IKTIBAR BUAT KK MART



 Dalam kes boikot KK Mart, orang Kelantan paling berjaya. Sebab memang tak ada KK Mart di Kelate.  Eh,ke saya tak tahu wujud? Haha.

.


Tapi yes,apa yang dibuat adalah keterlaluan. Walaupun itu adalah produk Consignment, menjadi tugas Purchaser untuk memastikan semua produk yang dibawa masuk adalah berkualiti,dalam kes kali ini,tidak menghina. 

.


"Jadi,kita salahkan Purchaser lah?"

.


Bila pekerja buat silap,Syarikat akan dipersalahkan. Ini adalah standard practice di mana-mana kerana secara logik, ada kegagalan dalam stuktur syarikat dan sistem mereka. 

.


Untuk halang orang Islam dari boikot,mereka tidak boleh guna sentimen pekerja adalah anak bangsa kerana terbukti sentimen itu gagal untuk McD, KFC dan Starbucks. Lagi-lagi kerana mereka jual arak,membuka pintu maksiat dan dosa kepada pekerja Islam di sana.

.


Pada pendapat saya,mungkin ada satu jalan sahaja untuk mereka. Hentikan semua penjualan arak dan segala perkara yang melanggari Syarak untuk buktikan betapa mereka bersungguh dalam hal ini. 

.

Apa-apapun,alternatif kepada mereka ada banyak. Memang selayaknya mereka tidak boleh senang duduk. Saya berharap ada Mini Mydin dan Insya Allah saya akan support semampu mungkin.