HANGPA KENA MUHONG LAGI.

 Desa HM


MB Kedah bagi alasan lawatan kerja, sewaktu rakyat sdg bertarung dgn banjir yg semakin buruk.


Utk apa MB pulun sangat sampai kena bagi keutamaan no satu 'lawatan utk meneliti projek empangan bwh tanah'... sampai kena ketepikan bencana yg sdg menimpa sebahagian besar rakyat Kedah yg bermula hampir seminggu yg lalu...


Rakyat Kedah mungkin sekali lagi ditipu... konon projek itu di'usahakan' oleh kerajaan negeri. 


Sdgkan hakikatnya...

Pembinaan Empangan Bawah Tanah di Pulau Langkawi adalah projek penuh Kerajaan Persekutuan melalui Bahagian Bekalan Air (BBA) sebagai agensi pelaksana.


Penilaian teknikal juga akan diuruskan oleh agensi ini yang kini sudah pun di peringkat pra-pelaksanaan. 

Tak ada kena mengena dgn kerajaan negeri pun.


MB tak payahlah nak tunjuk dia busy sngat... tatkala belum ada lawatan seperti ini oleh Menteri di Persekutuan walaupun beban pelaksanaan projek ini adalah di bahu kerajaan persekutuan.


Rakyat Kedah sepatutnya kena tanya...


Apakah MB ada agenda lain yg lebih penting berbanding merandok air bah bersama2 rakyat?


Hang nak muhong walaun boleh la Abusi.!


🫢🫢🫢🫢🫢

.


PMX HADIR MAJLIS MEMPERINGATI KERUSI SYED HUSIN DI UM

 

Usai meninjau mangsa banjir di Kedah, saya bersama Azizah hadir ke majlis memperingati sahabat dan guru saya, Almarhum Syed Husin Ali di Universiti Malaya, yang membawa kembali kenangan tatkala saya mengikuti sesi kuliah dan syarahannya di sini suatu ketika dahulu.









Saya menghimbau kekentalan jiwa Pak Syed, seorang pemikir awam yang tekal dalam jalur perjuangan membela nasib rakyat miskin, menuntut keadilan serta seorang pejuang bahasa Melayu yang kental.


Sempat juga saya mengenang saat kami bersebelahan lokap di Kuala Lumpur, sebelum bersama-sama dihumban ke Kamunting pasca Peristiwa Baling 1974, di mana kami semakin akrab dan bertukar pandangan serta berbahas dalam berbagai hal.


Saya amat menghargai persahabatan yang terjalin antara kami, apatah lagi Syed Husin adalah antara yang pertama dalam kalangan pimpinan politik yang datang ketika peristiwa getir pemecatan saya pada 1998, dan menzahirkan kesetiaan untuk bersama-sama mendukung perjuangan ini.


Syed Husin juga paling sering ke mahkamah ketika itu, dan memberi jaminan kepada Azizah dan anak-anak bahawa Uncle Syed akan tetap bersama, memberi perhatian dan membela nasib mereka.


Pastinya intelektualisme dan kecekalan Syed Husin yang konsisten, tuntas dalam pandangan, tidak berganjak soal tatakelola yang baik serta gerakan membela nasib rakyat banyak mempengaruhi Parti Keadilan Rakyat. Beliau sentiasa menekankan bahawa KEADILAN mesti meletakkan agenda pembelaan nasib rakyat, petani, nelayan dan miskin kota sebagai keutamaan.


Saya percaya pemikiran Syed Husin harus terus digali dan dibahaskan menerusi karya-karya beliau yang begitu berharga, umpamanya “Social Stratification Social Stratification in Kampong Bagan” yang membicarakan perihal kesenjangan yang melebar antara kelompok kaya dan miskin.


Keilmuan dan sikapnya juga harus diteladani ahli akademik, di mana Pak Syed mendasari ilmunya untuk berpijak kepada kenyataan hidup dan realiti masyarakat, kemudian melontarkan idea serta teguran dengan berani. Seorang sarjana dari universiti itu tidak harus hanya menjadi pak turut, sebaliknya harus bebas berbicara.


