CEPAT, CEPAT, CEPAT…KALAU NAK LOMPAT, LOMPATLAH SEBELUM 3 MAC!!

 


Parti Bersatu dijangka akan mengadakan perhimpunan agung khas pada 3 Mac ini.

Perhimpunan agung khas itu diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan susulun tindakan enam Ahli Parlimennya setakat ini yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang tampil menyokong Anwar tetapi masih ingin bersama parti itu ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Berikutan wujudnya kelompangan dalam akta lompat parti, tindakan enam Ahli Parlimen berkenaan tidak menyebabkan kedudukannya mereka sebagai Ahli Parlimen tergugur.

Sekadar memberi sokongan kepada Perdana Menteri tetapi mengumumkan kekal dalam Bersatu, tidak menjejaskan kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen.

Kedudukan seseorang Ahli Parlimen hanya akan tergugur jika mereka melompat menyertai parti lain.

Dalam hal tersebut, tindakan maksimum yang boleh diambil hanyalah menggantung keahlian enam Ahli Parlimen tersebut.

Jika parti memecat mereka, hanya keahlian sebagai ahli parti yang hilang, tetapi kedudukan sebagai Ahli Parlimen terus dikekal dalam genggaman dan ini sudah tentu merugikan Bersatu.

Untuk menyekat keadaan tidak sihat itu daripada terus berlaku, itulah yang menyebabkan Bersatu pada mesyuarat MPT pada Isnin, 12 Februari lalu memutuskan agar diadakan mesyuarat agung khas pada 3 Mac depan bagi meminda perlembagaannya.

Pindaan itu bagi memastikan Ahli Parlimen Bersatu yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan, sebagaimana dilakukan enam Ahli Parlimen berkaitan, kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen akan tergugur secara automatik, sekaligus membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Ertinya, selepas 3 Mac ini, Ahli Parlimen Bersatu tidak boleh lagi sesuka hati mengumumkan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri dan kerajaan, atas apa sebab sekali pun – mahu peruntukan, mengintai projek mahu pun jawatan dalam kerajaan.

Jika berbuat demikian juga, terkorbanlah kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen dan suatu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Pada 6 Januari lalu, Syed Abu Hussin, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang semacam melantik dirinya sendiri sebagai jurucakap kumpulan pelompat itu mendedahkan, terdapat tujuh atau lapan lagi Ahli Parlimen Bersatu akan tampil memberi sokongan kepada Anwar dalam waktu terdekat ini.

Kemudian, pada 26 Januari pula, beliau berkata, ada sepuluh lagi Ahli Parlimen Bersatu akan berbuat demikian.

Ehhh…mana satu jumlah yang betul YB?

Tetapi, tak kisahlah berapa jumlahnya – tujuh, lapan, sepuluh atau apa angka sekali pun – pokoknya bila lagi?

Cepat, cepat, cepat…kalau nak melompat, melompatlah sebelum 3 Mac ini.

Selepas 3 Mac, kalau melompat juga, alamatnya semua akan masuk longkang – hilang jawatan, hilang kedudukan, hilang gelaran serta hilang segala gaji dan elaun.

Ingat tu Syed Hussin, nak lompat mesti sebelum 3 Mac depan. – ShahbudinHusin 15/02/2024.

 


TEMBELANG PECAH LAGI – JHO LOW DALANG DI SEBALIK SURAT DERMA RAJA ARAB, DEDAH SAKSI 1MDB

 

Bekas penasihat undang-undang 1MDB Jasmine Loo Ai Swan mendakwa Jho Low adalah individu di sebalik surat yang dikaitkan dengan dakwaan janji sumbangan dari kerabat diraja Arab Saudi kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Loo yang merupakan bekas pegawai 1MDB yang dekat dengan Jho Low memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang Jho Low mengarahkan mendiang Kee Kok Thiam – individu yang didakwa sebagai sekutu rapat Jho Low – untuk menyediakan salinan surat itu bagi menjelaskan sejumlah besar wang yang masuk ke akaun Najib.

Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah RM2.27 dana 1MDB terhadap Najib hari ini, Loo berkata dia melihat bagaimana ia berlaku ketika dia diminta Jho Low untuk menyertai mesyuarat bersamanya, Kee dan dan dua individu lain di sebuah bilik di Hotel Mayfair di London pada 2015.

