JAWATAN MB BAKAL HILANG. SANUSI KETINGGALAN MERACAU BAB SD.

 

Bermula 18.1.2024 perbicaraan terhadap Sanusi selama 10 hari"

SANUSI sdh ketar lutut jika bungkus jawatan MB bakal melayang.




MACAM BAGUS

 

Nazri Iznil


Betapa yakinnya Hadi mengatakan PAS tidak terpalit sebarang rasuah tetapi akhirnya ....🫢🫢😁😁




KAWASAN TUMPUAN SEKITAR IBU KOTA DISERBU IMIGRESEN

 

KAWASAN TUMPUAN SEKITAR IBU KOTA DISERBU IMIGRESEN 










KUALA LUMPUR, 6 Januari 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melakukan serbuan menerusi Operasi Kutip di sekitar kawasan tumpuan di ibu kota, malam ini.


Operasi bermula jam 9.30 malam tertumpu di tiga lokasi warga asing berkumpul iaitu kawasan sekitar hadapan pusat beli-belah Suria KLCC, Jambatan Saloma dan Pavilion Bukit Bintang susulan aduan orang ramai mengenai kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama pada hari minggu di kawasan itu.


Operasi diketuai oleh Tuan Jafri bin Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi). Hadir sama Tuan Mohd Jasmi bin Mohd Juwahir, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan; Tuan Wan Mohammed Saupee bin Wan Yusof, Pengarah Imigresen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan disertai seramai 42 pegawai pelbagai pangkat serta turut dibantu empat orang pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Semasa serbuan dilakukan turut berlaku cubaan melarikan diri namun kecekapan pegawai penguat kuasa berjaya menahan mereka.


Lebih 120 individu diperiksa dan seramai 31 PATI yang berumur antara 19 hinga 50 tahun telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.


Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.


#imigresen #jim #kdnmadani #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama



ZIARAH PUN SALAHKAH? TAK ZIARAH LAGI KENA KUTUK. AKAI TAK JENUH.

 


Ahmad Mursi


PMX cuba jaga air muka Hj Hadi.. Ziarah lah kawan2 sakit.. itukan tanggungjawab mukmin.. 


Tapi Ustaz Meor ni pulak yang bawa kisah tak baik... Nampak tak berapa molek lah..

DUA PENIPUAN RAJA PETRA TERBONGKAR

 



LA JO IR


2 penipuan Raja Petra yang terbongkar:


1) Senarai “120 SD” itu telah terbukti satu penipuan sebab terdapat nama Ahli Parlimen Sg Petani (YB Taufiq Johari) dan Ahli Parlimen Bagan (YB Lim Guan Eng)!


2) Hamzah sendiri telah nafi adanya perkenan YDPA untuk menerima menghadap Ahli Parlimen dan SD


Raja Petra - buka mulut je muhong!! Raja Petra ni masih rakyat Malaysia ke? Balik Malaysia pun kecut!



MEMAHAMI BAGAIMANA PROSES MENJATUHKAN KERAJAAN, APA JUA LANGKAH NAK TUMBANGKAN ANWAR SEKADAR SEMBANG KARI SAJA


Sejak lebih seminggu lalu, hangat diperkatakan tentang kerajaan perpaduan akan dijatuhkan dan diberi gambaran kononnya jumlah Ahli Parlimen yang menyokong perubahan itu sudah pun mencukupi.


Mula-mula dikatakan sudah ada 112 Ahli Parlimen yang memberi sokongan, kemudian bertambah kepada 120 dan terbaru dikatakan meningkat lagi kepada 129.


Tidak mustahil mainan angka itu terus bertambah dan bertambah sekarang ini.


Daripada 69 Ahli Parlimen yang ada bersama blok pembangkang sekarang, tidaklah pula diketahui siapa daripada blok kerajaan yang ingin menambahkan angka itu kepada sekurang-kurangnya 112 atau lebih daripada itu.


Begitu pun, semua gambaran angka-angka itu hanya bermain di media sosial dan percakapan dari mulut ke mulut semata-mata.


Tiada mana-mana pemimpin blok pembangkang yang berani mengesahkannya dan Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin yang sedang bercuti di luar negara sehingga 25 Januari depan barangkali senyum-senyum saja membaca mainan angka itu.


Pokoknya, jika sudah cukup angka dimiliki, kenapa tidak diumumkan secara rasmi kerajaan benar-benar boleh dijatuhkan?


Nak tunggu apa lagi?


