang memerlukan kebijaksanaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.