PKR HARUS SEDAR.

 


𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗟 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗗𝗚𝗡 𝗛𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗠 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗕 𝗣𝗥𝗞 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗣 𝗡𝗜 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗗𝗚𝗡 𝗠𝗣 𝗣𝗔𝗦𝗜𝗥 𝗚𝗨𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗜𝗧𝗨. 𝗙𝗔𝗜𝗥 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗘𝗡𝗧𝗦.

**********************

𝗨𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡 | 𝗣𝗞𝗥 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗶𝗴𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗯 𝗦𝘂𝗻𝗮𝗸

Hassan Abdul Karim

Diterbitkan:  Jul 7, 2024 8:15 AM


ULASAN | Ada hikmahnya PKR yang mewakili Pakatan Harapan (PH) kalah dalam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.


Ada kira-kira tiga tahun lagi sebelum PRU16 untuk PKR khususnya memperbaiki strategi dan naratifnya.


Saya datang membantu kempen pada hari Khamis dan Jumaat minggu pertama kempen. Berceramah di sebuah ceramah umum di sebuah kampung di Sungai Buaya.


Sambutan dingin. Kami berceramah di hadapan penyokong sendiri dari PH terutamanya anggota PKR. Hampir semuanya orang luar, bukan penduduk tempatan. Bukan pengundi.


Saya cuba menyokong calon PH dan menyokong kerajaan perpaduan dalam isu pelaksanaan subsidi diesel bersasar. Ceramah saya hambar. Saya lihat penyokong PH sendiri pun kelihatan defensif dalam isu subsidi diesel itu.


Saya lihat PKR kalah di Sungai Bakap dalam isu naratif nasional.


Hari mengundi 6 Julai. Dua hari sebelum itu pada 4 Julai dibentangkan di Parlimen Laporan Ketua Audit Negara tentang penyelewengan dan ketirisan 11 projek-projek syarikat kerajaan.


Antaranya penyelewengan dan ketirisan berbilion ringgit itu berlaku pada masa kerajaan sekarang.


Mudah sahaja rakyat di Sungai Bakap menyimpulkan bahawa tak ada beza kerajaan sekarang dengan kerajaan-kerajaan yang terdahulu.


‘𝗗𝗼𝘀𝗮’ 𝗣𝗞𝗥


Calon PKR di Sungai Bakap ini seorang calon yang bersih, berintegriti, dengan kelulusan yang tinggi dan layak menjadi wakil rakyat yang baik. Saya sempat bertemu Joohari Ariffin pada pagi Jumaat 28 Jun di Bilik Gerakan Daerah Mengundi Sungai Kechil.


Malang sungguh kepada calon PKR pertama kali itu terpaksa memikul ‘dosa’ PKR yang dikatakan telah memungkiri janji reformasi mereka, sehingga NGO Bersih memberi gred F kepada kerajaan perpaduan yang diterajui oleh PKR.


Bukan salah Anwar Ibrahim. Bukan salah Ahmad Zahid Hamidi. Bukan salah Umno dan juga bukan salah PKR serta PH apabila mereka terpaksa bergabung dalam kerajaan perpaduan yang juga ada nama keduanya iaitu kerajaan Madani.


Anwar, Zahid, PKR, PH, Umno dan BN semuanya jadi mangsa keadaan. Tiada jalan lain. Suka tak suka sebuah kerajaan mesti ditubuhkan untuk mentadbir negara. Tetapi bagi ramai rakyat, baik Melayu atau bukan Melayu; sama ada masyarakat Islam atau bukan Islam mereka beranggapan gabungan di dalam kerajaan perpaduan walaupun pragmatik tetapi mereka menganggap ia adalah perubahan politik yang songsang.


Jadi tidak hairan jika pengundi-pengundi di saluran 5, 6 dan 7 yang terdiri pengundi-pengundi di PRK Sungai Bakap menolak calon PKR dari PH yang mewakili kerajaan perpaduan.


Jelas sekali bahawa PKR dan PH kalah di Sungai Bakap kerana isu ekonomi.


𝗜𝘀𝘂 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹


Najib Razak Perdana Menteri ke-6 kalah dalam PRU14 pada Mei 2018 kerana isu GST dan 1MDB. Kali ini di PRK Sungai Bakap PKR dan PH yang mewakili kerajaan persekutuan kalah dengan isu pelaksanaan subsidi bersasar diesel.


Secara objektif, saya secara peribadi bersetuju dengan kerajaan pusat dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa usaha mengukuhkan ekonomi adalah langkah tepat. Pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar walaupun tidak popular tetapi adalah dasar yang betul dan bertanggungjawab.


