PENGURANGAN HUKUMAN NAJIB BAKAL DICABAR DI MAHKAMAH

 

Badan Peguam Malaysia akan memfailkan cabaran undang-undang di mahkamah terhadap keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan separuh hukuman bekas perdana menteri Najib Razak atas sabitan rasuah SRC International.

Presiden Badan Peguam yang baru dipilih, Ezri Abdul Wahab berkata usul mengenai perkara itu telah diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-78 hari ini selepas menerima “majoriti besar” undian.

Bercakap pada sidang media hari ini, Ezri berkata Badan Peguam akan memfailkan semakan kehakiman berhubung perkara itu dalam tempoh dua minggu ini.

“Tugas kami adalah untuk melindungi kedaulatan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas tamat AGM di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini.

“Kami hanya mengisi semakan kehakiman di Lembaga Pengampunan dan bukannya keputusan yang dibuat oleh Agong. Kaedah dan cara ia dijalankan.

“Setakat yang kami tahu, mereka yang mendengar keputusan yang dibuat oleh lembaga itu tidak berpuas hati (dengannya).

“Jadi, semakan kehakiman adalah untuk memastikan perkara yang betul yang sepatutnya berlaku,” kata Ezri yang merupakan bekas presiden Badan Peguam.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas setiausaha Badan Peguam B Anand Raj telah dipilih sebagai naib presiden yang baru organisasi pengamal undang-undang tersebut.

Sementara itu, dua lagi usul yang diluluskan AGM Badan Peguam hari ini termasuk kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelewatan kerajaan dalam memansuhkan undang-undang zalim dan reformasi untuk memastikan keadilan di negara ini dan mengelakkan kes menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) sebagai strategi untuk mempercepatkan pemansuhan undang-undang ini.

Resolusi itu difailkan oleh bekas presiden Badan Peguam Zainur Zakaria dan disokong oleh seorang lagi bekas presidennya Yeo Yang Poh.

Pada Februari, Lembaga Pengampunan telah mengurangkan separuh hukuman penjara 12 tahun Najib kepada enam tahun dan mengurangkan denda asal RM210 juta kepada RM50 juta – iaitu sebanyak 76 peratus.

Keputusan Lembaga Pengampunan itu bermakna tarikh rasmi pembebasan bekas ahli parlimen Pekan itu telah dipercepat ke Ogos 2028.

Bagaimanapun, Najib, 70 tahun boleh dibebaskan lebih awal atas “kelakuan baik” pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga dari tempoh hukuman penjaranya.

Bekas perdana menteri itu dipenjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman dan sabitan terhadap kes SRC International pada Ogos 2022.

Dia juga sedang dibicarakan untuk kes lain berkaitan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/699617

 

Sokong sambung rundingan FTA Malaysia-EU - KEADILAN Kemaman





Hasrat yang disampaikan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Malaysia menyambung rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) disokong oleh KEADILAN Kemaman.



Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, perjanjian FTA penting bagi memudahkan produk buatan Malaysia terutamanya dalam sektor elektronik masuk ke pasaran Eropah yang amat besar.



"KEADILAN Kemaman sokong penuh rundingan FTA di antara Malaysia dan EU disambung semula susulann lawatan rasmi PM ke Jerman



"FTA telah dimulakan sejak 2010 dan tertangguh pada 2012. Sempena lawatan PM ke Jerman, inilah satu permulaan baik untuk Malaysia sambung semula rundingan tersebut dan realisasikan FTA antara EU dan Malaysia.



"KEADILAN kemaman sokong penuh usaha Malaysia realisasikan FTA antara EU dan Malaysia ini," katanya dalam satu kenyataan.



Kelmarin, dalam ucapannya ketika menghadiri acara 101st East Asia Friendship Dinner (Ostasiatisches Liebesmahl) di Hamburg City Hall, anjuran German Asia-Pacific Business Association (OAV), PM mencadangkan agar rundingan FTA antara Malaysia dan EU yang tergendala sejak sedekad lalu disambung.



Malaysia memerlukan eksport ke pasaran EU yang lumayan terutama apabila negara ini muncul sebagai antara pengeluar semikonduktor terbesar di dunia sejak beberapa tahun lalu.