Loo berkata dua individu tersebut adalah pengarah Ihsan Perdana Sdn Bhd Shamsul Anwar Sulaiman dan pengarah projek Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) Dennis See.

Shamsul dan See merupakan saksi dalam kes rasuah RM42 juta SRC International, di mana Najib disabit bersalah dan menjalani hukuman penjara sejak Ogos 2022.

Ketika mesyuarat itu, dakwa Loo, Shamsul bertanya ada Low bagaimana untuk menyelesaikan isu aliran wang yang masuk dalam akaun Najib, didakwa daripada Putrajaya Perdana dan SRC.

Shamsul kemudian memberitahu Low yang ramai pihak bertanya kepadanya (Shamsul) berkenaan dakwaan wang itu adalah daripada 1MDB, dakwa Loo.

“Selepas itu, Low mengarahkan Kee untuk menyediakan satu surat pengesahan daripada Putera Saud untuk menyatakan wang yang masuk ke akaun Najib adalah derma daripada Arab Saudi.

“Selepas itu, saya dan Low keluar sekejap untuk bincang satu hal lain. Namun, ketika saya kembali ke bilik itu, saya lihat Kee sedang sediakan draf surat Putera Saud,” katanya lagi.

Dalam kedua-dua kes SRC dan 1MDB, Najib kekal mengatakan dia dijanjikan derma oleh Arab Saudi dan percaya wang yang masuk ke akaunnya adalah daripada kerabat diraja negara itu.

Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.27 bilion.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/696187

 

PERSESIAPAN/PERSEDIAAN UNTUK MENAWARKAN/MALAKUKAN MAKSIAT.




Che Ibrahim


Ramai pakar undang undang syariah yang tidak belajar undang undang mendakwa pembatalan Seksyen 44 dan 45 dalam EKJS (I) 2019 membuka peluang kepada berlakunya macam macam maksiat di Kelantan seperti berduaan atas kereta, tepi pantai dan sebagainya. 


Ambo nak oyat perkataan "maksiat" dalam ekjs (I) 2019 bukan bermaksud perkara dosa yang Allah larang sebagaimana maknanya mengikut istilah syarak.

Perkataan "maksiat" dalam ekjs (1) 2019 adalah bermaksud perkara mungkar yang ada elemen seksual @ bahasa mudah gat berkaitan menawar/persediaan untuk melacur diri atau melanggan pelacur.



HORMATI UNDANG UNDANG NEGARA


 Sewaktu menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), saya singgung keperluan aspek keharmonian negara ini agar terus dipertahankan tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.













Dalam perkembangan semasa, ini selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini agar ia perlu dihormati semua lapisan masyarakat, sementelahan menghormati kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara.


Saya maklumkan hadirin, Kerajaan Persekutuan menyambut baik titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-71 di Putrajaya hari ini supaya keputusan mahkamah itu dihormati dan dilihat tepat pada masanya bagi menurunkan suhu hangat politik semasa.


Dalam majlis yang sama, saya maklumkan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang dijadualkan berlangsung pada 29 Feb hingga 2 Mac depan adalah bersifat lebih inklusif.


Selain membincangkan isu berkaitan ekonomi Bumiputera, KEB 2024 juga diharapkan mendapat kerjasama dan sokongan bersama daripada masyarakat Cina dan India bagi membantu menangani masalah kemiskinan. 


Justeru, pemimpin dewan perniagaan yang mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India akan diundang untuk memberi pandangan dan input berhubung perkara itu supaya KEB 2024 tidak dianggap sebagai eksklusif.


#MalaysiaMADANI




PMX BANTU ARTIS






 Hari ini Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi seniwati Dato' Sarimah Ahmad dan seniman Dharma Harun Al-Rashid.


Mereka yang pernah terkenal dalam pentas layar negara menerusi karya masing-masing kini diuji dengan musibah penyakit yang amat mengesankan.


Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan mereka. 


Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI



𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗬𝗥 : 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗝𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗨𝗡𝗝𝗨𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗞𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗬𝗕 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜, 𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔, 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗗𝗜𝗔𝗠 - 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗣𝗧𝗔 "𝗦𝗣𝗔𝗥𝗞" 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗟𝗠 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜.