Di majlis ini, saya umumkan persetujuan untuk mewujudkan Kursi Syed Husin Ali di Universiti Malaya sebagai wadah untuk terus meneroka curahan pemikiran beliau terkait kehidupan rakyat miskin di kota dan desa, strata sosial, hubungan etnik dan selainnya.


Saya turut umumkan peruntukan RM200,000 kepada Persatuan Sains Sosial untuk menyelenggara penulisan dan kajian-kajian daripada pemikiran Syed Husin. 


Semoga segala usaha ini akan terus menghidupkan obor perjuangan Syed Husin untuk melihat reformasi berlaku dalam sistem

negara yang kian bobrok akibat tatakelola yang lemah, rasuah yang menjalar dan kesenjangan yang terus melebar.


Terima kasih atas penganjuran majlis ini yang membuka ruang untuk saya melontarkan isi hati, persahabatan dan kasih yang abadi kepada sahabat, guru dan teman

seperjuangan, saudara Syed Husin Ali.


Al-Fatihah.


#MalaysiaMADANI



DI MANA SANUSI MB LATO LATO KEDAH? PMX TURUN KEDAH BANTU MANGSA BANJIR!



Banjir semakin buruk di Kedah ketika Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berada di Jepun dengan jumlah mangsa semakin bertambah di 42 pusat pemindahan sementara (PPS). Namun, pagi ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja di Kedah bagi meninjau bencana itu yang menyebabkan 7,756 mangsa sekarang ditempatkan di PPS. Perdana Menteri dijadual memulakan lawatannya dengan meninjau PPS di Stadium Sultan Abdul Halim, Kota Setar yang kini menempatkan 890 mangsa daripada 316 keluarga. Beliau kemudian dijadualkan melawat dua lagi PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah di Kota Setar. Anwar dijangka mengumumkan bantuan yang disediakan Kerajaan Persekutuan kepada penduduk terjejas bagi meringankan beban mereka. Malam tadi, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan semasa berucap dalam Himpunan PKR: Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil memaklumkan akan meninjau situasi banjir di Kedah. “Besok pagi (hari ini), Insya-Allah saya terbang ke Kedah. “Banjir pun tak terurus. Muka ini juga yang nak pergi tolong Kedah esok!” kata Perdana Menteri di hadapan lebih 10,000 penyokong dan ahli PKR. Untuk rekod, PPS di Kedah sudah mula dibuka di Kubang Pasu sejak 16 September lalu. Pejabat Menteri Besar Kedah dalam kenyataan semalam memaklumkan Sanusi berada di Kumamoto, Jepun pada 16 September lalu atas urusan rasmi. Keberadaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah di Jepun dikatakan bagi meninjau operasi sistem takungan air bawah tanah yang dirancang dilaksana di Langkawi. Menurut Pejabat Menteri Besar Kedah lagi, kunjungan bersama kakitangan pengurusan dan teknikal Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) itu dirancang sejak April lalu.






KALAU ANWAR NAK DENDAM.



 MB Kedah antara yang paling banyak menghina PMX. Aku ingat lagi Sanusi fitnah insiden PMX terlanggar 𝗘𝗹𝗶𝘇𝗮𝗯𝗲𝘁𝗵 𝗧𝗮𝗻 tu Sanusi kata 𝗱𝗶𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗹𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶.




Walaun Kedah pun tak kurang hina PMX. Pendek kata, kalaulah PMX ni 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗷𝗲𝗻𝗷𝘀 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺, memang ada banyak sebab untuk beliau menyimpan dendam. Tapi 𝗣𝗠𝗫 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮.


Tengoklah sendiri. Di saat ketua negeri Kedah sendiri 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 nak menyantuni mangsa banjir di negeri itu, PMX dah sampai dulu. Rupanya 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗝𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶.