 

 

Kerajaan Madani mampu pulihkan ekonomi negara - Kamil Munim




 

Oleh: Abdullah Zaid



Kerajaan Madani mampu untuk memulihkan ekonomi negara dalam tempoh beberapa tahun.



Menurut Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, langkah kerajaan memperkenalkan pentadbiran cekap dan efisien sejak mengambilalih pentadbiran pada November 2022 lalu telah menunjukkan hasil apabila kedudukan fiskal negara semakin kukuh.



Bagaimanapun, katanya, langkah pemulihan ekonomi mengambil sedikit waktu kerana negara pada waktu ini menanggung beban hutang yang menggunung mencecah RM1.5 trilion.



"Kerajaan ini mewarisi banyak perkara yang perlu diperbetulkan. Oleh itu fokus kerajaan adalah untuk mengukuhkan semula kedudukan fiskal dan langkah penjimatan.



"Antaranya, perubahan dan penyasaran semula beberapa dasar dan inisiatif selain memastikan tadbir urus yang cekap dan amanah," katanya kepada Suara Keadilan.

Description: https://static.wixstatic.com/media/52025c_b66108dd178047b784ece34879891b45~mv2.jpg/v1/fill/w_350,h_235,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/52025c_b66108dd178047b784ece34879891b45~mv2.jpg

Muhammad Kamil Abdul Munim



Jelas Kamil yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia itu, biarpun kerajaan berdepan cabaran ekonomi global namun prestasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang mengukuh memberi petunjuk baik kepada ekonomi negara.



Begitu juga halnya, kata beliau, nilai mata wang ringgit yang meningkat sepanjang minggu lalu menepati ramalan agensi kewangan akan mengukuh sepanjang 2024.



"Ringgit (semakin) mengukuh menepati jangkaan dan ramalan dari institusi kewangan dan pakar ekonomi dengan melihat kepada pengurusan dan dasar yang sedang dilakukan oleh kerajaan dan disokong dengan permintaan ringgit yang bertambah.



"Ini satu tanda yang baik namun tidak bermaksud kita harus selesa. Banyak perkara dan hal yang perlu dibereskan," ujarnya lagi.



Minggu lalu ringgit mengukuh kepada RM4.69 pada 14 Mac berbanding RM4.74 untuk satu dolar Amerika Syarikat pada awal Mac.



Pengukuhan itu menepati fakta fundamental ekonomi Malaysia yang kuat berikutan kemasukan pelaburan langsung asing beratus bilion ringgit sepanjang 2023.

 

MP BERSATU KANTOI MENIPU ISU CSA! TPM2 BUAT PENDEDAHAN PANAS!


Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menafikan dakwaan kerajaan “menawarkan” perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) kepada pembangkang, didakwa Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor.
“Tiada. Setahu saya belum ada perjumpaan pun,” kata Fadillah dalam mesej menerusi WhatsApp kepada FMT mengulas dakwaan wakil rakyat Bersatu itu.
Fadillah sebelum ini diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan untuk wakil rakyat mereka, namun Perikatan Nasional (PN) menghentikan rundingan pada November tahun lalu kerana mendakwa kerajaan meminta jaminan tertentu.
========================================================================================= Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor mendakwa kerajaan “menawarkan” Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA). Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) berkata, jika ditandatangan ia bakal memberi peluang kepada Ahli Parlimen menerima peruntukan khas bagi pembangunan kawasan yang menjadi tuntutan pembangkang selama ini. “Sudah ada tawaran tandatangan untuk menyokong.

Ada syarat-syaratnya. Kalau cakap macam itu (beri sahaja peruntukan) tidak mengapa, masalahnya ada syaratnya. Kalau syaratnya ketat bagaimana?” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
November lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata beliau tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat ketat dalam soal pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.


WOIII YA AMPUSALAM.. WALAUN BUAT BODO LAGI






 Aku ditag dalam posting dari 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗕𝗼𝗱𝘆𝗴𝘂𝗮𝗿𝗱 yang menunjukkan cara-cara penggunaan 𝘽𝙖𝙡𝙡𝙞𝙨𝙩𝙞𝙘 𝘽𝙧𝙞𝙚𝙛𝙘𝙖𝙨𝙚. https://tinyurl.com/bdd7t66f.