Tetapi penerimaan rakyat termasuk di Sungai Bakap dalam isu diesel tersebut sangat merugikan calon PKR. Rakyat marah kerana kenaikan harga diesel menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain menjadikan kos sara hidup semakin tinggi.


Naratif politik pun tidak begitu baik apabila subsidi diesel ditarik balik sebahagiannya selepas langkah kerajaan menaikkan cukai SST dari 6 kepada 8% bagi sesetengah barang. Fitrah rakyat di mana-mana negara sekali pun mereka tak suka jika subsidi untuk rakyat dikurangkan atau dihapuskan atau cukai dinaikkan.


Dasar-dasar mengenai cukai dan subsidi ini diputuskan di Putrajaya. Tetapi kesan yang terpaksa dipikul ialah kekalahan calon PKR di Sungai Bakap.


𝗡𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗱𝗮𝗻 𝗼𝗽𝘁𝗶𝗸


Dari segi politik orang Melayu dan Islam, nampaknya PKR dan PH juga kalah dari segi naratif dan optik.


Langkah berani dan lantang Perdana Menteri Anwar Ibrahim di persada dunia antarabangsa membela rakyat Palestin di Gaza, buat satu jarak waktu telah memperkukuhkan kedudukan Anwar Ibrahim di mata rakyat Melayu Islam di Malaysia yang mempunyai hubungan emosi, sentimen dan solidariti dengan umah Islam di Palestin.


Namun, ia mulai runtuh dan lebur apabila Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia serta Pengerusi Khazanah Nasional telah bersetuju menjual sebahagian saham MAHB kepada syarikat GIP dari Amerika Syarikat yang dikuasai oleh BlackRock, sebuah syarikat pelaburan antarabangsa Amerika Syarikat yang kuat menyokong kerajaan zionis Israel yang melancarkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza.


Dengan pelbagai sebab dan antaranya seperti apa yang saya senaraikan di atas, mungkin menjadi alasan mengapa calon PKR tewas di PRK Sungai Bakap.


Jika kerajaan perpaduan sekarang khususnya PKR dan PH tidak membina naratif nasional yang betul bukan sekadar bercakap sahaja tetapi dengan perbuatan di mana rakyat boleh melihat di atas meja rumah mereka sudah ada beras putih tempatan yang mampu dibeli dengan harga berpatutan dan kos sara hidup seharian semakin ringan dan mudah sehingga rakyat boleh menarik nafas lega ; apabila inflasi menurun, gaji pekerja bertambah naik, maka ketika itu mungkin sebahagian besar rakyat khususnya golongan B40 dan M40 akan mengambil sikap lebih mesra dan memihak kepada PKR, PH, kerajaan perpaduan dan kerajaan Madani.


PKR khususnya ada masa tak sampai tiga tahun sahaja lagi untuk mengelakkan PM Anwar Ibrahim menerima nasib yang sama seperti PM Rishi Sunak di United Kingdom yang tewas dalam pilihan raya pada Jumaat 5 Julai lalu.


𝗛𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗠 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗣𝗮𝘀𝗶𝗿 𝗚𝘂𝗱𝗮𝗻𝗴.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

News link : https://www.malaysiakini.com/news/711122?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter



Antara kunci kejayaan PAS.Sekarang 5 media sosial utama -

 

Zuwairi Md Yusof



Antara kunci kejayaan PAS.Sekarang 5 media sosial utama -





 Tiktok,Telegram,Whatsup,Facebook,Twitter mereka sudah tawan.Naratif mereka pegang.Jika 2024 ini ada lagi yang kata,sosial media itu tak sepenting kerja di lapangan eloklah suruh dia melingkup.Zaman dah berubah.Gelombang UNDI18 pemain utama lebih besar dari pengundi2 atas pagar dan pengundi2 tegar blok PH,BN,PN sendiri.


Di pihak PN,kelebihan PAS menguasai social media dengan membatu api,menabur kebencian dan fitnah.Orang memang suka gosip2 dan malas nak cari fakta.Di pihak PH,kelebihan PH letak kaki2 bodek jilat ampu pegang jawatan2 penting dan kritikal memakan diri.Boleh lihat sendiri Menteri KKOM,Kepala JKOM,Kepala STRATCOM JPM tak lupa pemegang jawatan2 parti bahagian penerangan sendiri.



48 BILLION BAYAR HUTANG 1MDB

 

Ahmad Mohammad Affendi


Teringat zaman Najib”


Inilah hutang sia sia yang dibuat oleh Najib. 48 Billion bazir secara sia sia. 48 Billion ini tak ada seekor pun


penyokong Najib mahupun Mahaidin atau Hadi Awang ingin bertanya apa kegunaannya kepada Malaysia.

.

