SEMUA PUSAT PENGAJIAN HARUS BERDAFTAR





Che Ibrahi.


 Semua institusi pendidikan baik peringkat pra sekolah, sekolah rendah/menengah, pusat pengajian tinggi, maahad tahfiz, pusat pengajian pondok, sekolah sekolah agama dll perlu didaftarkan dengan pihak berkuasa sebagaimana kehendak akta dan peraturan yang sedia ada. 


Semua tenaga kerja/guru/kakitangan yang bergaji, perlu dibuat caruman kwsp/epf, Perkeso dll caruman wajib jika ada. Semua ini telah termaktub dalam Akta Pekerjaan.


Maknanya jika ada tekanan dari pihak berkuasa supaya institusi institusi berkenaan mematuhi segala kehendak undang undang dan peraturan, ianya tidak boleh dianggap sebagai gangguan, sekatan, halangan, apalagi diperangi.


Belajarlah menjadi masyarakat yang bertamadun yang bersedia untuk akur kepada mana mana undang undang Dan arahan pentadbiran, jangan beramal dgn peraturan keng dan keras kepala kerana terasa terpaling Islam.



RUU kekebalan negara dilulus walaupun ‘kuasa luas’ PM dipertikai-FMT


Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, kuasa mengecualikan dan membuat peraturan harus dipegang oleh ketua negara, seperti di negara lain.


RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 diluluskan dengan undi majoriti Dewan Rakyat selepas Azalina membentangkannya untuk bacaan kali ketiga. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang hari ini membangkitkan kebimbangan berhubung fasal berkaitan peranan dan kuasa perdana menteri yang digariskan dalam Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.

Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mempersoalkan kuasa penting diberikan kepada perdana menteri, bukannya Yang di-Pertuan Agong, yang diperuntukkan dalam Fasal 32 dan 33 RUU tersebut.

“(Kedua-dua fasal ini) dengan jelasnya menyatakan bahawa kuasa mengecualikan (negara lain) dan juga kuasa membuat peraturan diberikan kepada perdana menteri, bukan perdana menteri dalam majlis kekebalan negara asing.

“Jadi dalam hal ini, saya merasakan bahawa ia agak berbeza dengan undang-undang di negara-negara lain yang terlebih awal dibuat daripada kita,” katanya dalam Dewan Rakyat selepas mencelah dalam ucapan penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Takiyuddin berkata, kuasa serupanya lazimnya dipegang oleh raja-raja atau ketua negara, memetik peruntukan dalam Akta Kekebalan Negara 1978 di United Kingdom dan Akta Kekebalan Negara Asing 1985 Australia.

“Jika bukan kuasa mutlak, kuasa yang sangat luas diberikan kepada perdana menteri. Sedangkan dalam undang-undang di negara lain, (kuasa) diberikan kepada Ratu, ataupun ‘governor-general’, dan juga presiden atau ketua negara,” katanya.

Ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua semalam, Azalina berkata, Fasal 30 memberikan kuasa kepada perdana menteri untuk membatalkan mana-mana atau semua kekebalan negara asing jika Malaysia tidak menerima kekebalan serupa bawah akta yang dicadangkan.

Katanya, Fasal 32 memberikan kuasa kepada perdana menteri untuk mengecualikan mana-mana negara asing daripada peruntukan khusus dalam akta itu, dengan kuasa mengenakan syarat atau sekatan yang perlu atau difikirkan sesuai.

Fasal 33 pula memberikan kuasa kepada perdana menteri untuk menggubal peraturan yang dianggap sesuai atau perlu untuk menguatkuasakan sepenuhnya atau mempertingkat pelaksanaan peruntukan akta itu, tambahnya.

Azalina juga berkata, akta yang dicadangkan itu memerlukan penubuhan sebuah majlis untuk membincangkan dan membuat keputusan mengenai perkara yang berkaitan dengan kekebalan negara asing.

Menjawab Takiyuddin, Azalina berkata, negara-negara yang disebut dalam contoh diberikan Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak mempunyai majlis seperti Malaysia.

