Menjunjung kasih atas kesudian DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-71 hari ini.
Mesyuarat MKI jelas menzahirkan keprihatinan DYMM Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini dan juga isu semasa terkait dengan umat Islam khasnya.
Antara titah DYMM Tuanku yang penting untuk disemat adalah peringatan akan pentadbiran agama Islam di negara ini perlulah bebas dari pengaruh politik kepartian dan amalan mempolitikkan setiap urusan agama.
Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan menjunjung kasih juga atas pesanan DYMM Tuanku agar umat Islam di negara ini terus memperkukuh komitmen terhadap perpaduan dan ukhuwah yang terus menjadi teras kepada kemajuan dan pembangunan negara.
#MalaysiaMADANI