48 Billion ini lah beban yang perlu ditanggung oleh kepimpinan PMX. Benar, kaum cina termasuk kaum melayu marah betul dengan perkakasan subsidi itu dan ini termasuk subsidi diesel yang separuh masak diselaraskan.

.

Tapi JKOM tak cerita bab ini. Tak ada pula dalam RTM dokumentari untuk cerita bab ini, tak ada pula sesi soal jawab membahaskan bab ini, tak ada pula pemimpin pembangkang yang sudi bertanya akan hal ini. Masing masing sibuk membodohkan melayu yang sudah cukup bodoh.

.

Kemudian pengikut politik tahi dengan bangganya menulis “rindu zaman Najib”. Kadang kala, diperintah oleh golongan bodoh selama 33 bulan yang diketuai oleh Mahaidin rasanya tak cukup memberikan impak.

.

Seharusnya Malaysia ini diperintah selama 10 tahun oleh Mahaidin. Bila separuh rakyat cabut nyawa sendiri sebab kos asas naik serta merta dan dalam 10 tahun itu ekonomi defisit, barulah melayu Islam akan sedar ulama jahat itu benar benar wujud.

.

48 Billion yang tiris dengan sia sia ini, kalau dibelanjakan sebagai bajet pembangunan, kita akan dapat lihat 48 Hospital baru serba lengkap dengan kemudahan setanding hospital swasta.

.

Kalau diberi secara terus kepada Rakyat, kita akan lihat ekonomi naik dengan kecairan wang belanja.

.

Tapi itulah, 48 Billion ini sia sia digunakan untuk membayar hutang yang dibuat oleh Najib yang tak ada faedah kepada negara. Itu pun, “rindu zaman Najib”.

.

Tulisan sebelum nak lena. Sakit hati tengok angka 48 Billion yang terbazir ini.




ISU YANG TIDAK DITANGGANI PIMPINAN PH. MENTERI LEMBAB KALAU DIBIARKAN MEMANG SEPENGGAL SAJA

 


Selesai sudah 𝗣𝗥𝗞 𝗦𝗴. 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗽. Seperti yang diduga, PN tak berdepan masalah untuk mempertahankan kerusi DUN itu. Macam aku tulis sebelum ini, kalau PN menang, tiada apa. Tapi kalau PN kalah, ia merupakan 𝗿𝗲𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗡.


Aku sengaja ulas lambat sebab nak tengok ahli politik 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘁𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂. Tapi bagusnya, pemimpin PH kekal tenang. Yang menggelatat pemimpin PN. Shahidan siap nak jelaskan dakwaannya kekalahan PH berpunca dari Rafizi 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶.


Dah tua pun masih tak berakal. Parlimen tempat untuk bincang 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Tapi iyalah. Dalam PN memang takkan jumpa orang berakal. Itu hakikat.


Paling kelakar tengok gelagat 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝘀𝗶 𝘁𝗮𝗶𝗸𝗼. Tiba-tiba dia pulak yang 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵. Terus tuju ke Rafizi. Siap kata 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗹𝗼𝗹 lagi. Orang PH 𝘳𝘦𝘭𝘢𝘹 je, yang dia nak 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗷𝗮𝗸 𝗴𝗲𝗹𝘂𝗽𝘂𝗿 dah kenapa?


Dia kata kalah sebab formula Rafizi. Akmal lupa, kalah PH kali ini sebab 𝘴𝘸𝘪𝘯𝘨 pengundi India dan pengundi Cina pula 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶. Kalau nak tuding jari, boleh je kita kata 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗿𝗮𝘀𝗶𝘀 𝗱𝗶𝗮 jadi punca pengundi bukan Melayu tak nak sokong Perpaduan.


Akmal ni bukan PH. Dia bukan kecewa sebab PH kalah pun. Tapi dia sebenarnya 𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗴𝗲𝗿𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶. Mungkin dendam kerana Rafizi yang 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶𝗸𝗮𝗻 Najib rembat duit 1MDB dulu tak selesai. Kenapa nak dendam Mal? Ada 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘦 ke?


Bagi aku, kalahnya PH kerana promosi. Pemimpin PH bukan tak tahu 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝙨𝙥𝙞𝙣 dan 𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁. Tapi apa yang pemimpin PH buat? 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮! Kecuali seorang dua.


Media sosial dikuasai PN. Benda palsu pun, kalau dah 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗽 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗱𝗶𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴, orang jadi percaya. Cerita subsidi bersasar diesel dan BlackRock, 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘆𝗮 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻 𝙨𝙥𝙞𝙣 oleh PN. 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗣𝗛?


Sebelum ni pun aku ada tulis tentang Awani yang suka  siarkan petikan video soalan pembangkang di dalam parlimen 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝗶𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 yang boleh buat rakyat terfikir 𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮.