“Majlis kita lebih daripada satu orang. Perlindungan yang kita beri lebih banyak daripada Canada, Australia dan juga UK, seperti yang YB sebut,” katanya.

Azalina juga berkata, isu berkenaan kekebalan di mahkamah Malaysia harus mempertimbangkan undang-undang tatacara yang ditetapkan, bukan bergantung kepada peruntukan perlembagaan semata-mata.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan undi majoriti selepas Azalina membentangkannya untuk bacaan kali ketiga.

 

RUU merangkumi 33 fasal itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada 9 Nov tahun lepas.



Perkenal skim baharu beras, beri solusi jangka panjang - Mohamad Sabu




 

Oleh: Abdullah Zaid



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memperkenalkan satu skim baharu bagi menstruktur semula industri padi dan beras tempatan sebagai satu penyelesaian jangka panjang.



Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perincian mengenai skim tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.



Jelasnya, KPKM ketika ini giat mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh meliputi petani sehingga ke persatuan peladang bagi mengumpul maklumat untuk menjayakan skim baharu itu.



"Semua beri pandangan masing-masing. Kita akan umumkan dalam dua tiga hari ini mengenai satu skim baharu.



"Pelan jangka panjang yang lebih kepada penstrukturan semula industri beras dan padi negara.



"Semuanya akan kita buat libat urus termasuk dengan Ahli Parlimen supaya semua memberi pandangan kerana ini masalah negara, bukannya parti mana, bukan masalah kaum," katanya di Dewan Rakyat hari ini.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu tindakan KPKM bagi menangani isu bekalan beras putih tempatan (BPT) yang sukar didapati di pasaran.



Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, polemik akan terus berlaku sekiranya kerajaan tidak mencukupkan stok beras negara, justeru KPKM bertindak menyusun semula industri beras dan padi negara.



"Pengeluaran BPT, hanya 62% beras di Malaysia manakala pihak seperti zakat, kontrak kerajaan, hospital, balai polis, sekolah, asrama dan sebagainya menggunakan BPT. Menyebabkan untuk edaran tinggal kira-kira 50%.



"Penyusunan industri beras dan padi ini dilakukan pada 1980-an dahulu yang mana lahirnya Padiberas Nasional Bhd (BERNAS).



"Tahun ini, kita akan buat penyusunan baharu dan akan diumum tidak lama lagi," katanya lagi.

 

Ringgit akan kukuh, tiada keperluan tambat mata wang - Men Kewangan II


 

Kerajaan berkeyakinan nilai ringgit akan bertambah kukuh pada masa akan datang sekali gus tiada keperluan untuk mengulangi semula langkah tambatan ringgit sebagaimana pernah dilakukan pada 1998, kata Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.



Beliau menjelaskan tambatan ringgit dilakukan ketika krisis kewangan Asia itu apabila pasaran saham merudum sebanyak 76% tetapi sekarang jika dilihat dari awal tahun ini, ia meningkat sebanyak 6%.



Selain itu, katanya pinjaman luar negara pada 1998 berada pada tahap 16% daripada pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding pinjaman daripada luar negara ketika ini hanya pada 2.1%.



"Pada masa ini tidak ada perancangan untuk mengadakan penambatan ringgit, tambatan yang kita buat pada 1998 dalam zaman ekonomi berbeza berbanding sekarang.



"Kita lihat dari segi reserve (rizab) negara, rizab Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah sekitar RM113 bilion, ia lebih baik berbanding RM26 bilion pada 1998.



"Sehubungan itu, tiada keperluan untuk kita react (bertindak balas) dengan tergesa-gesa mengenainya. Memang kerajaan peka terhadap isu ringgit dan akan berusaha untuk menanganinya," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.



Beliau menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh yang ingin mengetahui adakah kerajaan merancang untuk menambat ringgit bagi mengekang atau menjaga aset negara.



Katanya kejatuhan ringgit boleh dianggap sebagai satu bentuk penjajahan apabila pelabur asing boleh membeli saham pada kadar yang murah.