(NOTA Admin : Antara artikel-artikel terakhir dari Zus Din)


1) 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗴 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶, 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 jawap tentang masalah ekonomi dan MYR yg melemah. Dengar juga ceramah beliau di PRN yg lalu. Saya dah tulis perkara ni banyak kali naik malas nak korek balik, saya tulis semula. 𝗥𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝗻𝘆𝗮 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗛𝗢𝗥𝗧 𝗖𝗨𝗧 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗬𝗥 dengan faktor luaran dua rakan dagang terbesar US dan China yg menghimpit Malaysia. 


2) Saya pernah cerita bab itu dgn kadar faedah atau OPR di US yg mencanak dan China yg inflasinya dibiarkan dengan pertumbuhan ekonominya juga perlahan, 𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Ia bukan alasan tanpa asas, ia benar-benar berlaku.


3) Kita perlukan pengstrukturan semula 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗞 𝘆𝗴 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹. Kerana ia adalah "𝗲𝗻𝗷𝗶𝗻 𝘁𝘂𝗮" yg tidak lagi dapat melonjakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pelabur tidak lagi berminat dgn industri lama yg kita ada. Tidak ada pilihan lain, saya terpaksa sebut masalah dicipta BN dan PN sbb org mcm Dr Puad Zarkashi tak faham 𝘀𝗲𝗼𝗹𝗮𝗵-𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝘀𝗸𝗿𝗴 𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗽𝗲𝘁𝗶𝗸 𝗷𝗮𝗿𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗴𝗶𝗸 𝘂𝘁𝗸 𝗽𝘂𝗹𝗶𝗵 𝗱𝗴𝗻 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮. 𝗗𝗶𝗮 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗢𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗞𝗧𝗜? Boleh pulih segera dalam keadaan hutang RM1.5 Trillion yg dibuat oleh Kerajaan BN, Atok dan PNyakau Nasional?? Bukan PMX mahupun Rafizi yg kumpulkan hutang itu. Mereka hanya mewarisi.


4) 𝗗𝗶𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝟮 𝗻𝘆𝗮 𝗙𝗢𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 utk menyakitkan hati. Masalah Ekonomi negara ni terkait dengan 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗙𝗜𝗦𝗞𝗔𝗟 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝟭𝗠𝗗𝗕 𝘆𝗴 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗘𝗦𝗧𝗻𝘆𝗮 shj terpaksa dibayar sebyk berbillion setahun. Kalau nak ungkit formula Rafizi, mari kita ungkit segala macam di era Najib yg membawa kpd masalah hari ini. Boleh? Jangan melampau menganjing tanpa kritikan membina. Tak selesai masalah.


5) Sebab itu jangan dok ungkit2, serang Rafizi dengan ejekan2 dan herdikan kebudak2an. Kalau Rafizi menganjing lagi sakit hati, nasib baik dia tak buat. Beri masa, 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 "𝘀𝗵𝗼𝗿𝘁 𝗰𝘂𝘁" yg berkesan dan reserve BNM tidak mampu lagi digunakan utk menaikkan MYR seperti di era BN. Kita bukan byk duit mcm Singapore yg boleh dok buat mcmtu, beli Dollar Singapore. "𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗩𝗘𝗡𝗘" 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 sbb Financial System dia berbeza. 


6) PMX sudah lancarkan 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜, 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗕𝗮𝗿𝘂, salah satu usaha Kementerian Ekonomi menstrukturkan semula Ekonomi supaya kita dapat nilai pulangan yg tinggi. 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗸 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 "𝗼𝗯𝘀𝗲𝗹𝗲𝘁𝗲" dan negara serantau ada yg sudah tinggalkan kita. Rafizi juga sedang bina 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹, satu lagi aktiviti baru ekonomi yg boleh meningkatkan nilai utk negara. 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗲𝘀𝗶𝗳 sedang dibina, pendaftaran sykt peserta dan sebagainya. March nanti baru boleh start pilot project. Gaji penjawat awam akan lebih pantas dinaikkan.