Disekalikan gambar 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗮𝗿-𝘀𝗶𝗮𝗿 (rasanya di Berlin tempohari) yang menggambarkan seolahnya 𝘣𝘳𝘪𝘦𝘧𝘤𝘢𝘴𝘦 yang dipegang oleh salah seorang pegawai pengiring DS Anwar adalah 𝘣𝘢𝘭𝘭𝘪𝘴𝘵𝘪𝘤 𝘣𝘳𝘪𝘦𝘧𝘤𝘢𝘴𝘦 tersebut.


Tiada yang salah dalam posting ni. Tapi entah kenapa walaun sakit sangat hati melihat keadaan ini. Padahal ia adalah 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮. Normallah pemimpin utama negara 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 sebegitu.


Sedangkan Hadi yang 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮-𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 tu pun ada walaun jaga sampai khabarnya pernah ada wartawan yang 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗵 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 hanya sebab nak tanya soalan kepada Hadi. Jadi apa yang peliknya?


Tapi demikianlah walaun. Hati mereka 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗵𝗮𝘀𝗮𝗱. Sampai ada yang bercakap hal yang 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮 keluar dari mulut orang Islam apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Tapi ia buatkan aku terfikir. Kenyataan keras DS Anwar menjawab soalan provokasi daripada wartawan di Jerman tempohari, di hadapan 𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗵𝗲𝗹𝗹, mungkin membuatkan regim zionis itu membencinya.


Taklah pelik kalau Israhell benci DS Anwar. Tapi bila walaun pun benci, aku fikir mungkin sekarang 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗽𝗮𝗹 dengan zionis Israhell. Kan ada pepatah mengatakan 𝘦𝘯𝘦𝘮𝘺 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘦𝘯𝘦𝘮𝘺 𝘪𝘴 𝘮𝘺 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥.


Walaun dan Israhell mempunyai musuh yang sama - DS Anwar. Tak mustahil mereka 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂 sekarang ni. Sebab tu walaun 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗿𝗮𝘀𝗮 dengan Israhell mahu melihat kemusnahan DS Anwar. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


AWAT DOK QAFLAH JINGGA SANGAT


MSO


 Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menafikan dakwaan kerajaan “menawarkan” perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) kepada pembangkang, didakwa Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor.


Kata Fadilah dia tidak tahu menahu dengan tawaran itu dan tentu hairan kenapa perkara itu ditimbulkan. 


Rasanya apa disebut Fadilah itu betul, yang gelecah adalah ahli Parlimen Ketereh itu. 


Boleh jadi bekas tentera itu diajar oleh seseorang menimbulkan perkara itu  sebagai idea untuk baik pulih hubungan pembangkang dengan kerajaan. Maklumlah katanya ahli parlimen pembangkang kini semua dah jadi golongan B40 walaupun setengahnya pakai Vellfire atau Alphard. Trims.



IKTIBAR BUAT KK MART



 Dalam kes boikot KK Mart, orang Kelantan paling berjaya. Sebab memang tak ada KK Mart di Kelate.  Eh,ke saya tak tahu wujud? Haha.

.


Tapi yes,apa yang dibuat adalah keterlaluan. Walaupun itu adalah produk Consignment, menjadi tugas Purchaser untuk memastikan semua produk yang dibawa masuk adalah berkualiti,dalam kes kali ini,tidak menghina. 

.


"Jadi,kita salahkan Purchaser lah?"

.


Bila pekerja buat silap,Syarikat akan dipersalahkan. Ini adalah standard practice di mana-mana kerana secara logik, ada kegagalan dalam stuktur syarikat dan sistem mereka. 

.


Untuk halang orang Islam dari boikot,mereka tidak boleh guna sentimen pekerja adalah anak bangsa kerana terbukti sentimen itu gagal untuk McD, KFC dan Starbucks. Lagi-lagi kerana mereka jual arak,membuka pintu maksiat dan dosa kepada pekerja Islam di sana.

.


Pada pendapat saya,mungkin ada satu jalan sahaja untuk mereka. Hentikan semua penjualan arak dan segala perkara yang melanggari Syarak untuk buktikan betapa mereka bersungguh dalam hal ini. 

.