Amir Hamzah berkata penganalisis juga berpendapat bahawa ringgit akan mengukuh pada tahun ini ke tahap yang lebih baik dan diunjurkan meningkat kepada RM4.50.



"Menerusi Kerangka Ekonomi MADANI kita percaya ringgit akan berada pada kedudukan lebih baik pada masa depan," katanya.

 

TERUSKAN BANGKIT, KETUA PEMUDA UMNO TAK HARUS GENTAR DENGAN ANCAMAN NGA KOR MING

 

Secara khusus, isu stoking bertulis kalimah Allah yang diangkat oleh Pemuda UMNO adalah isu agama yang secara langsung menyentuh soal kesucian serta maruah umat Islam.

Siapa pun yang mengaku beragama Islam memang wajar berasa marah dan bangkit dengan penghinaan tersebut, sekaligus sebagai suatu isyarat jangan cuba-cuba hal yang sama diulangi lagi.

Tetapi, DAP nampaknya cuba mengheret isu tersebut menjadi isu politik apabila Ketua Whip Parlimen parti itu, Nga Kor Ming cuba menakutkan Dr Akmal Salleh bahawa tindakannya itu boleh membawa padah kepada UMNO dalam PRU16 akan datang.

“Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal tidak seharusnya terus mencetuskan sentimen perkauman dan agama dengan sikap angkuh dan provokatif.

“Ini adalah tingkah laku yang berbahaya dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Sekiranya Dr Akmal tidak mahu melihat UMNO terus kehilangan sokongan rakyat, beliau mesti bermuhasabah diri terlebih dahulu, dengan rendah hati menerima nasihat ikhlas, atau beliau akan dikenang sebagai punca kekalahan UMNO dalam pilihan raya,” kata Nga pada satu kenyataan.

Nga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah, manipulasi sentimen perkauman dan agama yang dimainkan Dr Akmal dalam isu stoking kalimah Allah adalah strategi lapuk yang tidak sesuai dengan usia mudanya dan era globalisasi pada hari ini.

Dalam hal ini, pertama sekali Nga tidak sepatutnya mengheret apa yang dilakukan oleh Dr Akmal dalam isu stoking bertulis kalimah Allah menjadi isu politik dengan ancaman menakut-nakutkan tentang padah yang bakal menimpa UMNO pada PRU.

UMNO adalah parti Melayu yang memperjuangkan kedudukan serta maruah Melayu dan Islam, maka tindakan beliau bangkit menentang penghinaan terhadap kalimah Allah adalah suatu kewajaran.

Antara mempertahankan maruah Melayu dan kesucian Islam dengan kemungkinan hilang sokongan rakyat pada PRU, sudah tentu membela maruah Melayu dan Islam adalah pilihan yang tiada kompromi bagi UMNO.

Lagi pun, UMNO hampir seratus-peratus dianggotai oleh Melayu/Islam, kecuali sejumlah kecil ada Bumiputera bukan Islam di Sabah yang menjadi ahlinya.

Dengan itu, berjuang seperti apa yang dilakukan oleh Dr Akmal lebih mungkin meningkatkan lagi sokongan pengundi Melayu/Islam negara ini kepada UMNO.

Lagi pula, dalam PRU, UMNO lebih banyak bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu/Islam berbanding di kawasan pengundi bukan Melayu.

Ia sama seperti DAP yang majoriti kerusi ditandinginya adalah kawasan bandar yang dihuni oleh pengundi bukan Melayu atau bukan Islam.

Dengan itu, kenapa UMNO perlu takut ditimpa padah seperti yang cuba digambarkan Nga itu?

Kekalahan UMNO di banyak kerusi pada PRU lalu bukanlah atas faktor tidak disokong pengundi bukan Melayu atau kerana mainan isu-isu Melayu dan Islam yang dimainkannya.

Sebaliknya, UMNO tewas kerana tidak disokong oleh pengundi Melayu sendiri yang lebih cenderung kepada parti Melayu lain atas pelbagai faktor, termasuk isu kepimpinan tertinggi UMNO yang tidak diterima oleh rakyat.