7) YBM Tengku Zafrul di MITI pula menghasilkan 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗱𝘂𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝟮𝟬𝟯𝟬. Ini pun sudah dilancarkan oleh PMX. Maknanya ada 𝟯 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘆𝗴 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 dan ia adalah pelan jangkamasa panjang 3 hingga 4 tahun. Tiada jalan singkat sebenarnya. Bertahanlah. "𝗦𝘂𝘀𝘁𝗮𝗶𝗻𝗮𝗯𝗹𝗲 𝗱𝗲𝘃𝗲𝗹𝗼𝗽𝗺𝗲𝗻𝘁" memerlukan perancangan teliti dan masa bukan kelam kabut nak keputusan cepat. 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗱𝘂𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝗿𝗲𝘀𝘂𝗹𝘁? 𝗚𝗜𝗟𝗔. Nak jahanamkan memg mudah. Nak bina semula tak semudah itu ditambah pula perlukan Transformasi dan Reformasi. Ia adalah satu proses.


8.) Setahun PMX bertungkus lumus membawa 𝗙𝗗𝗜 𝗸𝗲 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. 9 bulan pertama tahun 2023 commitment pelaburan asing adalah sekitar 𝗥𝗠𝟮𝟮𝟱 𝗯𝗶𝗹𝗹𝗶𝗼𝗻. Paling cepat FDI akan menghasilkan "Spilled over" atau limpahan kpd Rakyat adalah sekitar 1 stgh atau 2 tahun kerana perlukan pelbagai kelulusan, lesen operasi, pembinaan premis / kilang dan penyediaan infrastrukur sebelum layak beroperasi. FDI, Aktiviti industri baru dan permintaan tukaran akan membantu menaikkan nilai MYR.


9) 𝗝𝗨𝗝𝗨𝗥𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝘂𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 𝗗𝗿 𝗣𝘂𝗮𝗱 𝗭𝗮𝗸𝗮𝗿𝘀𝗵𝗶 𝗮𝘀𝘆𝗶𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 dan mahukan result yg cepat seolah2 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸𝟮 𝗦𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜𝗖 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗲𝗻𝘁𝗮𝗸𝟮 𝗸𝗮𝗸𝗶 nak gula2 lolipop kerna tak faham yg kita perlukan masa.  Kerajaan sedang berusaha, sabarlah dalam keadaan sukar ini. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝘆𝗴 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳. Kalau setakat dok ulang tanya dan menganjing, tak mampu bg cadangan yg cerdik, 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗗𝗜𝗔𝗠. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 dan buat menteri mcm musuh kita.


10) Bimbang nampak kita ni boddow. 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗵 𝗹𝘂𝗻𝗰𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝟯 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝘂𝘁𝗸 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜. Takkan kita terlalu lemah minda utk berfikir sehingga tidak mempedulikan hakikat bahawa keputusan segera adalah mustahil dalam keadaan Fiskal tidak kuat dan hutg negara yg tinggi?


11) Dalam membicarakan soal Perpaduan dan berkawan, kata Dato' Lokman Noor Adam, "𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗴𝗮𝗿𝗮𝗺 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗸𝗮𝗻, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝘂 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗸𝗮𝗻". Belajarlah menghormati dan membantu. Jika tak boleh bantu, dok diam-diam 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 "𝗦𝗣𝗔𝗥𝗞" 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛𝗔𝗡 yg orang lain cuba elak.


Wallahualam.


- Zus Din

12022024


*******************

https://www.suarakeadilan.my/post/naik-nilai-ringgit-fokus-struktur-jangka-panjang-ekonomi-negara


*Rafizi Ramli walau pun nmpk sombong tetapi Brilliant!* 


Naik nilai ringgit: Fokus struktur jangka panjang ekonomi negara


12 February 2024 


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kerajaan tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah lama menggunakan wang rizab negara untuk didagangkan di pasaran mata wang bagi tujuan mengukuhkan nilai ringgit. 


Sebaliknya beliau berkata, pentadbiran sekarang perlu menumpukan fokus bagi tempoh jangka masa panjang dengan melakukan penstrukturan ekonomi, mengukuhkan fiskal dan mengurangkan kadar hutang. 


"Kita tidak boleh guna style dulu, pakai duit rizab kita pergi main pasaran mata wang hanya nak tunjuk (nilai) ringgit ini nak kukuh,  nanti dia jadi macam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), untuk politik nampak cantik kukuh, (tetapi) habis berbilion ringgit di pasaran.  


