Hasrat yang disampaikan oleh
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Malaysia menyambung
rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU)
disokong oleh KEADILAN Kemaman.
Menurut Ketua Penerangan
KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, perjanjian FTA penting bagi memudahkan
produk buatan Malaysia terutamanya dalam sektor elektronik masuk ke pasaran
Eropah yang amat besar.
"KEADILAN Kemaman sokong
penuh rundingan FTA di antara Malaysia dan EU disambung semula susulann lawatan
rasmi PM ke Jerman
"FTA telah dimulakan sejak
2010 dan tertangguh pada 2012. Sempena lawatan PM ke Jerman, inilah satu
permulaan baik untuk Malaysia sambung semula rundingan tersebut dan
realisasikan FTA antara EU dan Malaysia.
"KEADILAN kemaman sokong
penuh usaha Malaysia realisasikan FTA antara EU dan Malaysia ini," katanya
dalam satu kenyataan.
Kelmarin, dalam ucapannya
ketika menghadiri acara 101st East Asia Friendship Dinner (Ostasiatisches
Liebesmahl) di Hamburg City Hall, anjuran German Asia-Pacific Business
Association (OAV), PM mencadangkan agar rundingan FTA antara Malaysia dan EU
yang tergendala sejak sedekad lalu disambung.
Malaysia memerlukan eksport ke
pasaran EU yang lumayan terutama apabila negara ini muncul sebagai antara
pengeluar semikonduktor terbesar di dunia sejak beberapa tahun lalu.