Bukan setakat melawat untuk tunjuk simpati, bahkan beliau umumkan jumlah bantuan yang 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿. 𝗥𝗠13 𝗷𝘂𝘁𝗮! Kalau nak kira dendam, boleh saja PMX umum bantuan setakat RM1.3 juta.


Adakah walaun akan hargai? Aku rasa 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻. Malah aku yakin PMX sendiri pun tahu kebaikan yang dilakukan ini 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶. Malah mungkin dibalas dengan 𝗰𝗲𝗺𝘂𝗵𝗮𝗻.


Tapi bagi DS Anwar, untuk kebajikan rakyat, tak boleh ada sentimen politik. Jangan lepas ni pembangkang kata bantuan ni sebab 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮 pulak. Pembangkang tu bukan boleh kira. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



TENGAH DEAL DENGAN FAIRAUN KA DAJALL.



 Walaun kata Sanusi dah pergi melawat kawasan banjir sedangkan Sanusi sendiri mengaku 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗝𝗲𝗽𝘂𝗻 pada waktu ini.


Harakah dakwa Sanusi ke Jepun 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 tapi banyak tersebar gambar macam urusan peribadi. Khabarnya 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻𝗺𝗮𝗱𝘂.


Tapi tak kisahlah urusan peribadi atau rasmi, dah tahu rakyat sedang dilanda musibah, sebagai ketua negeri, patut kena bergegas balik.


Kalau pun ada janji dengan pelabur, 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻? Takkan la pelabur tu tak faham. Tengah 𝘥𝘦𝘢𝘭 dengan Firaun ke apa?


Tapi kalau kalau rasa balik pun tak guna, tak boleh nak buat apa dan dah 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁, tak apalah. Boleh la teruskan agenda di sana. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



ZAMAN DAH BERUBAH


Nazri Hamdan


 Harini kecoh PMX batal rancangan nak hantar 68 pegawai pergi ke Berlin untuk lawat pameran kecil. Memang patutlah kena cancel. Baik terus letak 168 orang lagi meriah. Apa pun keputusan untuk batalkan ni patut diberikan kredit. Ramai orang nampak keputusan ni macam simple. Tapi ia sebenarnya menghantar mesej jelas pada semua kakitangan kerajaan zaman sudah berubah.




TITAH SULTAN SELANGOR

 

Menjunjung Kasih atas titah dan ketegasan DYMM Sultan Selangor Royal Office berhubung isu GISB baru² ini. 


Titah ini menzahirkan rasa dukacita DYMM Tuanku Sultan Selangor akan kelewatan bertindak penguatkuasa dan badan autoriti agama yang diibaratkan baginda sebagai ‘tin kosong’. Ini adalah teguran Tuanku Sultan Selangor yang amat tajam. 


Alhamdulillah, tatkala ada pihak yang cuba menjadikan teguran dan kritikan saya bersama rakan² terhadap agensi agama sebagai hasutan dan kenyataan jahat, kenyataan Tuanku Sultan Selangor ini harapnya dapat membantu mereka faham, mengapa kami bangun bersuara dan menegur! 


Daulat Tuanku!


21 September 2024 ~ 

Kenyataan DYMM Sultan Selangor mengenai isu siasatan kegiatan jenayah oleh Kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH).


Berikut adalah petikan penting titah Baginda :-


“Beta berasa kesal dan kecewa kerana perkara ini telah berlanjutan untuk suatu tempoh yang lama dan tiada tindakan berkesan diambil untuk menangani perkara ini. Kita perlu menerima hakikat bahawa kelewatan menangani perkara ini menunjukkan kelemahan dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang oleh agensi-agensi agama terhadap rumah amal dan sekolah agama Islam yang berkaitan dengan GISBH dan rangkaiannya sehingga menyebabkan perkara ini menjadi begitu serius dan tidak terkawal.”


“Beta ingin memberi peringatan sekali lagi kepada semua pihak khususnya pihak berkuasa agama untuk memandang serius mengenai isu-isu yang berkaitan dengan tindak-tanduk kumpulan GISBH ini terutama apabila melibatkan kanak-kanak dan ajaran sesat yang disyaki diamalkan oleh mereka. Tindakan segera dan tegas tanpa sebarang kompromi perlu dilakukan di bawah undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melakukan jenayah terhadap kanak-kanak dan amalan-amalan yang bertentangan dengan akidah demi memelihara kesucian agama Islam.”


“Beta tidak mahu kita hanya diumpamakan sebagai “tin kosong” yakni hanya pandai bercakap tetapi tiada hasilnya. Kita hendaklah berpegang kepada prinsip “walk the talk or putting your words into action”. Di samping itu Beta juga menyeru agar semua agensi penguatkuasa agama dan pihak polis agar menjalankan penyiasatan dengan telus dan sentiasa memelihara integriti dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.”


LEN KALI BUAT WASSAP GROUP LA.... APA PUNYA LEMAH. MACAMANA NAK TADBIR NEGARA.


 Cik Din, lain kali buat 𝘞𝘩𝘢𝘵𝘴𝘈𝘱𝘱 𝘨𝘳𝘰𝘶𝘱 la dulu. Takde la sorang cakap lain, sorang lagi cakap lain.



Taki 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 untuk MoU ni. Yang Mahiaddin pulak kata tetap tolak. Mana satu ni? Kejap nak kejap tak nak. 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗻𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗲? Dalam PN memang takde kesepakatan eh?


Tapi tak pelik pun. Orang lain memang nak. Cuma dia ni je yang berkeras tak nak. Sebab orang lain 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗻𝗮𝗸 𝗶𝘀𝘆𝘁𝗶𝗵𝗮𝗿 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 macam dia. Mana yang geram tak dapat peruntukan tu, maki Mahiaddin la. Jangan maki kerajaan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



BANDUAN LOLOS

 

Banduan yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh Rabu lepas, A. Kalai Kumar, dipercayai meloloskan tangannya yang digari pada katil.



Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata banduan berusia 27 tahun yang memiliki rekod lampau membabitkan empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan berkaitan narkotik itu dihantar ke hospital berkenaan bagi merawat telinga berdarah.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



BENARKAH TALIAIR KADA DIBINA OLEH KERAJAAN PAS?


Che Ibrahim





Ambo tertarik dengan tulisan di Kolum "Oghe Kito" akhbar Harakah yang mendakwa Taliair KADA dibina oleh Kerajaan Pas Kelantan... Tahniah atas kejayaan Pas waktu itu. 


Apapun semua orang tahu bahawa KADA adalah satu Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui satu Akta Persekutuan, iaitu Akta 69 di mana 100% peruntukannya adalah dari Kerajaan Persekutuan. Misi dan Visi utama KADA adalah berkaitan penanaman padi di KELANTAN yang majoritinya diusahakan oleh petani petani Kelantan. 


Setakat ini petani/penanam padi di Kelantan masih bergelumang dengan masalah air walaupun Kelantan ada Taliair KADA sepanjang 500 batu seperti yang ditulis dalam kolum tersebut. 


Bila  musim hujan petani berhadapan dengan masalah padi tenggelam air kerana taliair yang ada tidak boleh berfungsi untuk mengeluarkan air dari sawah  keluar bila hujan lebat. 


Bila musim kemarau pula, petani hadapi masalah kekurangan bekalan air untuk dialirkan ke sawah. Bahkan lebih malang lagi di beberapa kawasan tertentu, walaupun air ada dalam taliair, petani terpaksa menggunakan pum untuk sedut air dari taliair ke sawah kerana kedudukan taliair yang lebih rendah dari sawah. 


Tahun 2024 menyaksikan episod yang lebih malang kepada petani. Air bukan sahaja tidak ada dalam taliair, bahkan taliair itu sendiri telah kering kontang, sawah padi menjadi merekah gara gara Pum Air Kemubu tidak dapat berfungsi kerana Paras air Sungai Kelantan di Kemubu amat cetek. 


Sayugia dimaklumkan, di Kemubu ada 2 Pum Air Utama yang sedang beroperasi;

1. Pum Kemubu 1 yang berfungsi di paras air 4.5m.

2. Pum Kemubu 2 yang berfungsi di paras air 3.5m.


Selain itu, pada tahun 2022, KADA telah membina Pum Kemubu 3 dengan kos sebanyak rm27 juta yang dijangka boleh beroperasi di paras air 1.8m. Projek ini dijangka siap/serah projek pada 31 Mei 2025.


Isu utama sekarang ialah paras air Sungai Kelantan di Kemubu berada di paras yang amat rendah (kurang Dari 3.0m) menyebabkan kedua dua pum air utama Kemubu tidak dapat berfungsi untuk menyedut air ke dalam taliair yang Kerajaan Pas bina itu. Walaupun PMX telah umumkan peruntukan segera sebanyak rm20 juta, namun penyelesaiannya tidak semudah yang dikata. 


Ambo difahamkan peruntukan sebanyak Rm20 juta itu bakal digunakan bagi tujuan berikut:


1. Membina sebanyak 150 telaga tiub di tempat tempat yang telah dikenalpasti. 

2. Memecah batu hampar yang menghalang laluan air masuk di pintu Pum Kemubu 2,

3. Membeli pum/enjin air boleh alih untuk menyedut air secara terus dari Sungai Kelantan ke taliair ( disebut oleh Pengerusi KADA sebagai Kemubu 4).


Ambo tak pasti sejauh manakah pelaksanaan projek ini. Apa yg ambo dengar, kerja kerja pengalian telaga tiub telah banyak dibuat, namun setakat ini kesannya amat minima dan tidak praktikal. Adapun kerja kerja memecah Batu hampar sedang giat dilaksanakan tetapi agak "slow" kerana berbagai masalah. 


Pembelian 10 pum enjin boleh alih seperti yang dicadangkan masih di peringkat perolehan/pembelian oleh MOF, kerja kerja pemasangan belum bermula kerana enjin yang ditempah tak tahu bila lagi akan sampai. 


Bulan Oktober ini musim baru penanaman padi akan bermula. Andainya paras air Sungai Kelantan di Kemubu berada di paras 3.5m ke atas, maka insyaallah taliair KADA yang dikatakan dibina oleh Kerajaan Pas semenjak tahun 1964 itu akan ada airnya dan boleh dialir atau disedut masuk ke sawah. Tetapi seandainya paras air Sungai Kelantan di Kemubu kekal rendah seperti sekarang, maka nasib malang pesawah akan bertambah tambah. 


Bagi ambo, Kelantan sebenarnya sudah ada takungan air semulajadi iaitu Sungai Kelantan. Airnya lebih dari cukup untuk dibekalkan ke sawah sawah. Apa yang perlu fikirkan atau dilakukan ialah bagaimana air dari sungai itu boleh dialir masuk ke taliair walaupun di musim kemarau??

Bagaimana air Sungai Kelantan yang cetek itu dapat "ditakungkan" ke satu paras ynag diperlukan untuk pastikan air itu dapat disedut ke taliair??


Inilah yang perlu difikirkan oleh Kerajaan Kelantan demi memanfaatkan Taliair sepanjang 500 Batu yang dikatakan dibina oleh Kerajaan Pas itu. Kerajaan Persekutuan boleh membantu di segi kewangan dan teknikal serta kakitangannya untuk menjadikan Sungai Kelantan sebagai Pusat Takungan Air (TAPS) untuk petani Kelantan.


p/s 3 tokoh dalam gambar yang ditepek adalah pemain utama yang boleh selesaikan isu ini.



DAH HABIH HOONEYMOON HANGPA.

 

Zainuddin Omar

Dulu memang setiap Kementerian dan Jabatan mempunyai peruntukan untuk pegawai menghadiri kursus dan seminar ke luar negara. 