Dalam kemelut ini yang dijangka berterusan lagi entah berapa lama lagi kerana manusia secara umumnya suka kepada khabar angin dan adanya pergolakan, mari kita memahami bagaimana sesebuah kerajaan itu boleh dijatuhkan.


Mengikut perlembagaan, perlantikan Perdana Menteri adalah atas budi bicara Yang Dipertuan Agong atas kepercayaan baginda bahawa seseorang itu memiliki sokongan majoriti daripada 222 Ahli Parlimen iaitu lebih daripada 112.


Mahiaddin pernah tidak diyakini oleh Istana Negara untuk dilantik bagi kali kedua sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 lalu, walaupun telah menyenaraikan jumlah sokongan yang mencukupi melalui SD atau akuan bersumpah.


Agong kemudiannya lebih meyakini Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan perakuan ketua-ketua parti terhadap Pengerusi PH itu.


Bermakna di sini, kuasa budi bicara Agong itu adalah muktamad dan membawa atau menghantar sejumlah SD kepada Istana Negara tidak lagi membawa sebarang makna.


Namun demikian, meski Agong mempunyai kuasa budi bicara melantik seorang Perdana Menteri, tetapi baginda tidak diberikan kuasa untuk memecat Perdana Menteri.


Perdana Menteri hanya boleh diganti setelah Perdana Menteri itu sendiri secara sukarela meletakkan jawatannya dan perkara ini boleh dirujuk ketika Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan pada 2020 dan Mahiddin juga berbuat demikian pada 2021.


Dalam hal ini, jika benar blok pembangkang sudah mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan, selain ia perlu diumumkan secara rasmi untuk pengetahuan terbuka, ia juga perlu dilakukan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.


Tanpa usul undi tidak percaya, Perdana Menteri tidak boleh dijatuhkan kerana Perdana Menteri tidak boleh dipecat atau dipaksa untuk meletak jawatan walaupun dua tiga orang TikTokers menjerit setiap minit mengenainya atau berapa banyak sekali pun SD dihantar ke Istana Negara.


Silap Tun Mahathir dan Mahiaddin dulu ialah mereka cepat sangat meletakkan jawatan tanpa melakukan usaha lain untuk mengekalkan nikmat yang sedang disandang.


Dengan demikian, cakap-cakap kononnya blok pembangkang sudah ada SD mencukupi itu hanya layak dicampak ke dalam sungai saja buat ketika ini dan tiada asas sama sekali untuk mempercayainya, melainkan ia dapat dibuktikan dengan segera melalui keberanian mengemukakan usul undi tidak percaya.


Sekarang baru bulan Januari dan Parlimen dijadualkan bersidang pada 26 Februari depan dan jika usul undi tidak percaya mahu dikemukakan, inilah tarikh yang paling hampir sekali untuk menjatuhkan kerajaan.


Dua isu di sini, pertama – beranikah blok pembangkang melakukannya?


Yang kedua, sesuatu usul yang hendak dibawa itu perlu memenuhi tiga syarat utama – perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan – dan dalam hal ini menjadi kuasa Speaker Parlimen membuat keputusan membenar atau menolaknya.


Dengan tiga syarat tersebut, terutama syarat perlu disegerakan – senang cerita – Speaker lebih diberi kuasa untuk menolak daripada membenarkan usul undi tidak percaya itu.


Jadi, bagaimana nak jatuhkan Anwar dan menukar kerajaan?


Anwar dengan slogan Lawan Tetap Lawan yang sudah sebati dalam dirinya diyakini tidak akan mudah mengalah, bahkan tidak perlu melayan apa jua desakan, tambahan lagi kerusi Perdana Menteri itu sendiri sudah diidamkannya selama lebih 25 tahun lamanya serta banyak ranjau terpaksa dilaluinya.


Malah, Anwar sebagai Perdana Menteri masih ada pilihan lain boleh dilakukan sebelum beliau mungkin dijatuhkan iaitu dengan segera membubarkan Parlimen dan perkara ini pernah berlaku dalam kemelut politik Sabah sebelum ini.


Apa pun, untuk lebih mendamaikan jiwa, lebih baik dianggap semua gegak-gempit atau ada pelbagai langkah kononnya kerajaan akan jatuh itu sebagai sembang kari semata-mata.


Ia terlalu jauh daripada mungkin menjadi kenyataan dan detik paling munasabah untuk melakukan perubahan kerajaan ialah PRU16 pada tahun 2027 akan datang.