Kesimpulannya, Pemuda UMNO dan Dr Akmal tidak perlu takut dengan cubaan menakut-nakutkan yang dilontarkan oleh Nga serta DAP terhadapnya dalam isu stoking kalmah Allah ini.

Teruslah membela maruah Melayu dan Islam kerana berjuang mempertahankan maruah Melayu/Islam adalah perjuangan yang mesti melangkaui ketakutan kepada hilang kerusi atau undi.

Pengajaran mesti diberi kepada mereka yang cuba berlaku kurang agar, selain pendirian seperti yang diambil Pemuda UMNO inilah yang boleh menjamin insiden penghinaan kepada Islam tidak berulang lagi di masa depan. – ShahbudinHusin 19/03/2024.

 

'Saya kagum dan bangga dengan PM' - KJ puji Anwar




Bekas menteri Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim berkenaan lawatan Perdana Menteri itu ke Jerman selama 5 hari yang bermula pada 10 Mac. Dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap semalam, Khairy memuji respons Anwar ketika ditanya soalan berhubung kemelut Israel-Palestin dalam satu sidang media di Jerman bersama Canselor Olaf Scholz. Ini kerana kata Khairy, pendirian Anwar tetap tegas menyatakan sokongan terhadap Palestin di hadapan Jerman yang lebih cenderung menyokong Israel.




LEGA SIKIT LA.. HARAP PASPN MELINGKUP. TU PUN JANGAN....


Che Ibrahim


 Alhamdulillah harga sawit dan getah semakin meningkat, orang kampung serupa ambo semakin lega...

Harap harap upah pemain pemain politik juga dinaikkan, takla merana sangat, kesian kat mereka dok melalak dalam fb sambil sambil tunggu elaun...






TAK PAYAH LA SAMPAI GITU. BAYAR JA KWSP SOCSO... ITU LEBIH BAIK UNTUK GURU GURU...


 Sebenarnya tak perlu hilang nyawa pun… Perlu hilang duit dari poket tu je sumbang ke PASTI, SRITI & SMITI ni untuk bayar KWSP dan Socso cikgu tu… Jangan la pulak duit PASTI, SRITI & SMITI tu duk bagi ke Tabung Pilihanraya… Semua benda nak pergi line ekstrem…




TANGKAP JA DIA NI. BULAN PUASA NI .


  LAIN KALI NAK BERNIAGA DI      BANDARAYA...MINTA LA LESEN.


MALAYSIA LECTURING GERMANY ON HUMAN RIGHTS."



"MALAYSIA LECTURING GERMANY ON HUMAN RIGHTS."


Titik.


Itulah naratif dan 'soundbite' antarabangsa berkaitan isu Pal estin yang kini 'trending' di platform-platform media sosial antarabangsa sejak semalam. 


Masakan tidak.


Jawapan balas PM-X yang tidak langsung apolegetik malah sangat bernas ketika diasak oleh wartawan-wartawan Jerman yang mana negara berkenaan diketahui sangat pro Is rael, perihal hubungan akrab Malaysia-Pal estin, Malaysia-Hama5 yang menjadi tema soalan yang bertali-arus daripada mereka.


Amatlah padu. 


Kalau orang Jerman dia akan sebut 'zuper' atau 'Das ist super'!


Bukan sekali. Tapi dua kali.


Mula mula mereka cuba 'perangkap' PM-X dengan bertanya soalan yang boleh mengudang bala malapetaka imej negara di pentas antarabangsa kalau tidak dijawab dengan bijak, lebih kurang berbunyi,


"Perdana Menteri, kerajaan anda menyokong Hama5, tidak seperti kami negara barat, anda tidak mengklasifikasikan serangan 7 oktober ke atas Isra el sebagai serangan pengganas. Malah anda juga berkata bahawa Hama5 bukan pengganas. 


Adakah anda masih kekal dengan pendirian ini dan tidak takut pandangan sebegini tentang Hama5 akan merosakkan hubungan Malaysia dengan negara-negara barat yang lain contohnya seperti Jerman?"