Apa-apapun,alternatif kepada mereka ada banyak. Memang selayaknya mereka tidak boleh senang duduk. Saya berharap ada Mini Mydin dan Insya Allah saya akan support semampu mungkin.



LAKUKAN CHECKUP

 

Zainuddin Omar


Seorang sepupu saya meninggal dunia mengejut di Jakarta beberapa hari lepas. 


Allahyarham terjatuh di bilik air dan doktor kata pembuluh leher dia pecah. 


Sepupu saya ini mempunyai perniagaan maju, mempunyai beberapa biji banglo dan masih berumur 40 tahun. Beliau masih bujang dan berbadan obese semenjak muda. 




Ada rakan saya yang kena heart attack walaupun badan tidak obese, tiada diabetes, tiada high BP dan nampak sihat. 


Kita ambil iktibar. 


Seeloknya selepas umur 40, buatlah full medical check-up setiap tahun dan buat stress mill test. 


Tujuan stress mill test ialah untuk mengetahui kondisi jantung semasa exercise (show how well your heart responds to the stress of different levels of exercise). 


Ianya boleh detect jika ada saluran jantung tersumbat sebelum buat test seterusnya seperti angiogram. 


Sayangi keluarga dan jangan tinggalkan isteri cantik secara mengejut.



WALAUN.. SILA AMBIL ALIH KERJA KOSONG INI.

 

Isu batal kuota pekerja asing

Bekalan sayur bakal terjejas 40 peratus



Pengeluaran sayuran negara dijangka merosot sehingga 40 peratus mulai bulan depan kesan daripada krisis tenaga kerja apabila kerajaan membatalkan kuota pekerja asing yang tidak digunakan sebelum 31 mac ini. Persekutuan Penanam Sayur Malaysia bimbang harga sayur di pasaran melambung apabila bekalan berkurangan selepas hasil ladang tak dapat dikeluarkan seperti biasa berikutan kekurangan buruh.


Walaun tahu menyalak je .. Bila perkara ni berlaku .. Walaun sila amik alih  kerja2 yang kosong tu .. Jangan nak dok rumah main teloq je .. Hari2 paw duit bini beli rokok .. Pergi kerja sana tu ada kekosongan .. Korang juga bising pendatang ramai la , tanah melayu tergadai la .. Masa inilah korang nak berbakti ada negara tercinta ini .. 


Aku sayangkan walaun2 ni .. Sebab tu aku nak walaun2 ni bekerja .. Ok

Love u all walaun .. Muuuuahhh cikit 😘



ANWAR

 

Sarjana Islam Eropah mahukan siapa rangka Strategi Tangani Islamofobia?  






@MuhyiddinYassin❌ 

@abdulhadiawang❌ 

@DrAhmadSamsuri❌ 

@SanusiMNor❌  


@anwaribrahim✅  


Kelantangan dan Kebijaksaan PMX terkait isu Palestine - Israel membuka mata dunia terutama dunia Islam.Sesuai dengan ketokohannya sebagai pemimpin Islam ke-11 berpengaruh dunia (Muslim500).WALAUN PAS,MACAI BERSATU? Jangan koyak! 😁  


Aku tercari-cari nama Hadi di dalam tangkap layar berikut.Nama yang paling hampir cumalah Mehdi,kehkehkeh.Selepas begitu garang dan lantang ANWAR IBRAHIM bersuara di depan Canselor Jerman isu PALESTIN-ISRAEL terus ISRAEL koyak rabak lalu menyerang kem OPS IHSAN MALAYSIA hantar bantuan bekalan makanan di PALESTIN https://twitter.com/MalaysiaMFA/status/1768567021841854536


PMX tular seluruh dunia... Ramai personaliti2 tersohor dari pimpinan politik,artis,ahli sukan dan wartawan terkenal RETWEET DAN KOMEN UCAPAN PMX semasa di GERMAN.. Itulah kehebatan seorang tokoh pemimpin.. Auranya tersebar ke seluruh dunia... MASHA ALLAH... https://twitter.com/lady_bugg11/status/1768663390615167168


Mujur MALAYSIA tak boleh hantar Angkatan Tentera Malaysia kalau tidak awal2 MALAYSIA sudah bertindak balas menyerang ISRAEL dalam masa terdekat.





 Sarjana Islam Eropah mahukan siapa rangka Strategi Tangani Islamofobia?  


@MuhyiddinYassin❌ 

@abdulhadiawang❌ 

@DrAhmadSamsuri❌ 

@SanusiMNor❌  


@anwaribrahim✅  


Kelantangan dan Kebijaksaan PMX terkait isu Palestine - Israel membuka mata dunia terutama dunia Islam.Sesuai dengan ketokohannya sebagai pemimpin Islam ke-11 berpengaruh dunia (Muslim500).WALAUN PAS,MACAI BERSATU? Jangan koyak! 😁  


Aku tercari-cari nama Hadi di dalam tangkap layar berikut.Nama yang paling hampir cumalah Mehdi,kehkehkeh.Selepas begitu garang dan lantang ANWAR IBRAHIM bersuara di depan Canselor Jerman isu PALESTIN-ISRAEL terus ISRAEL koyak rabak lalu menyerang kem OPS IHSAN MALAYSIA hantar bantuan bekalan makanan di PALESTIN https://twitter.com/MalaysiaMFA/status/1768567021841854536


PMX tular seluruh dunia... Ramai personaliti2 tersohor dari pimpinan politik,artis,ahli sukan dan wartawan terkenal RETWEET DAN KOMEN UCAPAN PMX semasa di GERMAN.. Itulah kehebatan seorang tokoh pemimpin.. Auranya tersebar ke seluruh dunia... MASHA ALLAH... https://twitter.com/lady_bugg11/status/1768663390615167168


Mujur MALAYSIA tak boleh hantar Angkatan Tentera Malaysia kalau tidak awal2 MALAYSIA sudah bertindak balas menyerang ISRAEL dalam masa terdekat.



MAAQUBSINTOK NI DOK BUAT PALATAO....


 Aku ambil 𝘴𝘤𝘳𝘦𝘦𝘯𝘴𝘩𝘰𝘵 komen ni daripada page 𝗡𝗮𝘇𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗺𝗱𝗮𝗻 tanpa izin 🤫



Rupanya ada walaun, walajib dan walabod yang masih tak faham maksud 𝘨𝘭𝘪𝘵𝘤𝘩 yang dikatakan tu. Dorang ingat 𝘨𝘭𝘪𝘵𝘤𝘩 tu pada 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻.


Sebenarnya 𝘨𝘭𝘪𝘵𝘤𝘩 atau gangguan itu berlaku hanyalah 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝙛𝙚𝙚𝙙 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲. Ringgit tak jatuh seteruk itu. Goggle yang tersilap lapor begitu.


Dia macam ni la. Contohnya Google melaporkan  Hadi Awang 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 bernilai RM400 bilion. Sedangkan Hadi 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 pun sebaliknya hanya mencandat di kampungnya. Kita pun tahu ia tak masuk akal langsung. Kan? Tapi Google salah lapor.


Macamana boleh salah lapor? Mungkin 𝘵𝘺𝘱𝘰, mungkin cuai masa 𝘤'𝘯'𝘱, atau sebab lain. Tapi yang pasti, yang silap 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 saja. Sedangkan kejadian tu tak berlaku langsung. Walau dalam mimpi.


Kadang-kadang sebab kebencian yang melampau, ada orang 𝗿𝗲𝗹𝗮 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵. Lebih parah lagi, rela 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗼𝘀𝗮 tabur fitnah. Kasihan mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KISAH AWANTEC DAN MENANTU YANG LARI



 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam telah mengarahkan kerajaan untuk membayar pampasan sebanyak RM231.5 juta kerana telah menamatkan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) pada 2019 tanpa sebab kukuh.


Apa cerita sebenarnya? Saya cuba tulis sehabis ringkas sebab ia juga berkait dengan Presiden UMNO DS Zahid Hamidi


Ceritanya pada tahun 2017, kerajaan BN telah menganugerahkan satu projek bernilai RM3.5b bagi membuat Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN). Ini bagi menggantikan sistem sedia ada yang dah berusia lebih 20 tahun.


Pada tahun 2019, TS Muhyiddin (ketika itu Menteri KDN) membatalkan projek tersebut dan mahukannya diganti dengan dengan sistem lain. Sistem baru ini dinamakan National Integrated Immigration System (NiiSE). Harganya cuma RM1.2 bilion.


Ketika itu ramai orang serang Zahid. Zahid seleweng duit kerajaan. Zahid kaki sakau. Projek yang sepatutnya bernilai RM1.2b tetapi Zahid mark-up sampai 3 kali ganda.


Betul ke begitu?


Salah.


Projek zaman Zahid sebenarnya menggunakan konsep konsesi. Dimana kerajaan tidak perlu bayar apa-apa sehingga projek siap dan berfungsi. Apabila siap, kerajaan perlu bayar sekitar RM240 juta setahun untuk guna selama 15 tahun


Ini bermakna kerajaan tidak tanggung apa-apa risiko jika projek tidak siap.


Tapi projek zaman Muhyiddin pakai konsep turn-key. Dimana kerajaan perlu bayar RM1.2 bilion sampai projek siap. Kemudian kerajaan juga perlu bayar kos operasi dan penyelenggaraan pada setiap tahun ia digunakan.


Ini bermakna kerajaan tanggung risiko jika tak siap, dan kerajaan juga tanggung risiko bayaran tambahan mahal sebab kos operasi dan maintenance sistem sebesar ini biasanya mencecah ratusan juta setahun. 


Pada Disember 2020, terdapat laporan bahawa sebuah syarikat bernama S5 Systems Sdn Bhd juga terlibat di dalam projek ini. Menantu Muhyiddin (yang sekarang sedang melarikan diri ke luar negara) adalah salah seorang pemegang saham dalam syarikat tersebut.


Tiba-tiba pada 12 Januari 2021, Muhyiddin telah mengisytiharkan darurat dan menggantung parlimen.


Tak sampai sebulan iaitu pada 29 Januari 2021, kerajaan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM1.2b tersebut kepada IRIS Information Technology System Sdn Bhd. IRIS kemudiannya disahkan bekerjasama dengan S5 bagi projek ini.


Namun projek ini akhirnya menghadapi pelbagai masalah dan masih belum siap hingga sekarang.


Disebabkan kelewatan ini juga, Jabatan Imigresen terpaksa bergantung kepada sistem lapuk dan hadap maki hamun rakyat bila berlaku masalah.


Inilah antara harga darurat kuasa yang kita perlu bayar hari ini


----

Kredit penulis. 

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Rawang, Selangor




BERJUMPA DENGAN KETUA PEGAWAI NEXPERIA







 Mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Nexperia BV, Xuezheng Zhang serta para pegawai eksekutif tertinggi syarikat semikonduktor berkenaan.


Turut bersama adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).


Nexperia BV memiliki anak syarikat milik penuh di Malaysia, Nexperia Malaysia Sdn Bhd, yang mengembangkan operasi dengan kilang terbaharunya di Seremban, Negeri Sembilan.


Dalam pertemuan ini Nexperia BV juga telah memberikan maklum balas terkait operasi mereka di Malaysia serta membincangkan peluang pelaburan baharu yang boleh dilakukan.


#MalaysiaMADANI



Hadi kata umat Islam tak bersatu 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵.



Aku tak nak bangkang yang ini. Hakikatnya, menang penjajah amalkan 𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵. Tapi nak salahkan penjajah semata-mata tak boleh juga.


Mulanya umat Melayu bersatu 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗨𝗠𝗡𝗢. 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 orang Melayu rentetan dari pemilihan presiden UMNO. Yang kalah telah keluar dan tubuhkan... PAS!


Penjajah juga bukanlah pihak yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 yang tidak menyokong mereka. Malahan amalan 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗮 𝗶𝗺𝗮𝗺 bukan diajar oleh penjajah.


Lebih daripada itu, penjajah juga tidak mengajarkan amanat yang menjadi punca kepada 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 terhadap kepimpinan 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 sendiri.


Bahkan, di zaman penjajah, dan awal kemerdekaan, bukan setakat sesama Melayu, kehidupan kalangan masyarakat berbilang kaum juga 𝗵𝗮𝗿𝗺𝗼𝗻𝗶.


Perpecahan, persengketaan sesama Melayu bahkan antara kaum terjadi setelah ada parti politik yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 untuk mendapatkan pengaruh.


Aku benci penjajah. Aku tak kata penjajah baik dan aku sokong fakta penjajah punca perpecahan. Tapi segala usaha penjajah gagal. Sebab itu kita berjaya 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻. Kita takkan merdeka jika kita terus berpecah ketika itu.


Namun usaha penjajah itu 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 politik yang tamakkan kuasa, menghasut 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 dan jadikan 𝘀𝘆𝘂𝗿𝗴𝗮 sebagai tawaran.


Sebab itu negara kita 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵 sekarang. Bukan sejak dulu. Siapa dan parti apa, aku tak perlu nyatakan. Rasanya semua orang tahu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MB Samsuri tipikal walaun (Bhgn-2)





Jelas. KJ tanya sebagai pensyarah apa penilaian dia kepada Kerajaan Madani.


MB Samsuri jawab..gagal baik objektif ataupun subjektif.


Alasan dia dapat testimoni dari rakyat terbanyak di pasar dan jalanan.


Ok baik. 


Sebagai pensyarah dan pemegang Phd. MB Samsuri patut jawablah sebagai pensyarah dan ilmu Phd nya.


Adakah testimoni atau data yang dia dapat boleh dipercayai dan tidak bias?


Tanya pulak dalam kawasan negeri dia yang menang 100% kerusi DUN. Maka boleh katakan semua tu walaun.


Walaun ni, Kerajaan bagi e-wallet RM30 untuk galak buka akaun e-wallet, dia menganjing. 


Kerajaan bagi E-Madani RM100, dia cakap celah gigi.


Kerajaan bagi RM2000 bonus penjawat awam, dia cakap bagi masa nak masuk sekolah, habis duit situ je.


Kerajaan bagi BAP RM150 setiap murid sekolah,  dia kata tak cukup.


Jadi tipikal walaun adalah seperti itu, maka data atau testimoni tu sebenarnya dah bias dan tak boleh pakai.


MB Samsuri patut tapis, buat analisa dan bawakan bukti dari segi data-data.


Itu lah harapan KJ...sebab MB Samsuri ni calon PM dari PAS..Mr Cool yang dikatakan paling cerdik dalam PAS.


Tapi sayang...jawapan MB Samsuri ni hanya menunjukkan sikap semberono beliau sahaja.


Golongan Intelektual dan atas pagar memerhati perkara ini.


Bersatu mesti suka calon PM PAS lemah, maka pimpinan Bersatu masih ada peluang Jadi calon PM.


Saya nak tanya MB Samsuri, 

1. Adakah tindakan Kerajaan Madani buat akta fiskal negara yang pertama kali dalam sejarah tu bukan satu kejayaan?


2. Adakah kejayaan Kerajaan Madani turunkan defisit bukan satu kejayaan?


3. Adakah Kerajaan Madani berjaya turunkan miskin tegar dalam tempoh setahun bukan satu kejayaan?


4. Adakah kegembiraan pelajar sekolah sebab dapat tandas selesa dan bersih bukan satu kejayaan?


5. Adakah kejayaan Kerajaan Madani tarik pelaburan tertinggi bukan satu kejayaan?


6. Adakah dengan turunnya indeks persepsi rasuah dibawah Kerajaan Madani bukan satu kejayaan?


7. Adakah meningkatnya indeks kebebasan media bukan satu kejayaan?


8. Kalau Tun M berjaya heret PM6 ke mahkamah adalah satu kejayaan, Adakah dengan mengheret PM8 oleh Kerajaan Madani ke mahkamah bukan satu kejayaan?


9. Adakah menjalankan silibus hadith 40 di sekolah kebangsaan bukan satu kejayaan?


10. Adakah dengan tiada kes rasuah membabitkan kabinet Kerajaan Madani sepanjang setahun Kerajaan Madani bukan satu kejayaan?


11. Adakah inflasi stabil bukan satu kejayaan?


12. Adakah kejayaan Malaysia pertahankan kedaulatan Sabah bukan satu kejayaan?


Saya rasa cukup sekadar ini.


Saya nasihatkan MB Samsuri jawablah sebagai seorang pensyarah seperti mana yang KJ minta. Bukan sebagai anak buah Hadi Awang.


Sebab saya tahu tiada yang positif tentang Anwar Ibrahim dimata Hadi Awang.


Terima kasih. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Alor Gajah 


#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX