*BUKA UiTM KEPADA NON-BUMI BUKAN CADANGAN DARI KERAJAAN. INI 7 SOALAN*



✍️  Ahmad Mursi


*1.  SIAPA YANG MULA2 BAGI CADANGAN?*


Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar, Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN memberi cadangan dan bukan oleh kerajaan.


*2.  APA CADANGANNYA?*


Supaya UiTM membuka laluan SEMENTARA kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks (penyakit jantung, pembuluh darah, dan toraks). Cadangan ini dibuat sementara menunggu program yang sama diwujudkan di Universiti Malaya.


*3.  KENAPA PULA UiTM?*


Ketika ini, UiTM SATU-SATUNYA universiti yang menawarkan program ‘parallel pathway’ dengan kerjasama Institut Jantung Negara dalam bidang kardiotorasik.


*4.  PARALLEL PATHWAY ITU PROGRAM APA PULA?*


Sebahagian daripada Program Ijazah Lanjutan Pembedahan Kardiotoraks yang akhirnya menjadi sub-pakar di Malaysia. Jumlah Doktor Pakar di Malaysia ketika ini hanya 4 untuk 10,000 rakyat atau 4:10,000 manakala jumlah yang sepatutnya 14:10,000.


*5.  ADAKAH KERAJAAN BERSETUJU?*


Hal ini TIDAK PERNAH dibincang oleh Kementerian atau Jemaah Menteri, tiada cadangan rasmi dihantar oleh UiTM kepada kerajaan. Kementerian berpegang teguh pada Fasal 1A Akta UiTM, yang menyatakan UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan.


*6.  ADAKAH UiTM TELAH BERSETUJU?*


Naib Canselor Shahrin Sahib berkata, tiada sebarang perbincangan atau cadangan mengenai perubahan dasar itu dalam mana-mana mesyuarat Senat UiTM mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti.


*7.  KENAPA PULA PEMBANGKANG HASUT SALAHKAN KERAJAAN?*


Setiap kali ada cadangan atau pandangan oleh 'ahli akaemik', 'penganalisa', 'pakar', pemain industri dan sesiapa sahaja pihak ketiga kepada kerajaan, maka terus nak disalahkan Kerajaan Madani. Mengapa pula?



RENTASAN 1596 | GEMPAR!! KINI PMX DIDESAK TARIK BALIK UGUTAN TERHADAP BL...







MENARIK DALAM RENTASAN 1596 1. JAJAN APA PMX BAWA DARI LUAR NEGARA? 2. MEREKA PATUT GANTI BILIK SAYA DI SUNGAI BULOH, KATA ANWAR 3. TERIMALAH PERBEZAAN BUKAN KEJAHILAN!




BERBANDING BINCANG SOAL TAHANAN RUMAH NAJIB, KABINET LEBIH PERLU IKTIRAF PANDANGAN PMX SEBAGAI PENDIRIAN RASMI KERAJAAN

 


Susulan pandangan Anwar Ibrahim bahawa tahanan rumah kepada Najib Razak hanya patut dipertimbangkan selepas semua kes mahkamah berkaitan 1MDB yang sedang dihadapinya selesai, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perkara berkenaan mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Katanya, isu tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet semalam yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

“Tidak dibincangkan (pada mesyuarat kabinet semalam), mungkin ia akan dibincangkan apabila Anwar kembali ke tanah air nanti,” katanya yang merupakan jurucakap rasmi kerajaan perpaduan.

Perdana Menteri kini berada di luar negara untuk lawatan rasmi dan dijangka akan kembali ke dalam negara pada minggu depan.

Sama ada kita suka atau tidak, pandangan Anwar yang dilontarkannya mengenai isu tahanan rumah Najib dalam Forum Ekonomi Qatar beberapa hari lalu adalah merupakan hujah paling logik, sangat munasabah dan menggembirakan rakyat Malaysia.

Sesiapa pun yang berakal waras dan kepalanya tak masuk air, pasti dengan senang hati dapat menerima pakai hujah PMX itu.

Memang tidak dapat disangkal bahawa Najib hanya patut diberikan tahanan rumah jika sekiranya semua kes mahkamahnya berkaitan 1MDB telah selesai dihadapinya.