Apa yang PM-X jawab?


"Polisi luar negara kami adalah konsisten, kami tidak menyokong serta menentang penjajahan, apartheid, penghapusan etnik ataupun rampasan harta mana mana negara, tidak kira Ukraine atau di G4za. 


Kita tidak boleh padam 40 tahun kezaliman dan pengusiran yang menghasilkan reaksi dan kemarahan daripada pihak yang berkenaan. Hubungan kami dengan Hama5 adalah dengan sayap politik Hama5, dan kami tidak perlu rasa bersalah atau perlu minta maaf tentang hal itu.


Dan penglibatan tersebut sekurang-kurangnya telah menjadi 'jambatan' untuk menyelesaikan kebimbangan-kebimbingan yang ada, termasuklah kebimbangan berkenaan tebusan yang terlibat. 


Kami tidak ada sebarang kaitan dengan tentera atau sayap ketenteraan dan saya telah jelaskan kepada sahabat sahabat saya di Eropah, Amerika dan banyak negara lain.


Walaupun kami mempunyai beberapa perbezaan tetapi sebagaimana kami telah mengiktiraf Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) jauh lama sebelum Eropah atau Amerika berbuat demikian, kerana kami percaya dasar apartheid harus ditentang. 


Jadi untuk konsisten dengan dasar itu, maka kami mengambil keputusan bahawa kita harus memahami asas punca asal masalah ini.  


Di mana ada orang yang rumah mereka, harta mereka, maruah mereka telah dirampas dirompak. Dan jika kita boleh selesaikan ini, semuanya akan selesai.


Samaada saya membenarkan(condone) pembunuhan kanak-kanak dan wanita?


Tidak. Saya tidak, oleh sesiapa pun dan mana-mana pihak pun. 


Ini adalah polisi yang konsisten. Tetapi apa yang saya tolak secara keras ialah naratif dan obsesi seolah-olah semua masalah yang berlaku pada harini adalah bermula dan berakhir dengan 7 Oktober.


Ia tidak bermula pada 7 Oktober.

Ia tidak berakhir pada 7 Oktober.


Ia bermula 4 dekad sebelum itu dan ia sedang berterusan sehingga ke hari ini. 


Walaubagaimanpun kesimpulan saya sekarang, seperti yang saya katakan kepada Canselor ialah kita harus terus pandang ke hadapan. 


Kita mempunyai masalah. Apa kita nak buat sekarang?


Adakah kita nak bincangkan sejarah?atau  bincangkan kekejaman pada masa lalu? atau kita bincang cara nak selesaikan masalah pada masa sekarang ini?


Masalah sekarang ini maksudnya, hentikan permusuhan. Hentikan pembunuhan sekarang! 


Dan kemudian keseluruhan masyrakat antarabangsa, Jerman, Malaysia dan negara-negara jiran pastikan tiada lagi keganasan yang dilakukan oleh sesiapa terhadap orang lain tidak kira samaada kepada Muslim, Yahudi mahupun Kristian. Mereka berhak untuk hidup secara aman."


Fuh.


Tak berpuas hati, wartawan yang lain pula sambung soalan,


"Perdana Menteri, anda cadang untuk tinggalkan soal sejarah, tetapi untuk tebusan Israel, 7 Oktober itu adalah suatu perkara kini dan masih wujud, dan untuk saudara mara mereka juga. 


Jadi berdasarkan perbincangan anda dengan pimpinan politik Hama5 adakah anda rasa mereka akan dibebaskan segera? dan beritahu kami apakah anda lihat apa yang berlaku 7 Oktober itu sebagai satu keganasan(terrorism)."


Apa jawapan PMX?


"Macam yang saya katakan sebelum ini, kekejaman yang telah berlaku selama beberapa dekad tidak boleh dipadamkan. Dan anda tidak akan dapat mencari jalan penyelesaian dengan menjadi terlampau berat sebelah dalam melihat hanya dari satu isu dan memadamkan kekejaman yang telah berlaku selama 60 tahun. 