Tapi tindakan Awani di bagaikan 𝗱𝗶𝗿𝗲𝘀𝘁𝘂𝗶 oleh Menteri Komunikasi sendiri. Sudahlah fitnah PN tak dilawan, dibiarkan pula 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗽𝗿𝗼 𝗣𝗡 𝘀𝘂𝗯𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗽𝗹𝗮𝘀𝘂. Celah mana rakyat boleh faham isu sebenar?


Calon PN bayar berapa banyak kepada media sosial untuk sebarkan dakyah palsu mereka. PH? Sebab tu kalau 𝘴𝘤𝘳𝘰𝘭𝘭 media sosial, 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗡. Posting PH ke laut dalam.


PH banyak bergantung kepada 𝙘𝙮𝙩𝙧𝙤 𝙥𝙧𝙤 𝙗𝙤𝙣𝙤. Orang ni bukan dapat gaji menulis di media sosial. Takkan nak suruh dorang 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗼𝗼𝘀𝘁 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗶𝗻𝗴 pulak. Memang tak la.


Ditambah lagi dengan beberapa pemimpin BN yang merupakan 𝗮𝗽𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗺 macam Akmal Saleh, Wee Ka Siong dan Muhammad Hassan juga terutama dalam isu BlackRock, memang PH 𝗴𝗮𝗹𝗶 𝗹𝘂𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 dalam PRK ini.


Apa pun, PRK dah selesai. Terima dan hormati pilihan pengundi Sg. Bakap. Belajar dari kesilapan dalam PRK ini. Perbetulkan mana yang silap. Itu pun kalau mahu kekal di Putrajaya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Betul dah tu



Ramai yang menyalahkan Anwar kerana meng’hapus’kan subsidi diesel yang mnjadi punca utama kekalahan Sg Bakap.


Apa yg berlaku sebenarnya ialah menyelaraskan subsidi. Saya tak nak ulas samada apakah subsidi bersasar itu berjaya atau tidak.


Saya hanya nak ulas adakah tindakan Anwar itu tepat pada masanya? Seperti yg pernah saya tulis.. sepatutnya subsidi bersasar ini dibuat 10 tahun yg lalu.. dalam ertikata yg lain.. tindakan Anwar sudah terlewat. Apa hal pun - BETTER LATE THEN NEVER.


Anwar pasti tahu tindakannya akan memberi kesan pada kerajaannya tetapi Anwar tetap melakukan.


Ini bukan kali pertama Anwar buat. Anwar pernah mendapat kecaman dari sahabat2 seperjuangannya apabila dia mengisytiharkan diri menyertai UMNO. Anwar tahu dia akan dikecam tetapi meyakini tindakannya benar.. Anwar tetap buat. Ia menyertai UMNO bukan untuk kepentingan dirinya tetapi kepentingan rakyat dan negara.


Begitu juga bila dia berkonfrontasi dengan Mahathir sekitar 1998 dahulu. Dia tahu dan sedar akan kesan tindakannya tetapi demi rakyat dan negara… dia mengambil tindakan yg luarbiasa.


Atas tindakan2nya itu, hari imi dia berjaya mencapai cita-citanya demi rakyat dan negara. Cita-cita yg perlu dibayar dengan harga yg amat tinggi.


Hari ini dia menjadi PM.. dan dia terus membuat sesuatu yg akan memberi kesan pada pemerintahannya. Dis amat tahu tetapi dia tetap buat.


Soal nanti kerajaan dia hilang sokongan.. dia tetap buat. Ini bukan soal dia tetapi demi kepentingan rakyat dan negara. Ia dibuat bukan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi dalam keadaan yg sudah amat terlewat.


Berbillion ringgit telah di’rompak’ begitu sahaja maka ianya perlu diselamatkan.


Saya yakin jika berubah kerajaan maka kerajaan yg baru akan terus mengekalkan tindakan Anwar yg melaksanakan program subsidi diesel bersasar ini.


PM PM terdahulu ingin buat tetapi tak punya keberanian. Dalam keadaan tak berani pun.. mereka tetap tersingkir dan tiada siapa bangga dengan tindakan mereka yg ‘tidak melaksanakan subsidi diesel’ hingga merugikan negara.


Puluhan tahun akan datang pimpinan dan rakyat akan berterima kasih dan memuji Anwar dengan tindakannya… sebagaimana hari ini Anwar dikerumuni dan dipuji oleh orang2 yg pernah mengecam dia ketika dia menyertai UMNO dulu dan orang2 yg memakinya ketika dia berperang dengan Mahathir.


