HARAP TANGKAP JA

 


𝗣𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵 atau 𝗶𝗻𝗳𝗹𝘂𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿 ni dikatakan mereka yang mampu mempengaruhi masyarakat melalui konten media sosial mereka. Tapi untuk 𝗠𝗮𝘁 𝗞𝗿𝗼𝗻𝗶𝗸 ni aku tak rasa begitu.


Aku rasa dia yang dipengaruhi orang sekelilingnya. Sebab konten yang dia buat terlihat 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗶𝘀𝘂. Bukannya dia perjelaskan isu. Senang cerita, dia mengejar populariti.


Konten 𝗠𝗮𝘁 𝗞𝗿𝗼𝗻𝗶𝗸 ni bukan untuk mendidik sangat pun. Tapi lebih nak 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗷𝗮𝗿 𝙫𝙞𝙚𝙬. Sebab itu dia tak pedulikan fakta. Bukan sekali dia buat begini tapi setiap kali.


Cuma kali ini dia bernasib malang. Sebab yang dia sentuh kali ini bukan hanya kerajaan tetapi juga mahkamah dan lebih utama, agama Islam. Memang terduduk la dia kali ni.


Diharap pihak polis dapat menyegerakan tindakan ke atasnya. Kes 𝗠𝗮𝘁 𝗞𝗿𝗼𝗻𝗶𝗸 ni akan jadi pendahulu kepada kes-kes yang lain. Kalau polis tak bertindak tegas, ia sama seperti 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 yang dibuatnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KEPALA BAPAK HANG AIHH...(KEPALA BAPAAK BUKAN HINA TUAN TUAN, TU PUJIAN) . MASA ANWAR SOH SYED MOKHTAR HANG KATA ANWAR KACAU JUTAWAN MELAYU. HARAP KE HANG SATU APA PUN TAK JADI. KERAJAAN NAIKKAN HARGA BERAS 500 PERTAN HANG BUAT APA.? NI CUBA HANG BELAJAR SIKIT MATEMATIK. BERAPA KAMPIT MAKAN SEBULAN.?

 


Beras murah,lepas tu nak beli dari pesawah berapa duit??


Apa yang terbaik hari ni,naikkan harga jualan beras putih dan juga naikkan harga lantai belian padi yang sekarang RM1300 kepada RM1500-RM1600 per/tan..


Betoi semua nak jaga kepentingan rakyat,jangan lupa pesawah/orang buat bendang ni pun rakyat jugak ada anak bini nak suap jugak..


Kalau kira susah semua orang susah,habis yang pesawah susah sapa nak jaga??


“Politician always politician”


“Kartel tekan pesawah,ahli politik tekan pesawah,rakyat tekan pesawah”


“Lama2 hampa dok tekan kami,kami pun tanah putih merekah turun-turun rupppp”


😂


Ikhwan Razak



AJAR WALAUN KIRA KIRA BAB BERAS NAIK ..BERAS MADANI...JOM KIRA UNTUNG KA RUGI


Mukhlis Eddie.


 Desa HM 


🤭🤭


Beras tempatan dari RM 26.00 tukar jadi beras Madani RM 30.00... naik RM 4.00.


Sekerap, dari RM 2.50 sekilo masa zaman tebuk atap, naik kpd RM 3.50 sekilo zaman Madani..tambahan RM 1.00 sekilo, 


Kalau sehari motong dpt 10 kilo pun, sehari pendapatan dah naik RM 10.00... sebulan kalau 20 hari pun, dah dpt tambahan RM 200.00, (itu pun kalau rajin)


Yang buat bendang...subsidi padi, pulak naik dari RM 350 satu tan ke RM500... Kalau dpt 10 tan, dah dpt subsidi RM 5,000.00, tambahan RM 1,500 berbanding sblm ni. Setahun buat 2 kali, dpt RM 3000... duit subsidi tambahan yg diusahakan oleh Kerajaan Madani.


Beli beras sekampit, tahan 20 hari...

Katalah setahun, maksimum kena beli beras 30 kampit... Tambahan RM 4 × 30 kampit, baru tambah RM 120.00 setahun!


Tu belum kira bantuan2 lain... Mcm2 skim yg kerajaan bagi... 


Tapi... Dah tak dak benda nk bangkang... Tutoh jer la...


Tambah2 ada nama MADANI.... Memang pedih la...


Kahhhhhh...


🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣



Penafian terbaru dan terkini.



Dengan penafian ini, maka hendaklah kita semua menafikan sebarang hubungan di antara ISMA dan Aman Palestin Berhad itu kerana ia satu FITNAH menurut kenyataan rasmi ISMA. 


Tahu dalam hati tak apa, jangan cakap sahaja. 


