KERAJAAN TERUSKAN DENGAN APA YANG TELAH DIBUAT DEMI KEBAIKAN RAKYAT


Mohd Norazlan


 Semoga kerajaan terus melakukan pembetulan terhadap sistem yang sekian lama tempang dan menjadi lubuk kepada penyelewengan seperti penyasaran harga diesel.



Isu lambakan pekerja asing dan pendatang tanpa izin juga wajar diperbetulkan.


Sekian lama politikus dan kapitalis bersekongkol membiarkan lambakan pekerja asing di negara kita untuk kepentingan keuntungan maksimum industri mereka.


Lambakan pekerja asing beserta manipulasi gaji rendah menjadi pemangkin pekerja tempatan tidak berjaya menuntut kenaikan gaji atau upah dalam banyak sektor pekerjaan dan perniagaan.


Pekerjaan pembinaan di peringkat bawahan sahaja sudah cukup jelas kini dikuasai oleh warga asing yang sebahagiannya adalah pendatang tanpa izin.


Negara kita sekian lama membiarkan sistem pentadbiran dan kenegaraan rosak dengan amalan penyelewengan dan korupsi oleh politikus, pegawai kerajaan dan peniaga kapitalis yang berpakat.Banyak lagi yang perlu dilaksanakan pembetulan dan pembaharuan.


Walau tindakan tegas tidak populis dan kebarangkalian kehilangan sokongan, demi kebaikan generasi dan negara di masa hadapan, adalah wajar ia dilaksanakan.


Kerajaan juga tidak perlu terlalu memburukkan kerajaan terdahulu, tetapi perlu fokus kepada penerangan dan kejayaan dasar-dasar baru ke arah pembaikan.


Selain faktor isu semasa dan kononnya gelombang sokongan orang Melayu kepada pembangkang sejak PRU 2022, kelemahan jentera parti-parti kerajaan sendiri amat terserlah.


Parti-parti gabungan aku tidak mahu ulas kerana bukan ahli, tetapi KEADILAN sejak berpecah hingga kini masih kelihatan tempang dan tidak lagi efisien seperti dahulu.


Suka atau tidak kita kena akui, Azmin dan orangnya yang mendominasi jawatan penting pentadbiran, latihan dan pilihanraya parti, sehingga kini tiada pemimpin KEADILAN yang dapat mengganti.


Sejak sekian lama dimaklumkan tetapi keadaan kekal sama.


Ramai golongan yang tidak berketerampilan dan efisien yang memegang jawatan penting parti dan kerajaan kini.


Gagal di PRU 2022, gagal di PRN 2023 dan berterusan gagal di PRK 2024.


Jika gagal di PRU 16 pun ahli biasa seperti aku bukanlah kisah pun tentang nasib parti kerana  ramai pemimpin sendiri rasanya tidak ambil kisah tentang nasib parti, baik di cabang, negeri dan pusat kerana lebih mementingkan politik dan jawatan mereka dan kelompok mereka kini.


Cuma sebagai ahli dan rakyat yang tiada kepentingan dan jawatan politik, aku inginkan DS Anwar sebagai PM terus melaksanakan pembaikan dasar-dasar yang korup selama puluhan tahun, demi kebaikan rakyat dan negara di masa hadapan.


Secara sejarah, orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya memang tidak suka kepada dasar yang tidak populis, namun baik untuk masa hadapan.


Mereka tidak suka kepentingan dan kesenangan hari ini mereka terjejas.Sejarah Tanah Rizab Melayu dan tanah Kampung Baru di bawah pertanian adalah dibuat oleh penjajah British demi kepentingan orang Melayu di masa hadapan setelah orang Melayu dan Tanah Melayu/Malaya Merdeka.


Pastinya ramai orang Melayu waktu itu tidak suka kerana menyukar dan menjejaskan kepentingan mereka untuk menjual tanah kepada pengusaha Eropah dan Cina untuk sektor bijih timah dan ladang getah.


Hari ini ramai orang Melayu mempertikaikan kononnya banyak tanah Rizab Melayu yang telah tergadai.Hakikatnya Tanah Rizab Melayu bukan dibuat oleh pemimpin dan orang Melayu.


Syukur ada British, walaupun penjajah tetap jahat kerana menjajah dan menjarah hasil bumi pribumi tetapi Kampung Baru masih kekal.


Jika di tangan pemimpin dan orang Melayu, lama sudah Kampung Baru pun tergadai.


Betapa tidak boleh diharap kepada pemimpin dan orang Melayu untuk menjaga kepentingan bangsa dan negara di masa hadapan.


Bukti zaman ini ialah pengeluaran wang simpanan KWSP.Tidak semua yang keluarkannya kerana terdesak demi kelangsungan hidup, malahan ada yang berjoli sakan membeli barangan yang tidak perlu.Jika boleh kesemua wang simpanan ingin dikeluarkan.


Setelah bertahun berlalunya PKP pun masih ramai yang menuntut pengeluarannya.


Konsep umum orang Melayu ialah seronok dahulu, menyesal kemudian masih kekal hingga kini atau pengertian peri bahasa Melayu lama, 'Menang sorak Kampung tergadai'.



No comments:

Post a Comment