"Kena bersabar orang hentam macam mana pun, kita kena tumpu usaha menstrukturkan ekonomi kita supaya tiga empat tahun akan datang banyak industri dan syarikat yang boleh menawarkan potensi pulangan lebih baik dan yang ini akan menarik minat pelabur kepada Malaysia. Lagi banyak minat ke Malaysia maka lebih banyak wang akan masuk dan ringgit akan naik," katanya dipetik dari klip video rancangan Podcast Yang Bakar Menteri yang dikongsi dalam Facebook beliau baru-baru ini. 


Rafizi berkata, kesan jangka masa pendek yang menjadi faktor kejatuhan ringgit sudah diketahui semua pihak iaitu akibat tindak balas dua ekonomi besar dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China. 


Katanya kadar faedah yang tinggi di AS menyebabkan aliran wang masuk besar besaran ke negara kuasa besar itu manakala China yang mengalami pertumbuhan perlahan turut mempengaruhi Malaysia. 


"Pertumbuhan empat hingga lima peratus China dianggap rendah berbanding dahulu mencecah lapan peratus, oleh kerana China adalah rakan dagang kita yang besar maka bila ada masalah ia ada kesan kepada ringgit kerana pelabur dan pedagang mata wang merasakan ekonomi kita akan terheret sama," ujarnya. 


Tambah beliau, jumlah syarikat yang ada di negara ini pula banyak terbabit dalam sektor yang pada mata pelabur antarabangsa  tidak memberi pulangan tinggi termasuk perbankan. 


Oleh itu ia menyebabkan pelabur membuat pilihan lebih baik untuk mengalih pelaburan ke negara lain yang mengalami pertumbuhan lebih besar.


Justeru, Rafizi berkata negara ini perlu beralih kepada industri tertentu seperti peralihan tenaga yang mampu dilihat memberikan pulangan lebih baik pada masa akan datang.


"Kita tengok pasaran saham, bila kita lancarkan Pelan Peralihan Tenaga memang ada lonjakan pembelian saham kerana pelabur merasa teruja yang ini adalah sektor yang mereka rasa pasa masa akan datang beri pulangan lebih besar dan kita berharap banyak syartikat kita mula menyertai (sektor itu)," katanya. 


Dalam pada itu, beliau menjelaskan kejatuhan ketara nilai ringgit bermula pada tahun 2015 akibat kebimbangan pelabur dan pasaran ekoran skandal 1MDB.


Kata beliau, dalam keadaan nilai ringgit tidak pernah pulih sepenuhnya daripada kejatuhan 2015, mata wang negara kini dipengaruhi pula oleh dasar monetari AS dan kelembapan ekonomi China. 


"Untuk jangka masa pendek, kita wajar menilai secara objektif kemampanan ekonomi negara dan tidak melatah dengan mengambil jalan singkat," jelasnya.


Pada masa sama, Rafizi memuji Bank Negara membuat keputusan yang tepat dengan tidak menaikkan kadar faedah atau tidak mempertaruhkan rizab simpanan negara untuk mempertahankan ringgit.


"Untuk jangka masa panjang, usaha menstrukturkan kembali ekonomi ke arah nilai tinggi perlu dipercepatkan seiring dengan langkah kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskal negara. 


"Kedua-dua langkah ini akan menjadi kayu ukur yang dirujuk pelabur dan pasaran untuk menilai potensi lonjakan ekonomi negara di masa akan datang.


"Penstrukturan ekonomi negara juga penting untuk memastikan eksport negara tidak terlalu bergantung kepada sentimen ekonomi dunia, contohnya sekarang, akibat sentimen ekonomi dunia yang menyederhana, eksport elektronik negara adalah perlahan yang mempengaruhi nilai ringgit," katanya.



SULTAN SELANGOR DAH BERI AMARAN

 





Zuwairi Md Yusoff

PENGERUSI MAJLIS KEBANGSAAN ISLAM MKI SULTAN SELANGOR sudah bersuara.PDRM tidak perlu tunggu laporan polis di buat untuk bertindak.PDRM boleh terus heret TAKIYUDDIN HASSAN dan RAKAN2 yg menghasut bawa ke mahkamah untuk terime hukuman setimpal dengan hasutan mereka.Jangan layan PN PAS mahu MADANI ubah PERLEMBAGAAN NEGARA,usah peduli seruan mereka mahu wakil2 NEGERI dalam MKI tambah2 pula wakil dari KELANTAN,TERENGGANU,PERLIS,KEDAH bawah PAS,BERSATU palatao terpaling ISLAM



MESYUARAT MAJLIS BAGI AGAMA ISLAM SELANGOR

 










Menjunjung kasih atas kesudian DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-71 hari ini.