Penyelesaiannya bukan sekadar membebaskan tebusan.Saya setuju untuk pembebasan tebusan. Tapi ianya bukan lah penyelesaian. 


Kami hanyalah 'suara kecil', saya tidaklah mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan Hama5, tapi ya saya mempunyai hubungan tersebut.


Seperti yang saya katakan kepada Canselor, saya telah menyatakan kebimbangan saya bahawa tebusan mestilah dibebaskan, namun boleh kah anda katakan bahawa itu semuanya dan cukup, noktah? titik?


Bagaimana dengan penempatan haram?

Bagaimana dengan perangai penceroboh haram?kini yang berterusan setiap hari?

Bagaimana dengan rampasan tanah mereka?hak mereka? maruah mereka?lelaki mereka?perempuan mereka? anak-anak mereka?


Adakah ini semua tidak perlu dirisaukan?


Di mana kita telah campak buang kemanusiaan kita?


Kenapa hipokrasi sebegini? Kenapa ada sikap pilih kasih dan respon yang berlainan kepada satu kaum dan satu etnik?  


Adakah kerana mereka bukan orang kulit putih? atau kerana mereka datang dari agama berbeza?


Soalan-soalan ini dibangkitkan kerana terdapatnya kekurangan konsistensi . 


Jika anda tanya saya, ada penyelesaian?


YA. Solusi 2 Negara (2 states solution).


YA. Iktiraf hak semua individu, samaada Muslim, Yahudi atau Kristian. Saya tak ada masalah langsung. 


Tapi sudah tentu tidak boleh menerima hakikat apabila anda membincangkan isu ini, kita hanya menghadkannya pada satu insiden yang khusus, dan satu mangsa sahaja melupakan ribuan, ribuan dan ribuan mangsa sejak Nakba 1947-1948.


Adakah sejarah tidak relevan?

Adakah kemanusian tidak relevan?

Adakah kasih sayang tidak relevan?


Adakah saya menyokong kekejaman kepada sesiapapun? Sudah tentu tidak. 


Adakah saya setuju tebusan tidak dibebaskan?Sudah tentu tidak. 


Tapi untuk bawakan naratif hanya satu pihak sahaja ia tidak akan menyelesaikan masalah. Anda mungkin akan memuaskan hati sesetengah pihak, sama ada Muslim, Yahudi, Kristian atau orang Jerman atau orang Malaysia tetapi ia tidak dan tidak akan mampu diselesaikan kecuali kita dilihat berlaku adil, baik dan mencari jalan yang damai secara adil."


Fuh lagi sekali.


Fuh.


Kalau PM Anwar ucap sebegini di Malaysia, perasaan dia mungkin tak meremang sebegini. 


Tapi untuk beliau berdiri di negara dan di sebelah pimpinan nombor 1 sebuah negara yang mempunyai ekonomi terbesar di Eropah, KDNK ketiga terbesar di dunia dan KDNK(PPP )kelima terbesar di dunia, dengan jawapan yang tegas, puitis dan tanpa rasa apologetik sebegini.


Bukan sekali. 


Tapi dua kali.


Walau mungkin ada(banyak sebenarnya) yang kita mungkin tak setuju dengan beliau dalam perkara-perkara domestik, tapi untuk isu yang satu ini, saya betul-betul teruja dan berterima kasih kepada beliau kerana bawa suara kami, atau suara saya paling tidaknya ke 'telinga-telinga' penduduk dunia.


Terima kasih PM-X.


Terima kasih.


https://www.facebook.com/share/p/zPAQVQEVY4zBwGmY/?mibextid=qi2Omg



Kecoh cerita stokin yang ada tertulis nama 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ dijual di 𝗞𝗞 𝗠𝗮𝗿𝘁.


Aku rasa 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 umat Islam marah. Siapa yang 𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗺𝗮𝗻 dalam hatinya walau secebis, pasti akan berasa sakit hati dengan kejadian itu.


Tapi macam biasa, puak sana mula jadikan perkara ni 𝗶𝘀𝘂 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Ada siap bandingkan dengan kes 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 terhadap Sultan dan YDP Agong.