Nampaknya the honeymoon is over. 


**************

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan pentadbirannya membatalkan lawatan ke luar negara yang dirancang untuk 68 pegawai kerajaan sebagai langkah memperketatkan perbelanjaan awam yang berlebihan.


"Kita lebih tegas untuk semua syarikat-syarikat agensi kerajaan walaupun lembaga berkuasa tetapi kadang-kadang lembaga buat keputusan yang memihak kepada mereka.


"Oleh itu semua projek baru lawatan luar negara mesti dirujuk kepada ketua setiausaha atau ketua pengarah dan diluluskan oleh menteri berkenaan supaya ada yang akhirnya bertanggungjawab secara langsung,” katanya kepada wartawan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam di Puchong hari ini.


Sementara itu Anwar dipetik Bernama berkata lawatan kakitangan sebuah kementerian ke Berlin dibatalkan walaupun tempahan hotel dan penerbangan telah dibuat.


“Walaupun tiket hotel dan penerbangan telah disediakan, saya batalkan, kerana jumlah yang didaftakan terlalu ramai. Hanya sebahagian kecil mungkin diperlukan untuk tugasan tersebut. Ini adalah pelanggaran peraturan. Ini dana rakyat dan kita harus tanggungjawab.


“Saya semalam telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausana Negara (Shamsul Azri Abu Bakar), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz), semua Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan untuk menegaskan pendirian kerajaan dan minta kerjasama mereka dalam hal ini,” katanya.


Perdana menteri juga berkata semua menteri bertanggungjawab terhadap sebarang kelulusan yang diberikan.


“Menteri yang ingin melawat mana-mana negara perlu mengemukakan kertas cadangan kepada jemaah menteri, dan biasanya kita akan menilai semula sama ada perlu membawa kakitangan tertentu atau tiada keperluan sama sekali," katanya.


“Atau lebih baik tangguhkan sahaja lawatan tersebut dan sekalikan dengan lawatan perdana menteri, di mana, MoU (Memorandum Persefahaman) boleh turut ditandatangani dalam majlis yang sama.


“Ini akan jimat belanja,” katanya.



BAWA MANGKOK NI HANTAR KE PALESTINE. DAPAT JUGA PAHALA SYAHID DARI DOK MERAPU. BENGGONG.



 Tah siapa la punya status ni. Aku jumpa di X. Nama tu memang dah kena 𝘤𝘳𝘰𝘱𝘦𝘥.


Aku ni duduk atas platform. Makan sini Alhamdulillah mewah. Tapi baru dua hari lepas makan 𝗻𝗮𝘀𝗶 𝗴𝗼𝗿𝗲𝗻𝗴 𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗻. Susah sangat ke hidup kat platform ni?


Aiyo! Bukan sebab platform ni miskin zaman Madani ni. Tapi sebab nasi goreng ikan masin tu 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗽! 𝘛𝘳𝘺 la dulu. Ini kerja nak fitnah je. 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵.


Aku tak kata semua orang kaya zaman Madani ni. Tapi kalau walaun nak cerita susah, susah lagi zaman PN. 𝗡𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝘁𝗲𝗹𝘂𝗿 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂! Apatah lagi beli ayam.


Takpe la makan ikan masin pun. Akan datang makan 𝘸𝘢𝘨𝘺𝘶. Macam ada orang tu. Dulu telur potong lapan. Sekarang ni dapat pakai 𝗸𝗲𝗿𝗲𝗿𝗮 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗵, 𝗺𝗼𝘁𝗼𝗿 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 siap boleh 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗱𝘂 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗱𝘂𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa tahu. Kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



Malam itu rumah diserbu, pintu dipecahkan, saya diheret sebagai penjenay...