Selepas ini kalau ada perakuan baru tentang hubungan ISMA-AP, barulah kita cakap semula.. ☺




RUU 355 gagal dibentang Pas, bakal dibentang Kerajaan Perpaduan tahun ini


 

Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) yang menjadi bahan polemik politik parti pembangkang Pas kerana cuba dibentang melalui usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Hj Hadi Awang namun tidak diusik langsung sepanjang parti itu berkuasa pada 2020 - 2022 akan dibentangkan oleh Kerajaan Perpaduan pada tahun ini.



Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, sesi libat urus meminda RUU itu kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen.



"Setakat ini libat urus yang dilakukan telah berjalan, dan semua negeri termasuk Majlis Agama Islam Negeri, Mahkamah Syariah Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri telah dijemput menghadiri sesi libat urus tersebut.



"Saya difahamkan oleh Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff bahawa libat urus itu di peringkat akhir, jadi laporan belum lagi disediakan dan mereka akan sediakan laporan libat urus itu kepada saya," katanya dipetik Bernama.



Beiau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024 yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, pagi tadi.



Pihak Pas sebelum ini mempersoalkan kenapa RUU 355 tidak diteruskan bagi menambah hukuman jenayah syariah agar hukum takzirnya menyamai hukuman di Mahkamah Sivil.



Sebelum ini, kertas cadangan RUU itu sudah berada di peringkat Jabatan Peguam Negara namun tidak sempat dibentangkan berikutan Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.

 

LRA Bukit Selambau: Sanusi selesaikan isu air, henti beri alasan




 

Oleh: Abdullah Zaid



Masalah bekalan air yang membelenggu rakyat Kedah terus menemui jalan buntu ekoran kelewatan syarikat Kerajaan Negeri menyiapkan projek Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau yang seharusnya selesai pada tahun lalu.



Malah, lebih mendukacitakan ‘projek sakit’ itu masih tidak diketahui bila akan diselesaikan susulan kenyatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa kelewatan menyiapkan LRA tersebut kerana kenaikan kos bahan binaan.



Sehubungan itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari mengingatkan pemimpin nombor satu Kedah itu untuk tidak terus memberi pelbagai alasan, sebaliknya mencari jalan menyelesaikan projek seberapa segera yang boleh.



"Sanusi sudah bertahun menjadi Menteri Besar dan isu bekalan air telah lama berlaku, beliau tidak sepatutnya terus memberi alasan sebaliknya perlu adakan perbincangan segera menyelesaikan masalah ini.



"Jangan bila Menteri turun padang baru hendak beri respon," katanya kepada Suara Keadilan.



Untuk rekod, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Guna Daya Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempersoal punca kelewatan LRA itu minggu lalu dengan dengan membandingkan Projek LRA Layang 2 di Johor.



Katanya, kedua dua projek tersebut mempunyai persamaan garis masa sama dibina tetapi LRA Layang sudah siap sepenuhnya.



Susulan itu, Taufiq berkata, musim kemarau bakal melanda awal Mac nanti sememangnya akan memberi kesan buruk kepada rakyat Kedah berdepan krisis bekalan air bersih ketika ini.



"Rakyat menjadi mangsa menghadap musim kemarau, puasa dan hari raya, ia sudah tentu menjadi igauan mimpi buruk masyarakat Kedah



"Bayangkan anak-anak yang pulang dari perantaun balik untuk beraya dan berbuka dengan air yang masih tidak ada. Sudah tentu menjadi suatu masalah buat mereka.



"Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Negeri selesaikan segera isu air ini supaya rakyat Kedah tidak menjadi mangsa," ujarnya lagi.

 

ISU BERAS MADANI SERLAH KECELARUAN KERAJAAN

 

Kewujudan kampit beras baru yang dinamakan Beras Putih Malaysia Madani secara tiba telah mencetuskan kecelaruan yang membuatkan ramai orang jadi rimas dengannya.

Kecelaruan itu sudah tentu dikaitkan dengan kerajaan berjenama madani yang sedang berkuasa ketika ini.

Kenapa kecelaruan berlaku?

Pertama, kerana harga beras baru itu disebut sebanyak RM30 bagi kampit 10 kilogram, iaitu lebih tinggi daripada harga beras tempatan sebelum ini yang biasa dijual hanya RM26 sekampit.

Lalu kemudian ada cuba merasionalkan, harga tinggi itu kerana ingin memberi lebih untung kepada pesawah yang menghasilkan tanaman padi.

Soalnya, apa bukti pesawah bakal mendapat lebih lebih untung atau pengilang sebenarnya yang akan mendapat lebih untung dengan harga RM30 sekampit itu?

Ini kerana kenaikan harga belian padi telah diumumkan pada tahun lalu lagi dan tiada sebarang kenaikan harga baru diumumkan sebelum kampit baru Beras Putih Malaysia Madani dimunculkan.