Itulah penunggang. Ada isu terus mereka tunggang. Laju dia gunakan isu ni untuk 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸 walaupu menteri tak kata pun isu ni dah ditutup.


Aku setuju kalau tindakan diambil terhadap KK Mart dan paling utama, syarikat yang membekalkan stokin tersebut. 𝗠𝗮𝗮𝗳 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗱𝗮𝗶..


Takkan tak ada QC? Dapat terus letak dekat rack? Apa koman sangat bisnes dia? Sebagusnya mereka turut dikenakan 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶.


Tapi kena ingat. Bukan letak nama Allah pada stokin je dikira menghina Allah. Sebenarnya banyak perbuatan yang boleh dikira 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.


Contoh bila orang yang berbusana muslim tapi giat 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Begitu jugalah orang yang 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 dan 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗸𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵.


Itu tak kira lagi yang berjubah tapi 𝗺𝗲𝗿𝗼𝗴𝗼𝗹, bahkan ada yang tergamak 𝗺𝗲𝗹𝗶𝘄𝗮𝘁 pelajar tahfiz. Perbuatan mereka lebih menghina Islam sebenarnya.


Mereka ini patut dikenakan hukuman yang 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮 lebih berat daripada orang bukan Islam yang menghina Islam. Kenapa?


Sebab bila orang.bukan Islam hina Islam, orang Islam 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵. Tapi kalau orang berjubah ini hina Islam dengan perbuatan seperti yang aku tulis, orang Islam bukan setakat 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵 malah 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻. Bahkan ada yang 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗯𝘂𝗮𝘁.


Aku setuju kalau KK Mart nak 𝗱𝗶𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁. Dan aku juga harap 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗯𝗮𝗵 yang menghina Islam juga turut sama diboikot dan dipulaukan.


Usah biar Islam dicemar dan dihina oleh bukan Islam lebih lagi oleh orang Islam. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

JOM TURUN SOKONG


Hannah Yeoh


 Penyokong Harimau Malaya, jom turun padang saksikan Malaysia menentang Oman di perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menerusi lokasi-lokasi Tayangan Skrin Besar di seluruh negara.



Mmmm.. ADA YANG PROMOSI


Mohd Fairul Al Qasas






 Berlegar gambar pemimpin dengan KK Mart.

Disebabkan semua parti ada, maka susah sikit lah pihak sana nak bunuh karektor pihak satu lagi.


Cuma saya nak ulas sikit,


Gambar 1 Anwar Ibrahim sebagai MP Port Dickson rasmi KK Mart di Port Dickson. 


Gambar 2 Sanusi rasmi perlawanan rugby KK Mart.


Gambar 3 Wan Faysal dalam satu program KK Mart.


Dalam tiga Gambar ni, awat yang no dua nampak macam nak promosi?


Siap pakai baju sama. Untunglah KK Mart dapat promoter percuma.



UPSEREY....


Harakatdaily


 Pengarah Urusan KK Mart kesal umat Islam mahu boikot KK Mart sedangkan syarikat itu banyak menyumbang dana perjuangan Islam termasuk ketika pilihanraya.


“Tanyalah MB Kedah,” ujarnya ringkas.

HAYATI RAMADAHN DARI FITNAH








 Saya lontarkan betapa pentingnya umat Islam untuk menghayati semangat Ramadan dengan memperkukuh disiplin diri dan menyantuni golongan yang kurang bernasib baik.


Adalah penting untuk kita menghayati madrasah Ramadan sebagai wahana menyucikan jiwa dan menghentikan fitnah serta kerja yang sia-sia dan yang tidak membawa manfaat, selain menggarap “the larger ethical question of Ramadan” yakni tentang kebebasan, keadilan dan kesaksamaan. 


