REFORMASI 1998 Bhg. 1 | MAHAZALIM


Reformasi adalah sebuah gerakan protes yang bermula pada September 1998 di seluruh Malaysia yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim selepas pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu, Mahathir Mohamad pada bulan yang sama. Rujuk - https://en.m.wikipedia.org/wiki/Refor...) PADA 2 September 1998, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden Umno Anwar Ibrahim dipecat oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dr Mahathir Mohamad. Pemecatan itu mencetuskan pergerakan Reformasi pada 20 September 1998. Ribuan rakyat memenuhi jalan raya Kuala Lumpur membantah kekejaman terhadap Anwar, ratusan ditangkap dan dihumban masuk penjara. Ia juga mencetuskan perubahan dalam landskap politik Malaysia, KeAdilan yang kemudian jadi PKR dibentuk. Ketika Anwar dalam penjara, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui parti itu melawan kerajaan BN. Seperti perlian sejarah, Dr Mahathir yang dahulu musuh Reformasi keluar kerajaan dan bergabung dengan pembangkang membentuk Pakatan Harapan untuk melawan Najib Razak dan kroni politiknya. Pada 9 Mei 2018, PKR bersama-sama Bersatu, Amanah dan DAP berjaya menendang BN dari Putrajaya setelah 60 tahun ia memerintah. Selepas 20 tahun, Anwar mengikut perjanjian parti PH akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke-8. Langkah pertamanya adalah bertanding Pilihan Raya Kecil Port Dickson 13 Oktober depan untuk kembali ke Parlimen. – 20 September, 2018. Sebelum ditahan Anwar Ibrahim memberikan ucapan di Masjid Negara, di tengah-tengah Kuala Lumpur yang menghimpunkan ribuan rakyat. Mata lebam Anwar Ibrahim diabadikan dalam logo PKR yang kini salah satu parti Pakatan Harapan.





No comments:

Post a Comment