MINTA MAAF JATUH KERALA.. TAK SEHALUAN.

 

Saya minta maaf


1. Saya minta maaf kepada sahabat2 Salafi secara umum, yang terasa dengan posting dan kata-kata kritikan saya. Ada yang kata saya serang atau hentam. Saya tak hentam pun. Saya sebut fakta jer, malangnya ada yang tersentak lalu kepalanya terhantuk ke dinding. Itu bukan salah saya kan. Cuma kadang-kadang saya mengusik dan bergurau agak kasar. Maaflah yer.. 


2. Secara khusus pula sahabat Salafi yang moderate, yang tak pernah luncurkan kata-kata buruk kepada pengikut Asya'irah. Saya minta maaf juga kerana mungkin mereka terasa bila saya mengkritik atau mengata Salafi ekstrim dalam seminggu dua ni. Saya sama seperti kalian, Salafi tetapi boleh menerima perbezaan dan menghormati pandangan-pandangan lain. 


3. Saya terlebih lagi nak minta maaf daripada sahabat Salafi yang sangat terasa dengan kata-kata saya sehingga bertindak unfriend saya. Tak apalah itu hak eksklusif saudara/i nak berkawan atau tak nak. Saya tidak salahkan saudara/i yang masih merindui saya lalu datang skodeng setengah jam sekali di wall saya ini untuk baca apa yang saya tulis. Biarlah datang hanya untuk bagi emoji gelakkan saya pun tak apa. Saya tak marah pun. 


4. Sebenarnya saya boleh terima dan setuju sahaja jika syarat jawatan mufti dalam RUU itu hanya ASWJ tanpa sebut Asya'irah Maturidiah pun. Tetapi saya nak minta maaf juga daripada sahabat Salafi kerana saya rasa ada hikmahnya syarat aliran Asya'irah Maturidiah itu disebut. Dengan itu saya boleh kenal siapa Salafi sederhana, siapa Salafi ekstrim dan siapa Salafi ultra ekstrim. 


********

Minta maaf juga sebab tulis tak serius. Sekadar nak lepaskan penat memandu tujuh jam dari Sepang Selangor - Manir Terengganu.



TOKOH SASTERAWAN PAHANG MENINGGAL DUNIA.

 Fairul




Dikhabarkan daripada Media DPMP penyair Haji Saedon Ibrahim telah meninggal dunia semalam dalam kemalangan ke masjid Maghrib semalam. Arwah pernah memenangi hadiah sajak Sastera Darul Makmur 2015 dan menerima Tokoh Penyair DPMP 2024 juga pernah memegang jawatan Setiausaha DPMP era Tengku  Alaudin T. Abd Majid menjadi YDP DPMP. Semoga roh arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan bertakwa. Aamiin. Di bawah ini sajaknya.




MEMBANTU JOSELYN DEWI







Saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya semalam bagi menyampaikan sumbangan serta kelengkapan Deepavali kepada saudari Joselyn Dewi dan keluarganya.


Saya dimaklumkan bahawa saudari Joselyn perlu memikul amanah selaku ketua keluarga selepas kematian bapa manakala ibunya pula pulang ke Filipina.


Beliau juga perlu membesarkan dua orang adik beradik yang masih bersekolah serta seorang adik bongsu yang menghidap Autisme.


Joselyn turut memaklumkan masalah beliau untuk mendapatkan kad pengenalan dan saya telah meminta saudara Farhan untuk membantu memanjangkan permohonan ini sesegera mungkin.


#MalaysiaMADANI



MANA PEMIMPIN PAS & BERSATU YANG PALING BIJAKSINI? DAN DIMANA BUDGET BAY...