Daripada asyik melayan telinga mendengar sembang kari tak ada titik sedemikian rupa, jauh lebih nikmat jika kita, di waktu hujan begini, pergi melayan makan kari bersama kawan-kawan yang sehati sejiwa. – ShahbudinHusin 07/01/2023.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/07/memahami-proses-untuk-menjatuhkan-kerajaan-apa-jua-langkah-hanyalah-sembang-kari-saja.html



 

Learry Jabul




Seandainya menjatuhkn kerajaan itu menjadi keutamaan pembangkang ketika ini, maka jelas la bahawa mereka tdk mempedulikn sentimen pelabur ke dlm negara... Kestabilan politik, kestabilan kerajaan yg memerintah antara pertimbangan para pelabur... Jika ini pun puak pembangkang tak peduli, maka rasanya cukup2 la kerajaan pusat membantu negeri pembangkang lps nihh...

 Jika pelabur takut nk melabur, jd hasil kerajaan akan berkurangan... Mcm mana la kerajaan nk membantu negeri pembangkang yg mmg bergantung kpd kerajaan persekutuan?? Banjir, di kelantan terengganu berpuluh juta kerajaan pusat bg bantuan... Bantuan kewangan pun kerajaan pusat salurkn kpd kerajaan negeri pembangkang utk pengurusan pentadbiran negeri ... Apa lg yg kurang???


EJAAN TIDAK DI EDIT. KUALITI PENULISAN BAIK, EJAAN TIDAK BAIK. TERLALU BANYAK SINGKATAN EJAAN. 



PANGSAPURI SERI CEMPAKA RAWANG DISERBU IMIGRESEN

 







KENYATAAN MEDIA

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA


PANGSAPURI SERI CEMPAKA RAWANG DISERBU IMIGRESEN 


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menahan seramai 106 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu Tindakan Operasi Penguatkuasaan pada 06 Januari 2024. Operasi ini dijalankan pada jam 12.30 pagi di Pangsapuri Seri Cempaka, Rawang. 


Operasi ini telah dijayakan dengan kekuatan seramai 309 orang pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Khidmat Ekspatriat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Keselamatan dan Pasport, Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik, Bahagian Integriti, Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya dan turut dibantu oleh pegawai dari JIM WP Kuala Lumpur, JIM Melaka, JIM KLIA, JIM Negeri Sembilan bersama 12 orang pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan 10 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

 

Dalam operasi ini seramai 468 orang telah diperiksa dan hasilnya seramai 106 orang PATI yang berumur di antara enam bulan hingga 49 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan. Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada warganegara Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Pakistan.

 

Lokasi serbuan yang berada di luar bandar ini adalah agak mencabar kerana laluan masuk kawasan perumahan terhalang dengan kenderaan yang parkir secara tidak teratur menyukarkan kenderaan operasi masuk ke sasaran. Terdapat 8 blok lima tingkat bangunan pangsapuri kos rendah terdiri dari 80 sehingga 100 unit rumah bagi setiap blok. 


Antara yang diperiksa juga adalah 174 lelaki, 79 perempuan, 27 kanak-kanak lelaki, 20 kanak-kanak perempuan dan selebihnya adalah warga negara tempatan. Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam berhubung PATI yang disyaki tinggal di kawasan perumahan tersebut tanpa memiliki pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.


Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.


JAFRI BIN EMBOK TAHA

TIMBALAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN (OPERASI)

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA



BILA PERLEMBAGAAN PARTI SENDIRI MENGBALANG DARI MELAKUKANNYA




Learry Jabul


 Bila dia bercakap saja mesti nampak spt org belajar tak habis jer... Ker dia terpaksa cakap begitu bg menyedapkn hati tuang presideng?? Apakah dlm kepala otak dia hanya Akta anti lompat parti saja kah yg terpakai?? Benar mp blh isytihar sokong sesiapa saja utk jd pm tanpa keluar parti, tp kerompongan Akta anti lompat parti itu ditutup dgn menggunakn perlembagaan dlm parti masing2... 

Umnobn, parti2 komponen ph dan  beberapa parti yang lain telah melakukan pindaan ke atas perlembagaan parti mereka supaya mana2 mp yang mengalihkn sokongan kpd pihak lain yg bertentangan dengan keputusan parti maka kerusi mp nya akan terlucut...  Hanya PN saja yang belum melakukn pidaan dlm perlembagaan parti mereka...



KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA


 KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA

7 JANUARI 2024


1. Menyedari tuntutan politik yang semakin mencabar, Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai salah satu komponen Kerajaan Madani, meningkatkan komitmen untuk bergerak dengan lebih jitu bagi sessi 2023-2026. Kesungguhan ini adalah bagi memastikan kerajaan pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim ini kekal utuh dan stabil demi menjamin pembangunan negara yang mampan dan kehidupan rakyat yang sejahtera. 


2. Berteraskan semangat agenda perpaduan yang diangkat sebagai tema Konvensyen Amanah Nasional 2023, Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional (JKP) dalam mesyuarat pertama pada hari ini yang dipengerusikan oleh Presiden AMANAH, YB Datuk Seri Mohamad Bin Sabu, sebulat suara memutuskan perlantikan jawatan-jawatan pengurusan merangkumi gandingan pimpinan berpengalaman dan muda di kalangan 27 orang JKP yang dipilih dalam Konvensyen Amanah Nasional pada 24 Disember 2023 sepertimana berikut:


Naib Presiden 4 : Dato' Wira Mahfuz Omar

Naib Presiden 5 : YB Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli

Setiausaha Agung : Muhammad Faiz Fadzil

Timbalan Setiausaha Agung : Pn Norhayati Bidin

Penolong Setiausaha : Mohd Faizul Salleh

Penolong Setiausaha : Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Setiausaha Organisasi : Abang Mohd Kerdee Abang Masagus

Bendahari Agung : YB Ir Izham Hashim

Pengarah Komunikasi : Khalid Abd Samad

Pengarah Strategi  : Ahmad Sabki Yusof

Pengarah Pembangunan Sumber 

Manusia : YB Suhaizan Kaiat

Pengarah Syariah : Datuk Dr Hasan Bahrom

Pengarah Pilihanraya : YB Mohd Sany Hamzan


3. Bagi mengangkat suara akar umbi, perlantikan Pengerusi Amanah di peringkat negeri akan dibuat dalam mesyuarat Amanah Nasional yang akan datang setelah notis bertulis yang cukup diberikan kepada setiap kawasan Amanah seluruh negara bagi menamakan calon yang sesuai dan layak untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh Presiden dan JKP. 


4. Mesyuarat Amanah Nasional turut meluluskan kerangka pelan strategi yang dicapai melalui pemukiman pada 6 Januari 2024 dengan objektif untuk menguatkan parti melalui agenda mengukuhkan organisasi, membina kemantapan ahli melalui nilai² yang dikongsi bersama dan mengasaskan identiti perjuangan dan pendekatan politik yang disegani rakyat Malaysia berteraskan prinsip amanah, adil dan rahmat untuk semua. 


Sekian, terima kasih. 


Muhammad Faiz Fadzil

Setiausaha Agung 

Parti Amanah Negara



INI SEBABNYA MENGAPA ANWAR TIDAK DAPAT MELAWAT HADI AWANG DI IJN


Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) tidak dibenarkan menerima pelawat.


Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman, berkata kesihatan Ahli Parlimen Marang itu semakin baik dan stabil, tetapi masih memerlukan pemantauan.


“Ayahanda tuan guru (Abdul Hadi) dijangka keluar daripada IJN dalam tempoh terdekat.


“Walaupun kesihatan ayahanda tuan guru semakin stabil dan masih memerlukan pemantauan, tetapi dia tidak dibenarkan untuk menerima pelawat,” lapor BH.


Sejak 1 Januari lalu, Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), dilaporkan berada di IJN untuk menjalani pemeriksaan jantung.


Dalam masa sama, Mohd Syahir berkata, Hadi kebetulan mempunyai prosedur rawatan di unit lain ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke IJN untuk menziarahinya, kira-kira jam 2.30 petang semalam.


“Ayahanda tuan guru secara kebetulan tidak berada di wad yang dikhaskan untuknya, sebaliknya ke unit lain kerana perlu mematuhi prosedur rawatan ditetapkan pihak IJN.


“Kita sudah memaklumkan jadual rawatan ayahanda tuan guru kepada pegawai Anwar yang menghubungi kita, kira-kira jam 12 tengah hari.


“Tetapi, Anwar tetap hadir untuk turut melawat rakannya, Prof Ziauddin, yang secara kebetulan sedang dirawat di wad lain di IJN,” katanya lagi.


Hadi, 76, sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah beberapa kali dimasukkan ke IJN untuk rawatan.


Walaupun demikian, jenis penyakit dihidapi Ahli Parlimen Marang itu tidak didedahkan kepada media.