Saya WalaNon Tegar malah Amat Tegar


Azhar Ab Shukur

PanDap Sejati




KERAJAAN TERUSKAN DENGAN APA YANG TELAH DIBUAT DEMI KEBAIKAN RAKYAT


Mohd Norazlan


 Semoga kerajaan terus melakukan pembetulan terhadap sistem yang sekian lama tempang dan menjadi lubuk kepada penyelewengan seperti penyasaran harga diesel.



Isu lambakan pekerja asing dan pendatang tanpa izin juga wajar diperbetulkan.


Sekian lama politikus dan kapitalis bersekongkol membiarkan lambakan pekerja asing di negara kita untuk kepentingan keuntungan maksimum industri mereka.


Lambakan pekerja asing beserta manipulasi gaji rendah menjadi pemangkin pekerja tempatan tidak berjaya menuntut kenaikan gaji atau upah dalam banyak sektor pekerjaan dan perniagaan.


Pekerjaan pembinaan di peringkat bawahan sahaja sudah cukup jelas kini dikuasai oleh warga asing yang sebahagiannya adalah pendatang tanpa izin.


Negara kita sekian lama membiarkan sistem pentadbiran dan kenegaraan rosak dengan amalan penyelewengan dan korupsi oleh politikus, pegawai kerajaan dan peniaga kapitalis yang berpakat.Banyak lagi yang perlu dilaksanakan pembetulan dan pembaharuan.


Walau tindakan tegas tidak populis dan kebarangkalian kehilangan sokongan, demi kebaikan generasi dan negara di masa hadapan, adalah wajar ia dilaksanakan.


Kerajaan juga tidak perlu terlalu memburukkan kerajaan terdahulu, tetapi perlu fokus kepada penerangan dan kejayaan dasar-dasar baru ke arah pembaikan.


Selain faktor isu semasa dan kononnya gelombang sokongan orang Melayu kepada pembangkang sejak PRU 2022, kelemahan jentera parti-parti kerajaan sendiri amat terserlah.


Parti-parti gabungan aku tidak mahu ulas kerana bukan ahli, tetapi KEADILAN sejak berpecah hingga kini masih kelihatan tempang dan tidak lagi efisien seperti dahulu.


Suka atau tidak kita kena akui, Azmin dan orangnya yang mendominasi jawatan penting pentadbiran, latihan dan pilihanraya parti, sehingga kini tiada pemimpin KEADILAN yang dapat mengganti.


Sejak sekian lama dimaklumkan tetapi keadaan kekal sama.


Ramai golongan yang tidak berketerampilan dan efisien yang memegang jawatan penting parti dan kerajaan kini.


Gagal di PRU 2022, gagal di PRN 2023 dan berterusan gagal di PRK 2024.


Jika gagal di PRU 16 pun ahli biasa seperti aku bukanlah kisah pun tentang nasib parti kerana  ramai pemimpin sendiri rasanya tidak ambil kisah tentang nasib parti, baik di cabang, negeri dan pusat kerana lebih mementingkan politik dan jawatan mereka dan kelompok mereka kini.


Cuma sebagai ahli dan rakyat yang tiada kepentingan dan jawatan politik, aku inginkan DS Anwar sebagai PM terus melaksanakan pembaikan dasar-dasar yang korup selama puluhan tahun, demi kebaikan rakyat dan negara di masa hadapan.


Secara sejarah, orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya memang tidak suka kepada dasar yang tidak populis, namun baik untuk masa hadapan.


Mereka tidak suka kepentingan dan kesenangan hari ini mereka terjejas.Sejarah Tanah Rizab Melayu dan tanah Kampung Baru di bawah pertanian adalah dibuat oleh penjajah British demi kepentingan orang Melayu di masa hadapan setelah orang Melayu dan Tanah Melayu/Malaya Merdeka.


Pastinya ramai orang Melayu waktu itu tidak suka kerana menyukar dan menjejaskan kepentingan mereka untuk menjual tanah kepada pengusaha Eropah dan Cina untuk sektor bijih timah dan ladang getah.


Hari ini ramai orang Melayu mempertikaikan kononnya banyak tanah Rizab Melayu yang telah tergadai.Hakikatnya Tanah Rizab Melayu bukan dibuat oleh pemimpin dan orang Melayu.


Syukur ada British, walaupun penjajah tetap jahat kerana menjajah dan menjarah hasil bumi pribumi tetapi Kampung Baru masih kekal.


Jika di tangan pemimpin dan orang Melayu, lama sudah Kampung Baru pun tergadai.


Betapa tidak boleh diharap kepada pemimpin dan orang Melayu untuk menjaga kepentingan bangsa dan negara di masa hadapan.