Amat tidak masuk akal kalau tahanan rumah diberikan kepada Najib dalam keadaan banyak lagi kes mahkamah masih belum selesai dihadapinya.

Apa istimewanya beliau, bukankah undang-undang sama disisi setiap orang?

Dengan itu, selain Najib sendiri telah membawa ke mahkamah untuk semakan kehakiman berkaitan tahanan rumah yang dikatakan terkandung dalam titah adendum Agong ke-16, maka tiada keperluan sama sekali untuk kabinet membincangkan perkara tersebut.

Biarkan saja mahkamah membuat keputusan bila tiba waktunya nanti.

Namun demikian, kalau pun kabinet merasakan ada keperluan untuk turut ambil bahagian dalam hal berkenaan, apa yang perlu dilakukan ialah mengiktiraf serta mengesahkan yang pandangan Perdana Menteri itu sebagai pendirian rasmi kerajaan.

Hakikatnya, pandangan Anwar itu bukan saja hujah yang sangat logik dan paling munasabah, tetapi juga menggambarkan pemeliharaan terhadap keluhuran undang-undang yang sejati kepada semua rakyat Makaysia.

Mana tahu jika selepas ini ada lagi berlaku kes seperti Najib ini, maka dengan pengiktirafan serta pengesahan kabinet terhadap pandangan Anwar itu, ertinya lebih memudahkan ia dijadikan rujukan pada masa depan.

Pokoknya, meski telah menjalani satu hukuman, tetapi selagi ada kes mahkamah lain yang masih belum selesai, memberi tahanan rumah kepada sesiapa jua adalah sangat tidak munasabah.

Bagaimana jika selepas diberi tahanan rumah, tiba-tiba didapati bersalah dalam kes yang lain?

Cukuplah kes Najib yang satu ini saja membuatkan kita serabut kepala. – ShahbudinHusin 16Mei2024.

 

 

 

PM INILAH YANG MULA MENGAMBIL BERAT SOAL TANAH REZAB MELAYU

 


Mohd Norazlan


Sekian lama isu Tanah Simpanan Melayu (Malay Reserve Land) yang digubal oleh pentadbiran British yang terjual oleh pemimpin anak bangsa yang banyak tidak diganti oleh Perdana Menteri terdahulu.


Siapakah pengkhianat bangsa yang sebenar?


Semoga lebih banyak Tanah Simpanan Melayu diganti semula, terutama tanah yang bernilai tinggi.



LAWATAN SULONG YANG BERJAYA

 






Sewaktu lawatan sulung ke Republik Kyrgyz, saya juga menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov. 


Pertemuan kira-kira sejam itu digunakan untuk bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.


Walhasil, pertemuan ini telah mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara selain bertukar kepakaran terkait aspek pelaburan, pendidikan, halal, pengurusan haji dan pelancongan.


#MalaysiaMADANI



KENA DAKWA.. PERLIS BOLEH DAPAT MB BARU DAH TU

 

Che Ibrahim





Di Kelantan KADA dapat Pengurus Besar baru kerana wat lama kena tahan kerja kerana ditahan SPRM.


Di Perlis adakah bakal dapat MB baru kerana MB lama telah dipanggil oleh SPRM untuk siasatan??



TUDM Hantar Tim Ke Kuwait Bulan Jun Runding Perolehan F/A-18 Hornet



TUDM Hantar Tim Ke Kuwait Bulan Jun Runding Perolehan F/A-18 Hornet Malaysia merancang untuk membeli pesawat-pesawat F/A-18 C/D Hornet Tentera Udara Kuwait sebagai satu langkah “stop-gap measures” (langkah sementara) sebelum Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilengkapkan dengan pesawat Next MRCA yang baharu. Sebelum itu pada 2021, Timbalan Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata Kementerian Pertahanan merancang mengadakan rundingan dengan Kuwait untuk memperolehi 33 buah pesawat pejuang Hornet milik negara Timur Tengah tersebut secara “lock, stock and barrel.” Perlu difahamai, Tentera Udara Kuwait akan menamatkan perkhidmatan pesawat-pesawat F/A-18 C/D miliknya selepas ia memperolehi pesawat-pesawat F/A-18 E/F Super Hornet serta Eurofighter Typhoon dan sebahagian Eurofighter Typhoon kini telahpun beroperasi dengan Tentera Udara Kuwait Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan kunjungan ke Kuwait bulan depan untuk berunding dengan Kuwait bagi memperolehi pesawat-pesawat pejuang F/A-18 Hornet milik tentera udara negara Arab itu. Merujuk kepada laporan 27 Oktober 2023, Kuwait telah pun memiliki 13 daripada 28 buah Eurofighter Typhoon yang telah di pesan sejak 2021. Ikuti video untuk lebih maklumat



TIADA TAHANAN RUMAH UNTUK NAJIB SEBELUM PRU16?

Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya patut mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib Razak selepas kes 1MDB yang dihadapinya selesai menjalani perbicaraan di mahkamah.

Menegaskan beliau tidak akan sesekali mengenepikan kuasa Agong, Perdana Menteri berkata, syornya itu hanya akan dikemukakan jika diminta oleh baginda.

“Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, Tuanku, lalui proses itu,” katanya semasa wawancara dengan Bloomberg di Forum Ekonomi Qatar, semalam.

Perdana Menteri berpendirian, semua pihak harus menumpukan kepada prosiding mahkamah kes 1MDB yang sedang berjalan, berbanding isu tahanan rumah untuk Najib seperti dibangkitkan mutakhir ini.

Pada 1 April lalu, Najib memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum atau titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Susulan itu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum itu.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April, beliau menyatakan telah dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Tengku Abdul Aziz ketika pertemuan di rumahnya di Country Heights, Kajang pada 30 Januari lalu.

Meskipun pandangan Anwar berkenaan isu tahanan rumah Najib itu hanya merupakan syor jika diminta oleh Agong, bersesuaian pula kes semakan kehakiman berkaitan titah adendum telah pun difailkan di mahkamah, apa yang dinyatakan Perdana Menteri itu secara umumnya bolehlah disimpulkan sebagai pendirian kerajaan yang mungkin turut akan disampaikan dalam perbicaraan semakan kehakiman nanti.

Dengan begitu pendirian kerajaan, ertinya kerajaan tidak setuju Najib diberikan tahanan rumah.

Dengan itu, bolehlah juga difahami kenapa titah adendum itu tidak didedahkan sebelum ini.

Najib kini masih ada empat lagi kes mahkamah berkaitan 1MDB yang masih berjalan dan belum selesai.

Oleh kerana semua perbicaraan itu masih di peringkat awal, sukar untuk menjangka bila ia akan berakhir.

Mungkin tiga empat tahun lagi atau barangkali lebih lama daripada itu barulah ada pengakhiran semua kes tersebut.

Berdasarkan pengurangan hukuman yang diberi kepada Najib oleh Lembaga Pengampunan sebelum ini, tarikh beliau patut dibebaskan daripada penjara ialah pada 23 Ogos 2028.

Jika Najib bebas daripada semua pertuduhan mahkamah berkaitan semua empat kes 1MDB yang sedang dihadapinya sekarang, keputusannya barangkali hanya akan diketahui dalam tempih waktu yang tak banyak berbeza dengan tarikhnya keluar penjara.

Namun, jika beliau didapati bersalah atas satu atau keempat-empat kes 1MDB yang sedang dihadapinya, tempoh bicara pasti akan menjadi lebih panjang atau seterusnya melibatkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Ertinya, jika pandangan Anwar itu mahu diterima pakai iaitu Najib hanya patut diberi tahanan rumah selepas kes mahkamah berkaitan 1MDB yang sedang dihadapinya selesai, ia bermakna detik itu sudah hampir dengan tarikh pembebasan bekas Perdana Menteri itu daripada penjara atau boleh jadi ia berlaku selepas 23 Ogos 2028.

Yang hampir pasti, semua tarikh itu adalah selepas PRU16.

Bermakna lagikah tahanan rumah kepada Najib ketika itu? – ShahbudinHusin 15Mei2024.

 


HAMBIK.... KAN DAH KENA

 

Ana Tahu


Mencontohi Dota Khas…. Dalil banyak kerja tak buat gaji elaun masuk tiap bulan….



KELAKAR PEJA NI. HARAP SAMPAI DIA SAJA DOK BUAT LAWAK BODO NI.