Pada Jun tahun lalu, Hadi dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Terengganu.


Anak lelakinya, Khalil, berkata kesihatan ayahnya ketika itu semakin merosot, dan meminta orang ramai mendoakan agar bapanya sembuh.


Keadaan Hadi kemudiannya stabil sebelum dia dipindahkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) ke wad biasa sebelum dibenarkan keluar.


Sumber – https://harapandaily.com/2024/01/06/hadi-dinasihat-tidak-terima-pelawat/


https://shahbudindotcom.net/2024/01/07/ini-sebabnya-mengapa-anwar-tidak-dapat-melawat-hadi-awang-di-ijn.html



ISU SEMASA YANG HARUS DIKETAHUI




Mohd Fairul Al Qasas


 Semalam aku balik puncak alam, selain dari melawat homestay kami, aku turut sertai mesyuarat politik dengan kawan-kawan LTL.


Grup yang ditubuhkan pasca langkah sheraton .


Maklumat yang kami dapat, langkah Dubai ni memang wujud.


Tapi keterdesakan untuk ambil alih kerajaan tu bukan sebab tempoh YDPA al Sultan Abdullah akan tamat...atau lebih tepat sebelum Sultan Johor ditabal jadi YDPA...


Bukan....sebab Sultan Abdullah sendiri memang tidak akan layan puak tebuk atap ni..



Baginda pun nak bersara dengan damai.


Keterdesakan ini kerana untuk mengelak mereka didakwa dan harta yang mereka ambil secara salah sejak 30 lalu disita kerajaan. 


Anwar Ibrahim sendiri dikatakan malas nak ganggu Tun yang sudah tua tersebut.


Tapi Tun dan puak kartel marah dengan tindakan Kerajaan PerPADUan yang baru-baru ini mendenda kartel ayam hampir setengah billion atau lebih tepat RM415 juta.


Belum kira lagi projek-projek kroni yang disemak semula dan dinilai balik.


Hasil usaha keras Anwar Ibrahim dan Tengku Zafrul, pelaburan masuk bertali arus. Dikatakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.



Inflasi menurun, pengganguran menurun. Peluang kerja banyak terhidang.


Rafizi pula lancarkan PADU (orang kata PKR-Amanah-DAP-UMNO) yang mana sistem ni akan jadi pemain utama dalam menyampaikan subsidi lebih berkesan dan menjimatkan sekurang-kurangnya RM4 Bilion wang rakyat.


Perkhabaran dari JPA, pelarasan gaji penjawat awam akan dimuktamadkan. Kenaikan gaji akan diumumkan dalam tahun ini juga. Malah skim gaji bermaruah untuk swasta akan turut berlangsung dimana kerajaan akan tambah gaji pekerja syarikat tertentu yang mengambil bahagian untuk tempoh setahun.



Selain itu projek ekonomi khas IPR dan INTAN dijangka berjaya meningkatkan pendapatan peserta dan INTAN akan membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk sara diri dalam soal ayam dan sayuran.


Petunjuk ekonomi lain seperti ringgit dan bursa saham semakin baik.


Oleh itu dalam tempoh lagi 1-2 tahun rakyat akan mula merasai apa yang dikatakan sebagai negeri makmur baik lagi diberkati.


Inilah yang atok dan geng tebuk atap takut sangat. Mereka akan kehilangan hujah apabila Malaysia semakin bertambah baik dibawah kepimpinan PMX.


Kenyataan PM paling gagal, ekonomi teruk, adalah zikir bodoh walaun yang bila ditanya secara khusus apa yang gagal, apa yang teruk, tidaklah dapat mereka nyatakan.


Geng tebuk atap juga terkejut, apabila isu pemuda kahfi Kristian yang sepatutnya menjadi tumbukan smackdown ke atas Anwar,  sebaliknya satu demi satu asatizah bangun menyatakan hujah menyokong atau sekurang-kurangnya membenarkan kenyataan Anwar. 


Terbaru kenyataan rasmi Mufti Wilayah dalam bayan linnas dalam isu ini, dengan jelas mengatakan TIDAK SALAH mengatakan agama pemuda kahfi sebagai Kristian. 


Sebenarnya ramai asarizah ini bangkit bukan sebab menyokong PMX,  tapi menyelar sikap melampau menyesatkan dan mengkafirkan orang atas isu yang ulama khilaf.


Bak kata orang, terlebih smackdown menjadikan sokongan dan empati beralih ke PMX.