Mesyuarat MKI jelas menzahirkan keprihatinan DYMM Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini dan juga isu semasa terkait dengan umat Islam khasnya.


Antara titah DYMM Tuanku yang penting untuk disemat adalah peringatan akan pentadbiran agama Islam di negara ini perlulah bebas dari pengaruh politik kepartian dan amalan mempolitikkan setiap urusan agama.


Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan menjunjung kasih juga atas pesanan DYMM Tuanku agar umat Islam di negara ini terus memperkukuh komitmen terhadap perpaduan dan ukhuwah yang terus menjadi teras kepada kemajuan dan pembangunan negara.


#MalaysiaMADANI



KAJI KOMPETASI DUN



Adrian Lim Chee An


Apa dia "Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam"?


Kat Malaysia ni, dua badan yang dibenar membuat undang-undang ialah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebab itu masa pilihan raya, kita memilih dua calon, iaitu Ahli Parlimen dan Ahli DUN.


Ahli Parlimen dan Ahli DUN yang kita undi inilah yg bertanggungjawab menggubal undang-undang di peringkat Parlimen dan di peringkat DUN.


Mereka menggubal jenis undang-undang apa?


Perlembagaan Persekutuan secara jelas memisahkan tentang jenis undang-undang yg boleh digubal oleh Parlimen dan jenis undang-undang yg boleh digubal oleh DUN.

• Federal List (Parlimen)

• State List (DUN)


Ertinya begini.

Parlimen tidak boleh menggubal undang-undang di bawah State List.

DUN pun tidak boleh menggubal undang-undang di bawah Federal List.


Atas kertas, pemisahan ini nampak jelas. Parlimen buat kerja Parlimen, DUN buat kerja DUN.


Tetapi pada realitinya, terdapat juga ambiguity atau "kekaburan" di mana pemisahan itu menjadi kabur kerana...... Malaysia mempunyai dua jenis undang-undang dan mahkamah

• undang-undang dan mahkamah sivil

• undang-undang dan mahkamah syariah.


Oleh kerana ianya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan bahawa undang-undang Parlimen "paling kuat", maka sekiranya dua-dua Parlimen dan DUN membuat undang-undang yang sama bidang tetapi isinya bercanggah, secara automatik DUN akan kalah. Parlimen menang.


Itulah yang berlaku di dalam kes Nik Elin, di mana undang-undang yang digubal oleh DUN Kelantan telah kalah.


Ini bukan salah Nik Elin.

Ini bukan salah Perlembagaan Persekutuan.

Ini juga bukan salah Hakim Mahkamah Persekutuan.


Ini adalah salah DUN Kelantan kerana membuat undang-undang di luar bidang kuasa mereka. Ibarat melanggar dinding tanpa pakai helmet.


Sebab itu, sebab itu, sebab itu.......


Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia atau MKI, telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Sultan Selangor sendiri.


Ini kerana selain cabaran yang dibawa oleh Nik Elin, terdapat juga undang-undang syariah lain yang telah digubal oleh DUN yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan.


Cuma buat masa ini, undang-undang sebegitu belum dibawa dan dicabar di mahkamah lagi. Tunggu masa je.


Sultan Selangor telah lama nampak benda ini dan menurut kebijaksanaan baginda, baginda mahu penyelesaian.


Maka the way forward ialah menubuh "Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam" di bawah MKI.


Baginda berhasrat mengkaji perkara ini secara lebih mendalam, dan sebelum satu lagi kes seperti kes Nik Elin berulang di mana undang-undang syariah lain dicabar dan kalah kerana kesalahan dan kegopohan kerajaan negeri sendiri.


Jawatankuasa ini dibarisi oleh pakar undang-undang. Tanggungjawab mereka adalah dua:


1. Mengkaji apa lagi undang-undang syariah yang telah digubal oleh DUN yang berkemungkinan bercanggah dengan undang-undang Persekutuan

2. Sekiranya ada, bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda, supaya undang-undang syariah ini tidak dicabar dan mengalami kekalahan


Itulah kehebatan dan kebijaksanaan Sultan Selangor berbanding kerengga-kerengga dan penunggang agama.