Bukti zaman ini ialah pengeluaran wang simpanan KWSP.Tidak semua yang keluarkannya kerana terdesak demi kelangsungan hidup, malahan ada yang berjoli sakan membeli barangan yang tidak perlu.Jika boleh kesemua wang simpanan ingin dikeluarkan.


Setelah bertahun berlalunya PKP pun masih ramai yang menuntut pengeluarannya.


Konsep umum orang Melayu ialah seronok dahulu, menyesal kemudian masih kekal hingga kini atau pengertian peri bahasa Melayu lama, 'Menang sorak Kampung tergadai'.



BAGI UMNO BERTANDING PULAK

 


Biarlah BN UMNO tanding 6 parlimen tu jika ade PRK nanti.PKR nampak lumpuh,AMANAH pun belum tentu mampu cuma DAP ja nampak kekal gagah walau di asak begitu dasyat.PH perlu house cleaning dulu.Team Penerangan PH lemah,Team JKOM ke laut Pasifik taknak timbul2 dah.Team Menteri Penerangan pun hangat2 taik cicak.Semua harap PMX je jelaskan di parlimen dan luar parlimen.Tukar Pengarah Pilihanraya PKR Rafizi kepada Taufiq Johari segera.Biar Rafizi fokus tugas2 Menteri Ekonomi dan pelaksanaan Keadilan menang siri PRU ke-16 (KEMAS16) dan pemerkasaan organisasi parti (POP25) saja.






Kepala JKOM yg kini di pegang bekas SINAR HARIAN beri pada Datuk Lokman Adam BN dan Timbalan JKOM serah pada Iswardy Morni PH PKR.Ramanan MP Sungai Buloh PH PKR itu Timbalan Ketua Penerangan PKR pun ada macam tarak bagi penerangan.ADUN PH AMANAH sampai tak tahu apa main ciap ja di X jadi modal PN hentam kerajaan hasut orang ramai.Masuk pula batu api KPUM Akmal Saleh BN UMNO makin sukarlah jadinya maklumat sampai ke bawah.


APAKAH. ERITA TENTANG HRD CORP


Pendakwah Teknology



Apakah berita seterusnya tentang skandal HRD Corp ini? Bila baca berita ni, saya bertambah hairan...sejak bila HRD Corp ni jadi entiti pelaburan, bukan ke kerja dia pembangunan sumber manusia?


Antara isu yang dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara (LKAN):

- Levi Tertunggak berjumlah RM205 JUTA melibatkan bilangan majikan sebanyak 21,058

- Geran Latihan Mencurigakan melibatkan RM51.7 JUTA

- Urus Niaga Hartanah yang diragui melibatkan RM120 JUTA


Rasanya pihak SPRM akan panggil semua pihak yang dapat geran latihan HRD Corp.


Antara berita lain yang menarik: "Sebanyak RM 3.77 BILION hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HDR Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan. 

https://www.dagangnews.com/article/hrd-corp-didedah-guna-rm377-bilion-hasil-kutipan-levi-untuk-pelaburan-pac-38661

 In a presentation to the board, its management said only 1.3% or RM49 million of the agency’s total investment portfolio recorded unrealised losses. #FMTNews #FMTEng.



ABANG BIDIN NAIK LORI PUSING SG BAKAP

 


Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail yang diumumkan menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori bagi mengucapkan terima kasih.



Beliau yang mula bergerak pada jam 11 pagi itu turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua jentera dan penyokong atas kejayaan dapat mempertahankan kerusi Sungai Bakap.


Abidin yang mesra disapa dengan panggilan Abang Abidin berkata, pihaknya belum dimaklumkan tarikh angkat sumpah sebagai wakil rakyat setakat ini.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



PASCA PRK SG BAKAP - KITA TIDAK HILANG TETAPI KITA GAGAL MENAMBAH



Selepas PRN 6 buah negeri, Kelantan Terengganu, Kedah, Selangor  P.Pinang dan N. Sembilan, terdapat beberapa PRK diadakan.  Setakat ini, kesemua PRK tersebut tiada mana-mana parti berjaya merampas kerusi, sebaliknya masing-masing mengekalkan kerusi parti masing-masing.


Di PRK Parlimen Kemaman, PN berjaya kekalkan kerusi mereka.  Di Parlimen Pulai dan Dun Spg Jeram, PH/Kerajaan Perpaduan kekal di kerusi masing-masing.  Begitu juga di PRK Dun Pelangai dan Kuala Kubu Baru, kerajaan perpaduan melalui Umno/Bn dan Dap terus kekal di kerusi tersebut.  Terbaru, di Dun Sg Bakap, PN melalui Pas berjaya kekalkan kerusi mereka.  Keseluruhannya, PH/BN/Kerajaan Perpaduan menang 4 kerusi dan PN berjaya di dua kerusi.  Apa yang akan berlaku di PRK Nenggiri, Kelantan selepas ini?  Berjayakah Kerajaan Perpaduan merampas kerusi tersebut atau PN tetap kekal memegangnya?  Nanti kita ulas kemudian.