Saya berkongsi hasil kunjungan rasmi ke Jerman baru-baru ini, dan Australia sebelumnya betapa usaha ini adalah untuk terus memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia, dan juga sebagai upaya untuk terus meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik dan kondusif demi pembangunan ekonomi negara ini, selain mempererat persahabatan Malaysia bersama kedua-dua negara tersebut. Sekiranya diberikan pilihan, saya memilih untuk tidak melakukan kunjungan ke luar negeri kerana saya ke sana bukan ‘makan angin’, dan tentunya memenatkan. Namun, memahami keadaan negara yang telah ketinggalan dalam beberapa lapangan yang penting seperti AI, peralihan tenaga dan transformasi digital, maka langkah ini harus dilakukan bagi menyatakan jalan kebijakan serta kesediaan Malaysia untuk diberi ruang di dalam lapangan-lapangan tersebut. 


Pentas luar negeri ini juga saya manfaatkan sebaiknya dalam mengenengahkan pendirian dan prinsip kita, terutamanya isu yang mendesak saat ini berkenaan nasib warga Palestin yang terus dizalimi setiap hari. Mesej Malaysia konsisten bahawa kita menolak sebarang bentuk keganasan terutamanya kepada kanak-kanak dan wanita dan gencatan senjata serta merta serta mempermudah serta menyemarak bantuan kemanusiaan.


Itu antara intipati keseluruhan ucapan ringkas saya saat bertemu dengan penjawat awam dan kakitangan JPM pagi tadi. 


#MalaysiaMADANI



KEH.. KEH.. KEH


Harakatdaily





 Rakyat Kelantan setuju jika Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) beri bonus kepada seluruh kakitangan.


“Mereka telah beri perkhidmatan yang baik,” ujar seorang daripada mereka ketika ditemubual di Bazar Putrajaya.



PENGELUAR YANG BENGONG

 Oh rupanya ada stokin dengan gambar agama lain.






Jadi kita boleh faham disini, pengeluar tiada sensitiviti. 


Agama lain boleh, tak semestinya Islam boleh.


Kena tingkatkan lagi penguatkuasaan dan pendidikan. 


Supaya rakyat bukan Islam lebih faham dan barang yang di import dapat diperiksa lebih teliti.


Hukuman juga perlu ditingkatkan lagi. Supaya orang lebih takut.


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



SESI PANAS LINE


Che Ibrahim


Kamu cetak dan juallah berjuta pasang stokin berlogo nama Allah, namun Tuhan kami tidak terhina kerananya kecuali ada orang Islam sendiri yang sengaja membeli dan memakainya bagi tujuan menghina Tuhannya sendiri.





ADAKAH TERENGGANU SIMPAN DUIT ROYALTI


Iswardy Morni



 "Sebagaimana yang diputuskan oleh peraturan dan undang-undang, DUN Terengganu mensyaratkan supaya perlu ada simpanan RM100 juta menerusi penerimaan hasil petroleum dan minyak pada setiap tahun.


"Sekiranya perkara itu dipatuhi maka dianggarkan ada lebih RM4 bilion simpanan sekarang, namun saya bimbang adakah wujud lagi jumlah ini kerana kerajaan negeri mengambil masa terlalu lama untuk buat pengumuman," katanya.



PUAK KHAWARIJ. SULTAN PUN TAK HORMAT DAH

 

Sultan pulak kena maki.


Saya teringat dalam satu forum Dr Mazlee di tanya tentang penghinaan orang bukan Islam kepada agama Islam.


Dr Mazlee jawab, itu jenayah. Jenayah biarlah polis siasat, tangkap dan mahkamah tentukan hukum. Proses itu dah ada.







Tapi kerana marah 'dewa' mereka ditegur oleh Sultan baru-baru ini, maka bila ada kes penghinaan Islam, terus mereka 'hentam' Sultan kononnya hanya jaga nama sendiri tetapi tidak nama Allah.


Nampak berdendam mereka dengan Sultan ni, teringat pula sejarah Sultan-Sultan di Sumatera dijatuhkan. Puak ni kalau dapat kuasa entah apa mereka lakukan.


Begitulah sikap khawarij. Asal khawarij seorang penghafaz al-Quran yang mudah menghukum pihak lain dan sanggup membunuh walaupun anak saudara Nabi S.A.W. 


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka