HAYATI RAMADAHN DARI FITNAH








 Saya lontarkan betapa pentingnya umat Islam untuk menghayati semangat Ramadan dengan memperkukuh disiplin diri dan menyantuni golongan yang kurang bernasib baik.


Adalah penting untuk kita menghayati madrasah Ramadan sebagai wahana menyucikan jiwa dan menghentikan fitnah serta kerja yang sia-sia dan yang tidak membawa manfaat, selain menggarap “the larger ethical question of Ramadan” yakni tentang kebebasan, keadilan dan kesaksamaan. 


Saya berkongsi hasil kunjungan rasmi ke Jerman baru-baru ini, dan Australia sebelumnya betapa usaha ini adalah untuk terus memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia, dan juga sebagai upaya untuk terus meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik dan kondusif demi pembangunan ekonomi negara ini, selain mempererat persahabatan Malaysia bersama kedua-dua negara tersebut. Sekiranya diberikan pilihan, saya memilih untuk tidak melakukan kunjungan ke luar negeri kerana saya ke sana bukan ‘makan angin’, dan tentunya memenatkan. Namun, memahami keadaan negara yang telah ketinggalan dalam beberapa lapangan yang penting seperti AI, peralihan tenaga dan transformasi digital, maka langkah ini harus dilakukan bagi menyatakan jalan kebijakan serta kesediaan Malaysia untuk diberi ruang di dalam lapangan-lapangan tersebut. 


Pentas luar negeri ini juga saya manfaatkan sebaiknya dalam mengenengahkan pendirian dan prinsip kita, terutamanya isu yang mendesak saat ini berkenaan nasib warga Palestin yang terus dizalimi setiap hari. Mesej Malaysia konsisten bahawa kita menolak sebarang bentuk keganasan terutamanya kepada kanak-kanak dan wanita dan gencatan senjata serta merta serta mempermudah serta menyemarak bantuan kemanusiaan.


Itu antara intipati keseluruhan ucapan ringkas saya saat bertemu dengan penjawat awam dan kakitangan JPM pagi tadi. 


#MalaysiaMADANI