Kedua, kerana yang mengumumkan harga RM30 itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal selaku Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, sebuah jawatankuasa yang berada di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara atau NACCOL yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Lazimnya, pengumuman harga beras sebagai makanan utama rakyat akan diumumkan oleh Menteri Pertanian, dalam konteks sekarang menterinya ialah Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu sendiri dipetik sebagai berkata semalam, sebarang pengumuman atau ketetapan yang hendak dibuat mestilah berpandukan kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Dalam hal ini, atas keistimewaan apa Syed Abu Hussin boleh mengumumkan harga Beras Putih Malaysia Madani itu dengan mendahului menteri?

Ketiga, walaupun Syed Abu Hussin secara realitinya telah mengumumkan sokongan terbuka kepada Anwar dan kerajaan perpaduan, secara prinsipnya pula beliau masih ahli Bersatu dan Ahli Parlimen Bersatu atau PN iaitu blok pembangkang.

Yang berubah, hanya sokongan mulutnya saja kepada Anwar dan kerajaan perpaduan.

Sejak mengalihkan sokongan, Bersatu tidak pernah menggantung keahlian Syed Hussin, jauh sekali memecatnya.

Jadi, bagaimana seorang Ahli Parlimen blok pembangkang boleh diberikan jawatan dalam sebuah jawatankuasa di bawah NACCOL yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri?

Apakah Ahli-Ahli Parlimen dalam kerajaan yang menyokong Anwar sejak awal lagi, bahkan ada yang sejak era reformasi, tiada yang layak dilantik ke jawatan tersebut?

Hakikatnya, perlantikan Syed Abu Hussin menerajui Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, kemudian disusuli dengan tindakannya mengumumkan harga beras, seterusnya lantaran ribut dalam masyarakat, Anwar segera tampil mengumumkan NACCOL akan segera bermesyuarat pada minggu depan untuk menetapkan harga beras yang kontroversi itu, semua ini adalah gambaran wujudnya kecelaruan yang ketara dalam kerajaan.

Seorang kawan secara bergurau berkata, sekarang tatakelola sudah jadi tatakelaut di mana dalam isu beras yang mudah dan tidak sepatutnya jadi itu pun, tiba-tiba menjadi kontroversi yang pasti parti-parti dalam kerajaan sudah pun kehilangan banyak undi.

Daripada rungutan masyarakat yang didengari, rata-rata tidak gembira dengan isu Beras Putih Malaysia Madani ini, apa lagi jika harganya yang bakal dlumumkan minggu depan kekal RM30 sekampit sebagaimana dinyatakan Syed Abu Hussin atau lebih tinggi daripada RM26.

Keempat, apa perlunya kampit beras baru itu diletakkan nama madani, kecuali yang mencadangkannya berhasrat ingin mengampu?

Daripada zaman Tun Mahathir Mohamad apabila Wawasan 2020 diperkenalkan, semua perkara selepas itu dijenamakan dengan Wawasan 2020; seterusnya di zaman Tun Abdullah Badawi yang membawa konsep Islam Hadhari, semua benda pula dinamakan Hadhari; di zaman Najib Razak, berebut-rebut lagi mengambil nama 1Malaysia, sehingga menubuhkan syarikat untuk menyonglap duit pun guna nama 1Malaysia iaitu 1MDB dan di zaman Ismail Sabri, semua beralih sekali lagi kepada Keluarga Malaysia.

Hanya di era Tun Mahathir berkuasa selama 22 bulan bersama PH dan Mahiaddin Md Yasin yang tiada penonjolan jenama dilakukan.

Di era Anwar, amalan lama nampaknya kembali semula dihidupkan di mana semua benda hendak disedapkan telinga Perdana Menteri mendengarnya, lalu macam-macam madani telah muncul untuk disesuaikan dengan Malaysia Madani.

Soalnya, bukankah konsep Malaysia Madani itu diperkenalkan untuk makanan bagi santapan hati, jiwa dan perasaan ke arah menuju masa depan yang gemilang, bukan simbol yang dijaja di luaran yang entah-entah lebih bertujuan mengaut laba serta keuntungan?

Lebih-lebih lagi kerana Anwar adalah seorang Perdana Menteri berteraskan perjuangan reformasi, ke mana hala tuju negara yang hendak dibawa jika banyak tabiat dan sejarah yang pernah gagal di masa lalu terus diulang semula, sedangkan melakukan reformasi itu sendiri ternampak begitu perlahan, kalau pun tidak tidak terus jadi kelam?- ShahbudinHusin 18/02/2024.

 

[panas] MB LATO LATO HINA KEHAKIMAN? SPRM AZAM BAKI NAFI TUDUHAN PEGUAM!


Dakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa ada pihak ‘diternak’ supaya sistem perundangan Islam bertembung dengan perundangan sivil merupakan penghinaan kepada institusi kehakiman Malaysia dan bersamaan dengan perbuatan menghasut. Ini penghinaan kepada institusi kehakiman. Ia salah dibawah seksyen 3 dan 4, Akta Hasutan. Mahkamah boleh mengarahkan pendaftar untuk membuat laporan polis terhadapnya,” kata pengerusi KANUN, Dr Dzulqarnain Luqman ketika dihubungi Harapan Daily. Beliau berkata demikian sebagai balasan kepadatuduhan Sanusi. Sanusi mendakwa bahawa hakim-hakim yang ada sekarang ‘diternak’ selama berdekad-dekad untuk mewujudkan pertembungan di antara undang-undang sivil dan syariah. Perkara ini timbul ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa 16 peruntukan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (2001) Kelantan adalah tidak sah selepas kes ini difailkan oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid ke atas ke atas kerajaan Kelantan. Dzulqarnain yang juga merupakan seorang peguam turut berkata bahawa dakwaan Sanusi merupakan cetusan pandangan presiden Pas, Tun Abdul Hadi Awang yang dilantunkan semula. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/02/17/s... 2. https://harapandaily.com/2024/02/16/r...


[viral] SUMPAH PALSU MP PARTI PAS? 49 LAPORAN POLIS TERHADAP DD KRONIK!


Sejumlah 49 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas pempengaruh media sosial Dd Chronicle, yang membuat video parodi didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kesemua laporan polis berkenaan adalah sehingga semalam. “Kami menjangkakan jumlah laporan polis berhubung perkara itu akan bertambah,” katanya kepada Bernama hari ini. Baru-baru ini, video berdurasi lebih tiga minit dimuat naik Dd Chronicle atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e, 43, dikecam netizen kerana didakwa mempersendakan agama dan menghina mahkamah dengan menyatakan perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/02/18/w... 2. https://www.malaysiakini.com/news/696548



ANWAR DAN PROBOWO

 🇲🇾 & 🇮🇩

AHMAD NORAZLAN






Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan Presiden Pertama Indonesia, Sukarno saling bertemu.


Hubungan yang awalnya baik berakhir dengan persengketaan melalui Konfrontasi dan kempen Ganyang Malaysia oleh Sukarno.


Faktor kepentingan politik semasa telah menyebabkan kedua-dua pemimpin dan negara berseteru.


Namun ianya dipulihkan semula oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Razak dan Presiden kedua Indonesia, Suharto.


Perdana Menteri terkini Malaysia, Anwar Ibrahim dan Presiden terkini Indonesia, Prabowo Subianto diharap dapat melestarikan lagi hubungan kedua-dua negara.


Jangan pula faktor ekonomi akan menyebabkan kedua-dua pemimpin dan negara berseteru seperti dahulu.


Anwar dan Prabowo telah lama kenal satu sama lain.Prabowo juga memiliki kenangan menetap dan bersekolah di Malaysia ketika remaja, setelah bapanya lari meninggalkan Indonesia di zaman pemerintahan Sukarno.


Ketua Negara Malaysia, Yang Dipertuan Agong juga telah perkenan bertemu Ketua Negara Indonesia, Presiden Prabowo sebelum  kedua-duanya menjadi Agong dan Presiden.




Travel..Living and Tour

 


Travel..Living and Tour


Harga kem site...






Harga masuk kem site yg lengkap secara "package" sepanjang pengalaman aku sekitar GBP 10.00 - GBP 55.00 utk satu malam.


Hanya sekali aku dikenakan GBP55.00 utk satu malam kerana kem site tu berada di kawasan "MASS TOURISM" iaitu di HALLSTATT (Sebutan Hers Stat)/OBERTRAUN . Kawasan ini penduduk asal hanya 700 org tetapi menerima kunjungan melebihi 100 000 pelancung sehari.


Apa yg menarik GBP55.00/hari utk 2 org ini termasuk sarapan pagi (Buffet - Western Breakfast) dan "welcome drink".


GBP 55.00 ni kem site yg kategori PRIVATE SERVICE yg mana setiap servis disebelah tapak (Elektrik/Sink/Desk (Garden Table)/Grey water dispose/Black water chamber) .


Purata harga kem site di UK yg "sharing facilities" tetapi lengkap sekitar GBP 10.00  sehingga GBP 25.00 utk 2 org. Kalau di Eropah lebih murah 20% dari kadar UK. 


Kem site yg melebihi nilai GBP 15.00 kebanyakan HARDSTANDING dan juga GRAVEL/Stone chipping dan sangat rata. Jarang menggunakan WHEEL LEVELLING BLOCK.  Bawah nilai GBP 10.00 rata2 "Grass pitch" dan "surface" kurang cantik  ataupun permukaan kurang rata tetapi masih boleh dilaraskab dgn pelarasan blok tayar .


Bagi aku kadar antara MYR 25.00 - MYR 50.00 seauatu yg bole di terima pakai utk di Malaysia . Ada yg kini telah cecah RM70 - RM 100.00 semalam...dan bagi aku sangat MAHAL..


Congak pengiraan begini.








Guna hanya nombor tanpa simbol matawang.


Contoh gaji jurutera tanpa kelayakan di iktisas sekitar 3000 di UK dan juga Malaysia. Nombor bole dikatakan sama baik di UK mahupun Eropah (Simbol MYR..£ dan €)  sahaja berbeza.


