Sebanyak 13 akaun bank dengan simpanan berjumlah RM9.33 juta dilaporkan telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kesemua akaun itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Berita Harian, akaun-akaun berkenaan disita selepas siasatan dilakukan terhadap empat bekas pegawai Ahli Parlimen Bera itu.
Pihak polis masih belum dapat merekodkan keterangan Ismail berikutan tahap kesihatan pemimpin BN itu yang merosot.
Terdahulu siasatan mendalam SPRM telah membawa kepada serbuan di tiga premis, yang akhirnya menemukan pelbagai mata wang asing bernilai RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominium.
Susulan itu SPRM berkata Ismail kini adalah suspek dalam siasatan tersebut.
Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana yang digunakan kerajaan Keluarga Malaysia bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.