Lelaki ‘delete’ akaun lepas tuduh masjid di Perak tidak dibenar azan guna pembesar suara
Seorang pengguna Facebook mengundang kemarahan ramai selepas memuat naik hantaran berbaur fitnah, mendakwa sebuah masjid di Perak tidak dibenar melaungkan Azan menggunakan pembesar suara.
Pengguna menggunakan akaun Zam Rich cuba mengaitkan kerajaan MADANI kononnya telah melarang azan menggunakan pembesar suara.
“Di Masjid Air Kuning Taiping, Perak dah tak boleh azan guna pembesar suara. Sejak kerajaan madanon ni. Orang Islam dan Melayu tak nampak lagi ka. Bersatulah wahai pemimpin Melayu dan Islam”.
Demikian hantaran tular itu. Akaun Facebook individu berkenaan tidak dapat dikesan setakat ini dipercayai telah dipadam.
Untuk info, azan tidak didengari penduduk setempat adalah disebabkan pembesar suara masjid sedang rosak dan bukan berpunca daripada tekanan mana-mana pihak termasuk berunsur politik kepartian.
Ia dimaklumkan sendiri Pengerusi masjid itu, Abu Bakar Che Ros, yang menjelaskan situasi azan tidak didengari ahli kariah berpunca masalah PA sistem masjid berkenaan yang berlaku sejak beberapa hari lalu yang kini sudah pun dibaiki.

Susulan penjelasan itu, orang ramai menggesa pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap pemfitnah.
Mereka menuntut tindakan tegas kerana hantaran tersebut jelas mahu memburukkan kerajaan, memulakan perpecahan dan kebencian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.