Kadar 100 utk kem site di Malaysia utk gaji 3000 adalah lebih tinggi nilai berbanding di Eropah hanya 55 vs gaji 3000 di Eropah . Hanya satu kem aku jumpa harga sebegini dari beratus kem site di dalam 34 negara Eropah yg aku kembara . Dan paling mahai aku jumpa di Malaysia ..sebuah negara baru di dalam peta industri camper


Kadar 100 utk "basic faciiities" merupakan kadar yg tinggi utk satu camper.  Ada ketikanya "TIADA LINGKUP PRIVACY"... Kualiti bilik mandi dan tandas pun ala kadar termasuk pencahayaan di dalam bilik mandi .


Istilah hobi yg MAHAL selalu digunakan menyebabkan PENGUSAHA mengambil kesempatan kpd pemilik camper di Malaysia. 


Bukan hanya pengusaha secara individu tetapi juga dari agensi kerajaan yg mengusahakan tapak kem juga mengambil kesenpatan kpd pemilik camper.


Harga tinggi akan membunuh industri pelancungan yg sangat baru berkembang di Malaysia. 


Mereka pengusaha sepatutnya secara SIMBIOSIS menarik dan berusaha mengembangkan industri "CAMPER TOURISM" ini. Mereka sepatutnya menyokong utk kembangkan lagi industri ni. Jangan fikirkan "SHORT TERM ROI". Industri camper bukanlah sesuatu yg SEASONAL. Lihatlah Perancis.. Croatia.. Spain..bagaimana industri ni memberi pulanngan secara mikro terhadap ekonomi mereka.


Kadar MYR100.00 menyebabkan pemilik camper bole beralih ke HOTEL dan juga HOMESTAY.


Rata-rata pemilik camper Malaysia lebih mirip utk menyokong industri pelancungan camper di Malaysia dan mengembangkan. Tetapi sekiranya harga GILA DAN MELAMPAU...Kemungkinan besar nereka akan BOIKOT ....Secara amnya pemilik camper MAMPU utk INDEPENDENT tanpa tapak.  Kenderaan masing2 lengkap dgn INDEPENDENT SOURCE spt elektrik dan juga air . Tiada masalah utk 3 atau 4 hari. MEREKA INI TIDAK AKAN MASUK KEM SITE.


Sekiranya AGENSI KERAJAAN membuat polisi TIDAK MEMBENARKAN camper parking di tempat letak kereta awam, akan memberi impak jangkamasa panjang terhadap pelancungan setempat. PRECEDENt case telah berlaku di England 15 tahun yg lalu... Local Counsil try to be champion on Restriction ... ramai  campers keluar dari England utk bercuti di Scotland dan EU.  England mempunyai hampir 600k campers/RV yg street legal. Sekiranya seorang dari mereka mengisi bahan bakar sebanyak 100 gallon (400 liter) di dalam perjalanan..sudah bole congak berapa banyak "kehilangan pengaliran matawang"...Belum cerita makan minum lagi...


Apakah kemungkinan Thailand atau negara ASEAN yg lain akan menjadi tumpuan campers Malaysia??


Atas alasan keperluan utility guna elektrik dan air? Tak mungkin... Pemilik campers sgt bijak membuat congak. Kadar main grid (TNB) Malaysia sekitar MYR 0.70 per kW h dan kadar air MYR2.00/m³ (SYABAS). 1 m³ bersamaan 1000 liter. (5 kali utk penuhkan tank air van saya)... atau bole mandi 6 kali sehari (mengikut kadar UN 165 liter penggunaan air isi rumah utk sorang setiap hari). Tak kan kadar ini pun diniagakan melebihi manipulasi nilai kaunter saham.


Bolelah buat anggaran kiraan sendiri samada betbaloi utk masuk kem yg melampau harga atau BOIKOT sahaja. Wang bole digunakan utk menyokong industri lain seperti penjaja kecil...penjaja jalanan...tabung mesjid...rumah anak yatim  dan sebagainya.


Kadar maksima yg bole diterima pakai sekitar MYR50.00. Melebihi dari itu kena ada "ADDED VALUE" yg lain yg "nampak mcm GAH" utk menarik pemilik camper masuk dan "RATING 3 STAR" dgn kemudahan. Kalau "TREATED WATER" pun tiada MYR50.00 tu masih dikira mahal.


Mungkin ramai yg mampu utk membayar RM100.00 utk satu malam tetapi apakah berbaloi dgn nilai.


Komen aku sepanjang di Malaysia.. hanya satu site yg betui2  "AT PAR" adalah TELUK BATIK Camp site dgn kadar MYR50.00 semalam (Dengar kata telah dinaikan harga) dan aku bagi 2.5 STAR RATING. 


Kemungkinan akan ada org berkata "LEARNING CURVE" tapi bagi aku... sudah sudahlah menunggang perkataan "LEARNING CURVE" utk sedapkan diri sendiri. Teringat kata2 cucu aku... "Grand Pa..that not rocket science"....