20 September 1998: Pengalaman Bermulanya Perjuangan Aktivis Politik







Oleh: Sivamalar Genapathy



ULASAN: Pada tanggal 2 September 1998, Malaysia digegarkan oleh satu peristiwa yang tidak pernah terbayangkan—pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah Dr Mahathir Mohamad. Peristiwa ini bukan sahaja menggegar pentadbiran negara, malah membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat. Jiwa-jiwa yang sebelumnya pasif kini marak dengan keinginan membela keadilan.



Ketidakadilan yang dirasai rakyat bukan sekadar berita di halaman akhbar—ia mengalir ke jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 20 September 1998, dalam pergerakan yang dikenali sebagai Reformasi. Ribuan rakyat berkumpul, dengan tekad dan keberanian, mengangkat suara demi menuntut keadilan buat Anwar.



Ratusan antara mereka ditangkap, dipenjara, namun setiap titisan air mata dan peluh yang tumpah menjadi saksi kepada sebuah perjuangan yang akhirnya mencorakkan perubahan besar dalam politik tanah air. Dari abu ketidakadilan ini, lahirlah Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah simbol harapan dan pembelaan rakyat.



Kepercayaan ke atas sistem keadilan tergugat



Di Raub, sebuah pekan kecil di Pahang, peristiwa besar ini mungkin sepi, tiada riuh-rendah seperti di ibu kota. Tetapi di hati saya yang ketika itu seorang pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud, pemecatan Anwar menggegarkan segala kepercayaan saya terhadap keadilan di negara ini. Bagaimana mungkin seorang pemimpin setinggi itu dianiaya begitu rupa? Apa pula nasib kita, rakyat kecil, yang mudah tertindas dan dibisukan?



Sivamalar Genapathy



Sebagai remaja yang setia membaca akhbar Harakah ketika itu, saya tahu masyarakat perlu celik dengan apa yang benar. Ketidakadilan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata. Pada usia 15 tahun, saya mendesak ayah agar memandu sejauh 45 batu ke Bentong hanya untuk mendapatkan akhbar Harakah.



Saya tidak hanya membaca—saya tahu saya perlu bertindak. Artikel-artikel itu saya salin dan sebarkan kepada rakan-rakan di sekolah, dengan harapan mereka juga dapat melihat kebenaran di sebalik tirai kuasa yang cuba menutup suara rakyat.



Namun, langkah kecil saya itu tidak lama kemudian menarik perhatian pihak berkuasa. Cawangan khas mula mencari siapa di Raub yang menyebarkan artikel-artikel ini. Mereka datang ke kedai fotostat tempat saya membuat salinan. Saat mereka bertanya tentang saya, pemilik kedai itu, seorang aunty Cina yang mengenali keluarga saya, membuat keputusan yang menyentuh hati.



Beliau tidak membocorkan identiti saya. Sebaliknya, beliau hanya mengingatkan saya, dengan nada penuh kasih, supaya lebih berhati-hati. Di sebalik wajahnya, saya melihat simpati dan solidariti, satu harapan yang tidak terucap, bahawa perjuangan kami, walau kecil, harus terus hidup.



Menggalas perjuangan menyatakan kebenaran



Detik itu menjadi titik penting dalam hidup saya. Dari seorang pelajar yang hanya melihat ketidakadilan dari kejauhan, saya kini berada di tengah-tengahnya, menyedari bahawa walau sekecil mana pun tindakan, ia mampu menggoncang kuasa yang menindas.



Pergerakan Reformasi, perjuangan untuk Anwar, dan pengalaman yang saya alami, semuanya membentuk hati dan fikiran saya—bahawa setiap kita, walau muda atau tua, miskin atau kaya, mempunyai kuasa untuk menyuarakan kebenaran.



Kini, setelah lebih dua dekad berlalu, saya sering melihat kembali ke masa lalu itu, dengan rasa syukur dan keazaman yang tidak pernah pudar.



Apa yang bermula di Raub pada hari itu adalah permulaan perjalanan yang penuh liku, tetapi setiap langkah yang diambil adalah langkah menuju keadilan. Sebagai aktivis dan ahli politik, saya terus berjuang, dengan semangat yang sama seperti ketika saya memulakan perjalanan ini—berpegang teguh kepada prinsip keadilan yang membara dalam diri saya sejak hari itu.