Belanjawan Bayangan
PN tak boleh bentangkan belanjawan kerana tak de angka, sebab bukan jadi kerajaan. Rakyat tanya kenapa pembangkang tak bentang belanjawan bayangan. PH dulu masa jadi pembangkang, tiap-tiap tahun bentangkan belanjawan bayangan. Saya dalam pasukan awal yang menyediakan belanjawan bayangan PH, sebelum disambung oleh beberapa ahli parlimen lain. Macam mana pembangkang boleh menyediakan belanjawan bayangan sedangkan tak de angka? Ni tips kepada Fadhli Shaari, Radzi Jidin - semua ni akan jadi menteri kalau PN cukop jumloh ni - dan Syahirnomics (satu-satunya ahli parlimen yang nama media sosialnya adalah ekonomi!)
  • Angka-angka ini diperolehi dari pelaporan rasmi yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun
  • Ada 4 laporan yang dibentangkan oleh kerajaan yang menjadi asas kepada angka-angka kepada belanjawan bayangan
1) Pertama - Tinjauan ekonomi tahunan, yang memberi gambaran menyeluruh keadaan ekonomi negara 2) Kedua - Tinjauan fiskal dan hasil kerajaan persekutuan, yang memberi gambaran menyeluruh kedudukan kewangan negara 3) Ketiga - Anggaran perbelanjaan persekutuan, yang memberi gambaran menyeluruh perbelanjaan dan tanggungan negara 4) Keempat - Senarai perjawatan, yang memperincikan jumlah perjawatan seluruh agensi kerajaan yang menjadi tanggungan kerajaan persekutuan Keempat-empat dokumen ini yang dibentangkan setiap tahun akan menjadi asas untuk membuat anggaran dan unjuran dalam menghasilkan belanjawan bayangan. Kita boleh menggunakan dokumen bagi belanjawan 2024 yang dibentangkan tahun lepas untuk membuat unjuran bagi tahun 2025. Contoh: jika pertumbuhan ekonomi bagi 2024 diramal 4 - 5% tahun lepas dan itu memberi hasil X bilion dalam cukai pendapatan, Y bilion dalam cukai tidak langsung dan sebagainya, jika pertumbuhan ekonomi bagi 2025 diramal antara 4.5% ke 5.5%, kita boleh unjurkan pertambahan hasil kerajaan dengan sewajarnya. Jika kita tahu unjuran hasil bagi 2025 berdasarkan ramalan pertumbuhan ekonomi dan kita mahu membuat hutang baru 10% lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, itu membolehkan kita menetapkan jumlah belanjawan. Selepas itu kita agihkan mengikut kepentingan - dalam bidang ekonomi, sosial, keselamatan dan kepada kementerian-kementerian, kerana kita tahu unjuran tanggungan gaji. Macam ni lah kami berjaya hasilkan belanjawan bayangan setiap tahun. Saya harap tahun depan ahli-ahli parlimen yang kuat berteriak di Parlimen ini berjaya menghasilkan satu belanjawan bayangan. Kita nak tahu macam mana mereka nak meningkatkan ekonomi dan hasil negara. Jangan bagi alasan tak de angka. Ni sama macam cikgu dah bagi nota semua, tapi masih tak tahu jawab soalan exam sebab nak tunggu cikgu bagi skema jawapan terlebih dahulu! Sumber Berita/Video




KALI INI KITA JUMPA SKANDAL DIBAWAH LEBAI TAK GUNA SEDUIT NI... PATUT CAKAP BANYAK.. DIA JUGA ADA TERKAIT KETIMBANG KERAJAAN KINI....

 

Zuwairi Mohd Yusof





Skandal baja NAFAS babit nilai Pembekalan RM60 Juta 15,000 tan.Pemberian terus tahun 2022 (era PN 33 bulan berkuasa) kepada syarikat dorman 8 tahun! Seorang kena tahan SPRM harini.Berlaku zaman Menteri Pertanian si Ronald Kiandee, Timbalan Nik Zawawi dan Ahli Jemaah Pengarah NAFASnya ialah nanti kita dedahkan!



Sebelum itu dia jadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang kemudian di lantik Timbalan Menteri.Macam mana kamu sebagai Timbalan Menteri dan bekas Pengerusi LPP tak ambik tahu NAFAS bagi kontrak bekal baja bernilai RM60 Juta kepada syarikat dorman 8 tahun?


Bercakap berdegar kononnya pasal isu Tabung Haji tuduh PMX di Parlimen, rupanya rujukannya adalah wasap 😅 Low class la Ahli Parlimen PAS.





Pembekal baja kepada NAFAS tahun 2022 RM60 Juta dari Singapura, di buat di Vietnam.Kualiti baja yang di bekalkan tidak ikut spesifikasi standard baja subsidi Kerajaan Malaysia.PN ni tak habis habis dengan sakau! Elok lah SPRM masuk.


Kerajaan PN 33 bulan sanggup bekal baja tidak ikut spesifikasi gred yang di tetapkan. Akhirnya pesawah dapat hasil rendah.


Skandal baja Nafas 15k tan bernilai RM60j adalah satu kezaliman kepada pesawah Kedah,Kelantan,Perlis,Terengganu.


Lepas tu nak sembang beras tak cukup?



BIASA LA NAJIB... NAK BUAT LAGU MANA... ANWAR DULU KENA MACAM MACAM.. TAPI RAKYAT RAMAI SOKONG DIA.. LA NI NASIB LA NAJIB... SEBAB TU KALAU MAIN DUIT NI BUKAN RAKAN SEJATI.

 

Ketika berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui, betapa sukar untuk beliau mencari sahabat sejati yang sanggup mendampinginya.



Bahkan, apa yang dilihat sangat mengecewakan bekas Perdana Menteri itu ialah, ramai yang hanya menunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga bermuka-muka.


“Tetapi hidup ini memang penuh pengajaran. Di kala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan,” kata bekas Presiden UMNO itu dalam hantaran di akaun Facebooknya pada Rabu.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



SAJAK KECEWA NAJIB


 SAJAK KECEWA NAJIB


Sukarnya mencari sahabat sejati.


Belum tentu yang ada di sisi itu sahabat yang hadir di waktu sukar.


Ramai yang tunjuk muka ketika mahu kesenangan.


Ada yang bermuka-muka.


Tetapi hidup ini memang penuh pengajaran.


Dikala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan.


Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang ke mahkamah hari ini.


Bukan sahaja dari pemimpin-pemimpin parti politik, ataupun kenalan.


Dilihat begitu ramai dari kalangan penyokong dan rakyat biasa yang mengenang jasa dan merindui dasar pentadbiran dahulu.


Ikhlas. 

Inilah yang benar-benar sahabat sejati. 


Kerana di masa ini apalah yang ada lagi untuk diberi selain penghargaan dan ucapan terima kasih?


Semoga persahabatan di dunia ini kekal, dibawa dan menjadi modal di akhirat.


NAJIB RAZAK

30 Oktober 2024.


Sumber - https://www.facebook.com/share/b92BnVxnvrHsmLKh/?mibextid=WC7FNe



KITA LIHAT POIN YANG DIKEMUKAKAN.


Abu Mishkat


Ubah wacana sikit pagi ni kepada wacana politik semasa..


 Dari 8 poin penting kes MO1, bagi aku personally, poin yang paling aku nak tahu adalah, poin 5 dan 6.



5. Tertuduh tidak pernah membangkitkan sebarang pertanyaan mengenai dana yang memasuki akaun peribadinya sepanjang empat tahun.


6. Tertuduh tidak membuat sebarang laporan polis terhadap Jho Low, pihak berkuasa tidak pernah menerima sebarang aduan daripada tertuduh atau pegawainya pada 2015.


Yang poin lain tu maybe boleh bersilat bagai. Tapi sepanjang beberapa tahun, tak pernah ada apa-apa indikasi nak membayangkan tertuduh ditipu oleh Jho Low, sampailah ketika dia jatuh dan kerajaannya tumbang.


Tindakannya kepada pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat menyiasat kes itu pun satu fakta yang tidak membantu.


In fact, baru tahun ini tertuduh membuat permohonan maaf, dan deflect segala masalah kepada Jho Low.


Kena tanya balik, selagi Jho Low tak dibawa balik Malaysia untuk ditahan dan dibicarakan, siapa yang paling sesuai dijadikan kambing hitam? Siapa yang akan mendapat keuntungan dari sudut persepsi awam?



MEMANG CUKUP.. HABIS JANAWIBAWA...

 

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kata: Dia mempunyai cukup pengalaman menguruskan negara dengan baik dan tidak perlu merujuk Dr Mahathir untuk berbuat demikian.


Mungkin sebab itu MP Pagoh tersebut  berasa pelik kenapa Pas lantik DrM jd ketua Penasihat SG4!!! - dah berapa ringgit pelaburan masuk? Yang terjadi cuma dia yang kerap masuk IJN !!!