 Kelakar pulak bila 𝗣𝗲𝗷𝗮 kata 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶. Agaknya dia faham ke apa maksud galang ganti tu? Atau main sebut je?


Apa kelebihan yang ada pada Mahiaddin? Sakau tu tak boleh dikira kejayaan. Paling besar kejayaannya pun cuma 𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝘂.


Sebenarnya Bersatu terpaksa pertahankan Mahiaddin sebab 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗮𝗱𝗮. Kalau macam Peha ni pun boleh jadi Timbalan Presiden, bayangkanlah.


Kalau ikutkan, Mahiaddin nak jadi pengerusi PN pun 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸. Tapi disebabkan pengerusi PN di kalangan presiden parti komponen, terpaksalah ambil dia.


Setidaknya kuranglah sikit mudarat berbanding kalau presiden parti satu lagi tu. Walaupun parti tu 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂.


Kalau kira layak, sesuai lagi 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗣𝗡. Tapi itulah. Samsuri 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 sebelum jadi Pengerusi PN.


Rasanya calon PM PN akan 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. Mahiaddin akan terus jadi pilihan. Melainkan jika ada perubahan dalam saf kepimpinan PAS.


Tapi berani ke walaun tukar presiden? Takkan berani punya! Semua takut masuk neraka. Maka kekallah PAS sebagai 𝗯𝗮𝗹𝗮𝗰𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


POLITIK MAHABBAH NASSARUDDIN


Saya tidak tahu pun yang Menteri Pengangkutan Anthony Loke berada di Kelantan kelmarin. Saya tahu apabila menager hotel tempat saya menginap tanya, apakah saya balik kerana ikut program Anthony Loke. 



Selepas saya baca akhbar dan buka medsos baru tahu yang Anthony Loke berada di Kelantan, kedatangannya meninjau Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra (LTSIP) atas arahan Perdana Menteri yang mahukan lapangan terbang itu diperpanjangkan landasan dan dinaikan taraf jadi lapangan terbang antarabangsa. 


Disamping melawat airport itu, Anthony juga dibawa meninjau landasan keretapi di Pasir Mas dan Rantau Panjang. Lawatan itu dibuat atas cadangan dan permintaan MB Kelantan Nassaruddin Daud agar perkhidmatan ECRL Kuala Lumpur - Kota Bharu diteruskan ke Rantau Panjang. 


Landasan keretapi yang dibina dizaman Brtitsh dari Rantau Panjang ke Pasir Mas sudah lama terbiar apabila perkhidmatan keretapi Tumpat - Rantau Panjang dihentikan akhir tahun 1970an.


Lawatan Anthony Loke semalam membawa erti besar untuk rakyat Kelantan. Ia adalah hasil daripada pendekataan politik mahabbah Nassaruddin yang mengambil jalan sederhana dan melupai sengketa politik. Tanpa perubahan dan pendekatan demikian tidak mungkin lapangan terbang Pengkalan Chepa dan landasan keretapi yang terbiar itu dimanfaarkan semula. 


Dalam tempoh tidak sampai setahun Nassaruddin membawa sesuatu yang bermakna untuk Kelantan. 


Semoga selepas ini banyak lagi pembangunan infastruktur di Kelantan akan dibangunkan. Kerajaan Madani perlu bergabung dengan kerajaan Membangun Besama Islam, dan ignore politik lapok dan jumud. 


Ada beberapa individu yang juak dan cemburu dengan pendekatan diambil kerajaan Kelantan dengan Pusat kini perlu dilupakan dan biarlah mereka menjadi burung hantu bisu yang berkokok dipelapah nyiur tua selama-lamanya. Trims.



CERITA AIR KELANTAN


MSO


 Menitik Malam.

CERITA AIR KELANTAN 


Paling punggung saya balik dari Kelantan SPRM telah mencekup empat individu, dua termasuk pegawai kanan Syarikat Air Kelantan Berhad (ASKB). Tangkapan itu dibuat ekoran berlaku penyelewengan dalam projek Pembinaan Telaga Jejari membabitkan jumlah cecah billion ringgit. 


Tampaknya SPRM masih belum habis menjalankan kerja mereka di Kelantan selepas turun dari banjaran Titiwangsa. Masalah iklim dan cuaca kering dan tandus tidak menghalang tugas Suruhanjaya berkenaan.


Terkejut juga saya membaca laporan mengenai kejadian menimpa Kelantan itu, ia seperti bersambungan dan ada beberapa siri lagi. Baru minggu lepas SPRM telah memasuki ke agensi kerajaan Persekutuan KADA, menangkap beberapa orang kakitanganya, hari ini menjengok masuk ke agensi kerajaan negeri pula. Kerajaan Kelantan telah memecah rekod bersih yang  dipertahannya lebih tiga dekad. 


Sebenarnya apa dilakukan oleh SPRM itu tidak pun pelik kerana, isu air atau pun tanggapan negatif berlaku sesuatu tidak kena dalam pengurusan air Kelantan ini sudah lama kedengaran. Ia mulai dipertikaikan secara serius sejak tahun 2015 lagi, kira-kira  sembilan tahun lampau. 


Ketika itu pihak kerajaan Kelantan tidak percaya dan cuba melindung kebejatan yang berlaku dalam AKSB sehingga menyebabkan orang yang ikhlas dan cuba membersihkan Kelantan dari sebarang peneyelwengan akhirnya dikenakan tindakan disiplin kemudian dipecat dari PAS parti memerintah.


Husam Musa, telah membangkitkan permasalahan AKSB itu setelah menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam projek pembinaan Telaga Jejari. Jika diselak balik isu yang pernah dibangkitkan bekas Exco itu, beliau telah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas Pusat yang dipengerusikan sendiri oleh timbalan presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, kerana presiden tidak hadir.


Namun malang, peringatan dan teguran ikhlas Husam itu tidak dipedulikan, sebaliknya beliau dianggap sebagai fitnah sengaja diada adakan untuk memburukan kerajaan Kelantan, tiada apa-apa tindakan diambil malahan beliau dicemuh.  Hatta semasa Tuan Ibrahim jadi menteri bertanggungjawab mengenai air, tiada apa-apa tindakan diambil.


Setelah sembilan tahun, bangkai busuk yang dicerita Husam disembunyikan dengan baik, akhirnya kini bau hampaknya telah menerawang dan masuk ke dalam hidup rakyat Kelantan apabila SPRM telah menunjukkan kuku dan taringnya di Kelantan. 

Kelambatan SPRM bertindak itu menyebabkan Husam terjeruk dengan tuduhan dan tiada seorang pun rakyat Kelantan menyebelahinya, melainkan marah sehingga kalah dalam dua pilihan raya.


Yang saya musykilkan kenapa SPRM mengambil masa hampir sedekad untuk bertindak, apakah dalam kes di Kelantan ini SPRM bertindak double standard? Elok juga kalau bekas-bekas pengarah SPRM di Kelantan sebelum ini ditanya kenapa berlaku demikian? Justifikasinya didambakan.


Apapun terima kasih kepada SPRM di era kerajaan Madani ini. Benarlah seperti sering saya madahkan, KEBENARAN itu seperti keretapi malam, walaupun ia lambat tiba, tetapi ia akan sampai juga disetesen terakhirnya.


Dengan bermulanya tidak SPRM menyiasat segala macam kes yang berlaku di Kelantan, adalah elok kalau Kelantan yang kini dibawa pimpinan Nassaruddin Daud mengambil langkah untuk menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Khas diperingkat Negeri untuk menyiasat segala agensi dan jabatan negeri, bagi menyucikan saki baki kebobrotan yang berlaku atau tertepek dimana-mana. Menjadi tanggungjawab beliau untuk menjamin kerajaan negeri bersih dan noda dan dosa yang selama ini disembunyikan atas nama PAS sebagai parti Islam. 


Penubuhkan Jawatankuasa Kuasa Saisatan Khas negeri itu perlu dipengerusikan oleh beliau sendiri. Beliau tidak perlu takut dan bimbang dengan jawatankuasa berkenaan kerana beliau tidak terbabit dengan kebobrokan sebelum ini. Jawatankuasa itu juga selari dengan tindakan SPRM itu.


Maka, para penjawat jawatan penting berkaitan AKSB , baik Exco dan pengerusi AKSB, juga MB diera tahun 2008 hingga 2015 perlu tampil bersama atau menyerahkan diri untuk dihisab oleh Jawatankuasa Siasatan berkenaan. Trims.