Saya tiada kepentingan apa2... Bole bincang secara ilmiah...


"Tapak kem depa punya...duit aku punya... klu mahai tok sah masuk...klu dak pun BOIKOT ja" Semua ada akai utk pikiaq dan analisa....


Nizam Awami

18 Feb 2024.


***********



AMANAH TEMERLOH AKAN MENGEDARKAN KEPERLUAN BAGI PENDUDUK YANG MEMERLUKAN



 Ketua Amanah Kawasan Temerloh, Azizul Shah Mohd Noor menyerahkan Bakul Rahmah Madani kepada Kasih Hana ,Ketua AWAN Temerloh, Adam Adatul ,Ketua Pemuda Kawasan Azharie Sulaiman ,S/U Kawasan untuk diagihkan kepada masyarakat setempat di Temerloh.






Semoga usaha ini dapat membantu meringan beban penduduk Temerloh yang memerlukan.


#AmanahProgresifPeduli

#pedulitemerloh

#MalaysiaMadani



𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 "𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔" 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗜𝗥𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗣𝗨 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡 "𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭𝗔𝗛" 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗕𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗜𝗡𝗜. 𝗧𝗔𝗕𝗔𝗬𝗬𝗨𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗬𝗚 𝗦𝗔𝗛𝗜𝗛.


1) RAMAI asatizah "palatao" yg memburukkan keadaan dengan mengulas isu 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗘𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 yg dicabar oleh Nik Elin. 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗘𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 pun dia tak faham. KUNUN dah rujuk lawyer. 𝗟𝗮𝘄𝘆𝗲𝗿 𝗺𝗮𝗻𝗮 yg dia rujuk sehingga berani mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan?? 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵...!!


2) Dia kata 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 keputusan Mahkamah Persekutuan dan faham dari segi prosedur. 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜.... apa punya belit bila "Ustazah selebriti" tu boleh pula 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗦𝗢𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 kenapa peruntukan Enakmen JS Kelantan itu dicabar? Tak boleh ke biar ia di situ shj? Faham ke tidak Perlembagaan? Sangat jelas ustazah itu tidak faham bahawa 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝟳𝟱 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 telah memperuntukkan : 


"𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻

𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻, 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴

𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝘀𝗶 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗶𝘁𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗵 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗶𝘁𝘂".


3) Bermakna jika kamu "biarkan ia di situ" bermakna peruntukan atau seksyen dalam EJS Kelantan itu tidak sah dan boleh dicabar oleh pihak yg didakwa di bawah Seksyen itu tapi dia faham Perlembagaan seperti kes Iki Putra. 𝗟𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 "𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗯𝗿𝗶𝘁𝗶" apabila dia kaitkan pula dengan usaha merendah-rendahkan Mahkamah Syariah?? Siapa nak merendah-rendahkan Mahkamah Syariah ni? Nak diperkasakan ada la.


4) Saya pernah menyentuh tentang Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan dalam artikel saya tulis pada 10 Februari 2024 bertajuk : 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗞𝗔𝗡𝗧𝗢𝗜 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗬𝗢𝗞 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 

Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/367038012857465


𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 pun sudah bertitah dan memberi nasihat supaya 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗶𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞𝗸𝗮𝗻, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 atau dijadikan perdebatan awam. Ya. Kita akur, menjunjung kasih atas titah Tuanku. Malangnya masih ada "asatizah selebriti" yg atas dasar KUNUNnya menjawap soalan "FOLLOWERS" masih  mengelirukan masyarakat.


5) SUKA atau tidak, kita perlu menjelaskan kekeliruan ini. Saya harap 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗯𝗿𝗶𝘁𝗶 seperti ini utk menegur, memberi nasihat dan menjelaskan kekeliruan mereka serta beri amaran 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 "𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔" 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻. Rujuk sumber yg sahih. Tabayyun dgn cara yg betul.


6) JIKA pihak berkuasa tidak mengambil jalan menjelaskan dan memberi amaran ke atas "selebriti-selebriti" seperti ini, 𝗣𝗡𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝘃𝗶𝗿𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 "𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔" 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴 dan mengelirukan Rakyat. Ia harus dijawap dengan tindakan dan amaran. Seeloknya "selebriti" yg tidak BENAR-BENAR faham atau tidak ada ilmu berkaitan enakmen syariah dan Perlembagaan Persekutuan, elok jangan ulas ikut kepala sendiri.


7) JUJURnya cukup letih kita para penyokong Kerajaan memberi hujah dan penjelasan sebab biasanya org Melayu lebih suka dan mudah percaya dengan perkara sensasi, gosip, membawang, 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗔𝗟𝗦𝗨. Pembohongan itulah yg suka mereka viralkan.


Wallahualam.


- Zus Din 

17022024

***************

Ambo diminta oleh seorang sahabat dengar dan ulas video ni...