Baginda mencari solusi ke masa depan.




LUPA....KAH..KAH..KAH




 Dia lupa ke masa dia angkat sumpah jadi ahli parlimen, antara kandungan ayat dia ialah memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan Malaysia. Tak kan dia dah lupa kot. Aduhhhh.. Hadi.. Hadi..



HUKUM HAKAM PUN DIPARODIKAN. DAN KERAJAAN INI BAIK


Abu Miskhat




 Setelah hukum-hakam Islam diparodikan, 


Setelah undang-undang Perlembagaan kita dipertikaikan, 


Setelah keputusan mahkamah tertinggi Mahkamah Persekutuan dipermainkan, 


Setelah YAA Hakim-hakim kita dipersendakan, 


Setelah fakta kesalahan judi dan minum arak untuk orang Islam kekal dalam enakmen syariah dinafikan dengan lawak bodoh parodi, 


Setelah fahaman ramai orang diselewengkan kononnya hakim sivil membatalkan hukum syarak, 


Setelah semua kerosakan itu dilakukan atas nama parodi, 


Cukupkah hanya sekadar menurunkan video dan minta maaf? 


Selepas ini akan ada ramai lagi yang memparodikan agama dan institusi terhormat kita.



AMAN LA SANGAT...BERTAHUN MENYAKAW...

 




Dua pegawai atasan Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), hari ini mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas dihadapkan dengan 52 pertuduhan pecah amanah.


Jumlah dana yang terlibat dalam pertuduhan tersebut berjumlah lebih RM20 juta.



RCI BATU PUTIH

 


Alhamdulilah. Akhirnya, YDP Agong perkenan tubuhkan RCI ini. Kita tengok siapa yang bakal kena lipat. Sapa yang buka semula semakan, sapa yang tidak mahu meneruskan tuntutan. Rakyat Malaysia berhak tahu. 



Teringat 26 tahun dulu, ada orang tua berbohong satu Malaysia bahawa Anwar Ibrahim memukul diri sendiri dalam lokap. Akhirnya, apabila RCI ditubuhkan, jelas terbukti bahawa orang tua itu berbohong. Anwar Ibrahim sememangnya dibelasah oleh mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor.





JANGAN CURI MINYAK RAKYAT MALAYSIA


Mohd Norazlan


 Semoga penguatkuasaan lebih tegas dengan kerjasama stesen minyak dan masyarakat.


Pemilik kereta dari Singapura dan Thailand sila jangan mencuri subsidi hak rakyat Malaysia.




AMANAH TEMERLOH SUMBANG BAKUL RAHMAH

 

Malam tadi selepas program Amanah Kawasan Temerloh, sempat menyerahkan  Bakul Rahmah Madani sumbangan Yayasan Rahmah Malaysia yang baru diambil pada sebelah siangnya.









WALAUN KALAU NAK MAIN NO EKOQ DI KELANTAN... INGAT INGAT.

 





Mungkin kerana mereka terpengaruh dengan momokan boleh berjudi di Kelantan kerana undang undang berkaitan judi, Seksyen 37 (1)(a) telah dibatalkan oleh Nik Elin Nik Rashid, lalu mereka pun berjudi secara terbuka, tidak sembunyi sembunyi lagi....

(Sebenarnya yang dibatalkan ialah 37(1)(b).


Realitinya mereka lupa undang undang berkaitan perjudian adalah kuasa Persekutuan, hukumannya jauh lebih berat, jentera penguatkuasanya (polis) ramai, terlatih dan lebih cekap berbanding jentera penguatkuasa (pencegah maksiat) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri) yang serba kekurangan.



HARGA BERAS BARU....

 



JANGAN LAK KOMEN BERAS NAIK REGA. HABIS PETANI TAK MAU JADI KAYA JUGA? MEREKA JUGA NAK SARA KELUARGA....

BELI ROKOK SEKOTAK SEHARI OK LA PULAK YA.... 

JANGAN JADI...... MINDA MISKIN JIWA PENGGEMIS... 

DI MALAYSIA..... RAJIN DAN USAHA... INSYAALLAH BOLEH HIDUP.