Mengapa Pas begitu teruja apabila mereka berjaya di Sg Bakap, sedangkan itu memang kerusi mereka?  Mereka merayakan kemenangan itu seolah-olah itu reforendum rakyat tolak kerajaan perpaduan.  Masuk akalkah kerajaan perpaduan yang telah menang di 4 kerusi daripada 6 kerusi dalam PRK dikatakan rakyat menolak kerajaan perpaduan?Sekali lagi puak lebai gagal mengira di antara 4 dengan 2, mana satu jumlah yang lebih besar.  Sebelum ini, lebai Hadi turut yakin bahawa partinya dan PN boleh menjadi kerajaan dengan cukup jumlah iaitu 73 kerusi, berbanding 82 kerusi dari PH.  Ini semua melucukan.


Apa yang berlaku di Sg Bakap adalah calon dari PH/kerajaan perpaduan tidak tewas kerana tiada kerusinya yang berjaya dirampas tetapi PH/kerajaan perpaduan tidak bernasib baik untuk cuba menambah kerusi.  Itu sahaja.  Sudah pastinya di PRK Dun Nenggiri Ogos nanti, sekali lagi parti dari kerajaan perpaduan akan berusaha untuk merampas kerusi tersebut dari PN.  Mana-mana parti yang kerusinya dirampas, itulah parti yang kalah sebenarnya.


Sehubungan itu, PN tidak boleh perasan kononnya kerajaan perpaduan sekarang telah ditolak oleh rakyat hanya kerana mereka berjaya kekalkan kerusi di Sg Bakap.  Apakah peratusan keluar mengundi tidak sampai 70% boleh menggambarkan penolakan rakyat terhadap kerajaan perpaduan?  Bagaimana pula dengan peratusan yang mengundi di 4 PRK yang dimenangi oleh kerajaan perpaduan sebelum ini?  


Saya terima hakikat bahawa banyak kelemahan di pihak kerajaan perpaduan telah menyumbang kepada kegagalan kita merampas kerusi Sg Bakap.  Jangan salahkan jentera2 yang hadir membantu terutamanya jentera dari Bn yang dilihat lebih aktif berbanding di Kuala Kubu Baru.  Jentera2 dari PH yang datang membantu juga amat baik.  Namun, paling penting adalah kekuatan diperingkat tempatan itu sendiri iaitu di peringkat Parlimen atau Cabang.  Apakah Cabang Keadilan di sini kuat atau aktif?  Apakah MP di sini telah cukup melaksanakan tugasnya di semua Dun termasuk Sg Bakap yang berada di bawahnya?  


Sebab itu Presiden Keadilan selalu berpesan agar setiap Cabang mesti bergerak dan aktif, jangan tunggu ada pilihanraya baru bergerak.  Setiap MP atau Adun mesti kerap turun lapangan untuk mengetahui permasalahan rakyat di bawah.  Ada lagi beberapa faktor sampingan yang lain seperti penerangan dari pihak media kerajaan, sentimen kaum dan agama serta fitnah terang-terangan dari pihak lawan terhadap kerajaan dilihat gagal ditangani dengan baik.  Kita patut bersyukur masih ada cytro-cytro atau Tik Tokers pro kerajaan yang terus setia siang malam memberikan penerangan dan menjawab segala fitnah pihak Pembangkang yang boleh melegakan sedikit dari terus menerima kekalahan yang lebih besar.   Saya tidak mahu ulas apa fungsi JKOM kerana saya tidak pasti ianya masih wujud atau tidak.


Saya yakn, kemenangan pertama kita nanti adalah di Nenggiri sekiranya kita pantas mengatasi beberapa kelemahan yang ada.


WFAUZDIN NS



SINDIR ORANG-MACAM DIIA PANDAI SANGAT

 "


Duri semakin terserlah keluar dari daging" - Zus Din  

************

AKMAL SINDIR BAHLOL & BODOH PADA RAFIZI


Pendirian Tok Mat dan Akmal makin hari makin jelas


KALAH SAHAJA PH DIPERSALAHKAN


Adilkah jika kalah sahaja, salah PH tapi bila menang anda senyap. Itulah pandangan saya kpd Tok Mat dan Akmal Saleh yg sejak awal penubuhan Kerajaan Perpaduan ini tidak pernah senang kewujudannya.