*Kredit foto: FMT

______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat

 




REFORMASI 1998 Bhg. 1 | MAHAZALIM


Reformasi adalah sebuah gerakan protes yang bermula pada September 1998 di seluruh Malaysia yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim selepas pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu, Mahathir Mohamad pada bulan yang sama. Rujuk - https://en.m.wikipedia.org/wiki/Refor...) PADA 2 September 1998, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden Umno Anwar Ibrahim dipecat oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dr Mahathir Mohamad. Pemecatan itu mencetuskan pergerakan Reformasi pada 20 September 1998. Ribuan rakyat memenuhi jalan raya Kuala Lumpur membantah kekejaman terhadap Anwar, ratusan ditangkap dan dihumban masuk penjara. Ia juga mencetuskan perubahan dalam landskap politik Malaysia, KeAdilan yang kemudian jadi PKR dibentuk. Ketika Anwar dalam penjara, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui parti itu melawan kerajaan BN. Seperti perlian sejarah, Dr Mahathir yang dahulu musuh Reformasi keluar kerajaan dan bergabung dengan pembangkang membentuk Pakatan Harapan untuk melawan Najib Razak dan kroni politiknya. Pada 9 Mei 2018, PKR bersama-sama Bersatu, Amanah dan DAP berjaya menendang BN dari Putrajaya setelah 60 tahun ia memerintah. Selepas 20 tahun, Anwar mengikut perjanjian parti PH akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke-8. Langkah pertamanya adalah bertanding Pilihan Raya Kecil Port Dickson 13 Oktober depan untuk kembali ke Parlimen. – 20 September, 2018. Sebelum ditahan Anwar Ibrahim memberikan ucapan di Masjid Negara, di tengah-tengah Kuala Lumpur yang menghimpunkan ribuan rakyat. Mata lebam Anwar Ibrahim diabadikan dalam logo PKR yang kini salah satu parti Pakatan Harapan.





Lawatan luar negara: Perlu kelulusan menteri, elak pembaziran dana - PM

 





Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan syarat semua program, projek, lawatan dan tugasan di luar negara membabitkan kakitangan awam perlu mendapat kelulusan Menteri sebagai langkah mengelakkan pembaziran dana dan sumber manusia.



Perdana Menteri berkata kelulusan menteri diperlukan memandangkan terdapat ahli lembaga pengarah di dalam syarikat mahupun agensi kerajaan yang dilihat membuat keputusan memihak kepada kepentingan sendiri.



Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau sendiri telah membatalkan satu permohonan melibatkan kementerian dan agensi kerajaan yang telah mendaftar sehingga 68 kakitangan hanya untuk menghadiri satu pameran kecil di Paris, Perancis.



"Walaupun tiket hotel dan penerbangan telah disediakan, saya batalkan kerana jumlah yang didaftarkan terlalu ramai. Hanya sebahagian kecil mungkin diperlukan untuk tugasan tersebut. Ini adalah pelanggaran peraturan. Ini dana rakyat dan kita harus tanggungjawab.



"Saya semalam telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausana Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz), semua Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan untuk menegaskan pendirian kerajaan dan minta kerjasama mereka dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam, Puchong, Selangor hari ini.



Perdana Menteri berkata, menteri yang ingin melakukan lawatan ke mana-mana negara juga perlu mengemukakan kertas cadangan kepada Jemaah Menteri.



"Biasanya kita akan menilai semula sama ada (lawatan itu) perlu membawa kakitangan tertentu atau tiada keperluan sama sekali



"Atau lebih baik tangguhkan sahaja lawatan tersebut dan sekalikan dengan lawatan Perdana Menteri, di mana MoU (Memorandum Persefahaman) boleh turut ditandatangani dalam majlis yang sama. Ini akan jimat belanja," katanya lagi.