DI MANA SANUSI MB LATO LATO KEDAH? PMX TURUN KEDAH BANTU MANGSA BANJIR!



Banjir semakin buruk di Kedah ketika Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berada di Jepun dengan jumlah mangsa semakin bertambah di 42 pusat pemindahan sementara (PPS). Namun, pagi ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja di Kedah bagi meninjau bencana itu yang menyebabkan 7,756 mangsa sekarang ditempatkan di PPS. Perdana Menteri dijadual memulakan lawatannya dengan meninjau PPS di Stadium Sultan Abdul Halim, Kota Setar yang kini menempatkan 890 mangsa daripada 316 keluarga. Beliau kemudian dijadualkan melawat dua lagi PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah di Kota Setar. Anwar dijangka mengumumkan bantuan yang disediakan Kerajaan Persekutuan kepada penduduk terjejas bagi meringankan beban mereka. Malam tadi, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan semasa berucap dalam Himpunan PKR: Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil memaklumkan akan meninjau situasi banjir di Kedah. “Besok pagi (hari ini), Insya-Allah saya terbang ke Kedah. “Banjir pun tak terurus. Muka ini juga yang nak pergi tolong Kedah esok!” kata Perdana Menteri di hadapan lebih 10,000 penyokong dan ahli PKR. Untuk rekod, PPS di Kedah sudah mula dibuka di Kubang Pasu sejak 16 September lalu. Pejabat Menteri Besar Kedah dalam kenyataan semalam memaklumkan Sanusi berada di Kumamoto, Jepun pada 16 September lalu atas urusan rasmi. Keberadaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah di Jepun dikatakan bagi meninjau operasi sistem takungan air bawah tanah yang dirancang dilaksana di Langkawi. Menurut Pejabat Menteri Besar Kedah lagi, kunjungan bersama kakitangan pengurusan dan teknikal Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) itu dirancang sejak April lalu.