Saya terkejut Akmal boleh berkata bahlol dan bodoh kpd Rafizi dan saya anggap ia sgt keterlaluan. Akmal bukan ahli biasa tetapi Ketua Pemuda. Sdgkan Rafizi itu rakan parti dlm kerajaan Perpaduan .


Begitu juga Tok Mat, baru sahaja tewas di Sg. Bakap terus mahu Dewan Tertinggi UMNO buat keputusan utk terus bersama atau tidak. 


Bolehkah ‘rakan kongsi’ berkata demikian? Tok Mat dan Akmal kena belajar semangat setiakawan dari DS Anwar Ibrahim.


Walaupun DAP dianggap liabiliti utk menarik pengundi Melayu kpd PKR dan Amanah tetapi dlm apa jua keputusan pilihanraya, Anwar tidak pernah menyalahkan mana2 parti dlm PH.


PH boleh sahaja bertanya kpd UMNO mengapa mereka gagal membawa pengundi mereka menyokong Kerajaan Perpaduan? PKR juga boleh sahaja bertanya kpd DAP kenapa pengundi Cina tidak mahu keluar mengundi.


Pimpinan PKR menerima dgn keputusan kekalahan ini dgn berlapang dada. Malah di kalangan ahli PKR samada pimpinan atau ahli bawahan kami menumpukan post morterm berpunca dari parti sendiri.


Tok Mat dan Akmal mesti sedar UMNO melemah sejak 2008 hingga 2022 tanpa bersama PH. 4 pilihanraya itu data menunjukkan UMNO semakin tidak diterima oleh pengundi Melayu. Ia bukan salah PH.


Sepatutnya apabila bersama dlm kerajaan UMNO ambil kesempatan perkuatkan kembali parti UMNO. Cari formula dimana penolakkan org Melayu kpd UMNO dan bukan mencari salah pihak yg lain.


Tok Mat dan Akmal mesti sedar bagaimana sikap PAS ketika dlm Muafakat Nasional. PAS meninggalkan UMNO utk bersama Bersatu. 


PAS terus berjaya tanpa UMNO. Jika UMNO bersama kembali dgn PAS 74 kerusi Parlimen dimenangi PAS tidak akn diberikan kembali kpd UMNO.


Tanya saya utk PRU16 andaikata UMNO mahu bangkit semula bertanding secara sendirian utk mengembalikan pengundi ahli UMNO bersama UMNO. 


Di situ Tok Mat dan Akmal boleh menilai sendiri di mana kekuatan UMNO berbanding PAS di kalangan org Melayu. Ingat PH menguasai kawasan Melayu urban dan semi urban. Jadi pertarungan adalah antara UMNO dan PAS.


Jika mahu bersama PAS silakan dan Tok Mat & Akmal Saleh merasai apa dirasai mana2 parti yg pernah bersama PAS. Bersatu walaupun menang 4 negeri bersama PAS 1 negeri pun jawatan MB tidak dpt kpd Bersatu.


Lihat sahaja apa yg berlaku di Nenggiri apabila PAS Gua Musang sudah menghantar nama calon utk bertanding di kerusi yg ditandingi Bersatu sebelum ini. 


Sdgkan bersama PH semua kerusi yg dulu ditandingi Bersatu diberikan kpd UMNO. Malah di Perak dan Pahang yg dimonopli oleh PH kerusi MB diberikan kpd UMNO. Rundingan ini tidak akn UMNO dpt jika bersama PAS.


Tok Mat & Akmal bukan org tiada pendidikan. Seorang mantan korporat dan seorang Dr. Apa yg dilakukan oleh PMX atau Kerajaan sudah tentu ke arah kebaikan. 


PMX bukan sakau duit tetapi kita skg sdg berhadapan dgn lawan yg memainkan sentimen perkauman, bermain isu fitnah dan sehingga sanggup memfitnah PMX agen Yahudi.


Buat Tok Mat dan Akmal Saleh selepas kerajaan Perpaduan ini wujud ada 10 Pilihanraya Kecil berlaku. Dari 10 itu Kerajaan Perpaduan memperolehi 6 kemenangan. 


Mengapa perlu panik dan hilang semangat setiakawan? Memgapa perlu mencari salah org lain. Sepatutnya kesemua parti2 dlm Kerajaan Perpaduan muhasabah utk kembalikan keyakinan rakyat.


PERPADUAN 


N42 TIOMAN

N13 SIMPANG JERAM

P141 PULAI

N36 PELANGAI

N67 JEPAK

NO6 KUALA KUBU BARU

———————————————————————————-

PERIKATAN NASIONAL 


P17 PADANG SERAI 

P36 K/ TERENGGANU

P40 KEMAMAN

N20 SUNGAI BAKAP


-Norman Radzuan