Ikhlas ambo sebut, ambo pun pening bila dengar, patut la masyarakat makin bercelaru.


Antara fakta fakta/huraian yang tidak tepat ialah:


1. 16 enakmen jenayah syariah telah dibatalkan... ???


Ustazah pun keliru antara enakmen dan seksyen seksyen dalam enakmen. Yang dibatalkan itu ialah 16 drp 68 seksyen dllm ekjs (I)2019, bukan 16 enakmen jenayah syariah.


Enakmen Syariah di Kelantan ada 7-8 sahaja, macamana sampai 16 enakmen dibatalkan???


2. Pertembungan antara peruntukan di Mahkamah Syariah dan di Mahkamah Persekutuan...???


Ustazah... Isu kita ialah pertembungan antara kuasa negeri dan kuasa persekutuan, negeri dikatakan telah menggubal undang undang melangkaui dari kuasa negeri.


Pertembungan yang berlaku ialah antara mahkamah syariah dengan mahkamah sivil, di mana Mahkamah Persekutuan adalah sebahagian/hiraki tertinggi dalam Mahkamah Sivil, bukannya pertembungan peruntukan antara mahkamah syariah vs Mahkamah Persekutuan.


Mahkamah Sivil terdiri dari;


- Mahkamah Majistret

- Mahkamah Seksyen

- Mahkamah Tinggi

- Mahkamah Rayuan

- Mahkamah Persekutuan.


3. Seorang yang melakukan kesalahan jenayah tidak boleh dituduh di Dua mahkamah - mahkamah sivil Dan mahkamah syariah - kerana bidangkuasa jenayah yang berlainan/tidak sama.


4. Kes Iki Putra...


- tidak pernah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah

- beliau baru didakwa di Mahkamah Syariah Selangor atas tuduhan liwat.

- kesnya tidak pernah digugurkan, tetapi penangkapan dan pendakwaan ke atasnya terbatal dan tidak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan.

- Iki Putra tidak boleh dituduh semula di Mahkamah Sivil kerana beliau tidak pernah ditangkap di bawah mana mana undang undang sivil @ sek 377 Kanun Kesiksaan atas kesalahan seks luar tabie @ liwat.


5. Walaupun 16 seksyen itu dibatalkan, namun pelakunya masih boleh ditangkap Dan didakwa mengikut undang undang jenayah Persekutuan di mana jentera penguatkuasanya lebih efisen, lengkap Dan perpengalaman, hukumannya pula lebih setimpal.


Peguam peguam mana yang ustazah rujuk tu????


- Che Ibrahim Mohamed


1) RAMAI asatizah "palatao" yg memburukkan keadaan dengan mengulas isu 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗘𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 yg dicabar oleh Nik Elin. 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗘𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 pun dia tak faham. KUNUN dah rujuk lawyer. 𝗟𝗮𝘄𝘆𝗲𝗿 𝗺𝗮𝗻𝗮 yg dia rujuk sehingga berani mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan?? 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵...!!


2) Dia kata 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 keputusan Mahkamah Persekutuan dan faham dari segi prosedur. 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜.... apa punya belit bila "Ustazah selebriti" tu boleh pula 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗦𝗢𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 kenapa peruntukan Enakmen JS Kelantan itu dicabar? Tak boleh ke biar ia di situ shj? Faham ke tidak Perlembagaan? Sangat jelas ustazah itu tidak faham bahawa 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝟳𝟱 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 telah memperuntukkan : 


"𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻

𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻, 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴

𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝘀𝗶 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗶𝘁𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗵 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗶𝘁𝘂".


3) Bermakna jika kamu "biarkan ia di situ" bermakna peruntukan atau seksyen dalam EJS Kelantan itu tidak sah dan boleh dicabar oleh pihak yg didakwa di bawah Seksyen itu tapi dia faham Perlembagaan seperti kes Iki Putra. 𝗟𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 "𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗯𝗿𝗶𝘁𝗶" apabila dia kaitkan pula dengan usaha merendah-rendahkan Mahkamah Syariah?? Siapa nak merendah-rendahkan Mahkamah Syariah ni? Nak diperkasakan ada la.


4) Saya pernah menyentuh tentang Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan dalam artikel saya tulis pada 10 Februari 2024 bertajuk : 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗞𝗔𝗡𝗧𝗢𝗜 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗬𝗢𝗞 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 

Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/367038012857465


𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 pun sudah bertitah dan memberi nasihat supaya 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗶𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞𝗸𝗮𝗻, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 atau dijadikan perdebatan awam. Ya. Kita akur, menjunjung kasih atas titah Tuanku. Malangnya masih ada "asatizah selebriti" yg atas dasar KUNUNnya menjawap soalan "FOLLOWERS" masih  mengelirukan masyarakat.


5) SUKA atau tidak, kita perlu menjelaskan kekeliruan ini. Saya harap 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗯𝗿𝗶𝘁𝗶 seperti ini utk menegur, memberi nasihat dan menjelaskan kekeliruan mereka serta beri amaran 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 "𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔" 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻. Rujuk sumber yg sahih. Tabayyun dgn cara yg betul.


6) JIKA pihak berkuasa tidak mengambil jalan menjelaskan dan memberi amaran ke atas "selebriti-selebriti" seperti ini, 𝗣𝗡𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝘃𝗶𝗿𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 "𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔" 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴 dan mengelirukan Rakyat. Ia harus dijawap dengan tindakan dan amaran. Seeloknya "selebriti" yg tidak BENAR-BENAR faham atau tidak ada ilmu berkaitan enakmen syariah dan Perlembagaan Persekutuan, elok jangan ulas ikut kepala sendiri.


7) JUJURnya cukup letih kita para penyokong Kerajaan memberi hujah dan penjelasan sebab biasanya org Melayu lebih suka dan mudah percaya dengan perkara sensasi, gosip, membawang, 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗔𝗟𝗦𝗨. Pembohongan itulah yg suka mereka viralkan.


Wallahualam.


- Zus Din 

17022024

***************

Ambo diminta oleh seorang sahabat dengar dan ulas video ni...

Ikhlas ambo sebut, ambo pun pening bila dengar, patut la masyarakat makin bercelaru.


Antara fakta fakta/huraian yang tidak tepat ialah:


1. 16 enakmen jenayah syariah telah dibatalkan... ???


Ustazah pun keliru antara enakmen dan seksyen seksyen dalam enakmen. Yang dibatalkan itu ialah 16 drp 68 seksyen dllm ekjs (I)2019, bukan 16 enakmen jenayah syariah.


Enakmen Syariah di Kelantan ada 7-8 sahaja, macamana sampai 16 enakmen dibatalkan???


2. Pertembungan antara peruntukan di Mahkamah Syariah dan di Mahkamah Persekutuan...???


Ustazah... Isu kita ialah pertembungan antara kuasa negeri dan kuasa persekutuan, negeri dikatakan telah menggubal undang undang melangkaui dari kuasa negeri.


Pertembungan yang berlaku ialah antara mahkamah syariah dengan mahkamah sivil, di mana Mahkamah Persekutuan adalah sebahagian/hiraki tertinggi dalam Mahkamah Sivil, bukannya pertembungan peruntukan antara mahkamah syariah vs Mahkamah Persekutuan.


Mahkamah Sivil terdiri dari;


- Mahkamah Majistret

- Mahkamah Seksyen

- Mahkamah Tinggi

- Mahkamah Rayuan

- Mahkamah Persekutuan.


3. Seorang yang melakukan kesalahan jenayah tidak boleh dituduh di Dua mahkamah - mahkamah sivil Dan mahkamah syariah - kerana bidangkuasa jenayah yang berlainan/tidak sama.


4. Kes Iki Putra...


- tidak pernah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah

- beliau baru didakwa di Mahkamah Syariah Selangor atas tuduhan liwat.

- kesnya tidak pernah digugurkan, tetapi penangkapan dan pendakwaan ke atasnya terbatal dan tidak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan.

- Iki Putra tidak boleh dituduh semula di Mahkamah Sivil kerana beliau tidak pernah ditangkap di bawah mana mana undang undang sivil @ sek 377 Kanun Kesiksaan atas kesalahan seks luar tabie @ liwat.


5. Walaupun 16 seksyen itu dibatalkan, namun pelakunya masih boleh ditangkap Dan didakwa mengikut undang undang jenayah Persekutuan di mana jentera penguatkuasanya lebih efisen, lengkap Dan perpengalaman, hukumannya pula lebih setimpal.


Peguam peguam mana yang ustazah rujuk tu????


- Che Ibrahim Mohamed



PUSAT EKONOMI DIGITAL

 






Salah satu ikhtiar Kerajaan untuk mendepani masalah kesenjangan digital dan pendapatan adalah dengan membina Pusat Ekonomi Digital (PEDi), yakni sebuah pusat sehenti penggunaan jalur lebar bagi kawasan-kawasan kurang mendapat perhatian.


Kerajaan MADANI akan menambah lebih 180 PEDi kepada 1,097 seluruh negara menjelang hujung tahun ini ketimbang 911 setakat ini. 


Transformasi digital adalah agenda  penting dalam usaha menterjemah wawasan kerangka Ekonomi MADANI. Tahap penguasaan ilmu dalam bidang baru mesti mesti cepat digarap dan dikuasai agar masyarakat tidak ketinggalan dalam arus deras perubahan. 


Sewaktu merasmikan Majlis Perasmian Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang hari ini, saya telah umumkan Pulau Mutiara bakal mendapat 41 PEDi dengan peruntukan RM47 juta untuk tujuan pembinaan dan pengoperasian 38 PEDi baharu di Pulau Pinang.


Saya yakin rakyat terbanyak pasti mendapat manfaat dan memanfaatkannya agar masyarakat lebih kendiri dan maju. 


#MalaysiaMADANI