Maka bagi mengekalkan momentum sokongan kepada PN, maka mereka sentiasa memberi candu 'PMX akan jatuh'


Berikut senarai candu mereka,


1. Nov 2022 - Dah cukup jomlah

2. Dec 2022 - Kerajaan Perpaduan tidak kukuh dan bila2 masa akn tumbang.

3. Januari 2023- Kerajaan Perpaduan akan tumbang hujung Januari

4. Februari 2023 - Kerajaan Perpaduan akan tumbang bulan ini ( Februari )

5. Mac 2023 - Kerajaan Perpaduan akn tumbang pada bulan puasa.

6. Mei 2023 - Kerajaan Perpaduan akan tumbang selepas Hari Raya. Perdana Menteri cabar undian di Parlimen tapi pembangkang tidak berani.

7. Jun 2023 - GPS akan sertai PN, Perdana Menteri akan bertukar pada Julai. GPS nafikan bersama PN.

8. Julai 2023- Sudah cukup jumlah kerajaan Perpaduan akan tumbang September

9. Ogos 2023 - Kerajaan akn tumbang bila2 masa ( bye2 PM )

10. Oktober 2023 - Ahli UMNO akn tarik sokongan. Kerajaan akan tumbang.

11. Nov 2023 - PMX sudah hilang majoriti kerajaan akn bertukar.

12. Dis 2023 - Petang Jumaat kerajaan akan bertukar

13. Dis 2023 - Langkah Dubai… pemimpin2 sudah bersepakat bersetuju

14. Januari 2024 - Akhirnya MB Kedah terpaksa beritahu dia tahu tarikh Kerajaan akan tumbang. 

15. Januari 2024 - Raja Petra beritahu dia sudah ada senarai mereka yg akan serah SD.


Berdasarkan akta anti lompat dan ketidakupayaan mana-mana pihak dari UMNO dan GPS untuk membawa semua AP mereka, maka cita-cita mereka kekal lah menjadi candu.


Contohnya begini, dari 28 AP UMNO, mungkin 11 akan tarik sokongan, 


Tapi dari 23 AP GPS, separuh darinya juga tidak akan bersama PN.


Inilah yang memeningkan mereka sebenarnya. 


11 UMNO ini pula tidak berani bertindak lebih jauh kerana kuartir kerajaan tak jatuh, maka tindakan lebih keras termasuk saman 100 juta akan mereka hadapi..


Anwar Ibrahim akan terus tersenyum dan bekerja untuk Malaysia. Pengundi baru dan atas pagar dapat memerhati dengan jelas, siapa yang mempunyai idea dan bekerja untuk negara,  dan siapa pula sabotaj ekonomi dan keharmonian negara.


Buat masa sekarang Kerajaan PerPADUan berada di landasan yang betul.


Dan kami grup LTL akan terus menyampaikan informasi tepat dan mempertahankan kerajaan ini.


Sekian.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Puncak Alam



LANGKAH DUBAI




Saiful Nizam


Sandiwara Dongeng Raja Putar Keliling


Makin rancak isu Kerajaan Perpaduan dah tumbang. Berkokok penyokong pembangkang bersorak dengan penipuan dari tukang karut mereka RPK.


...


Desas-desus yang kata Perikatan Nasional ada 120 SD dan sudah dipersembahkan kepada YDP Agong. Maka Malaysia akan dapat Perdana Menteri baru tak lama lagi.


Macam ni la.. Benda ni kita dah dengar sejak Ogos 2023 lagi, nak tukar kerajaan.. berkali-kali kepala penyokong pembangkang kuyup kena kencing.


Padan muka kau!


Aku nak share beberapa fakta untuk korang faham dan kemudian cuba fikir semula, betul ke sembang lebat dari RPK ni?


Tolak tepi sentimen, dengar dan fikir dengan waras.


Kita ada Akta Anti Lompat Parti, dah berkuatkuasa dan menjadi punca kenapa Muhyiddin gagal jadi Perdana Menteri sekali lagi selepas PRU15, walaupun Hadi Awang pun penuh bangga kata dah cukhop jumlahhh!


Akta Anti Lompat Parti menyebabkan SD tak laku. Kena berikan sokongan secara en-bloc, secara berkumpulan bukan individual lagi.


Habis tu ahli parlimen PN yang beralih dan berikan sokongan kepada PMX tu macam mana?


Dia macam ni, Akta Anti Lompat Parti ada flaws, kelompongan. Semua maklum sejak dari awal dan diperjelaskan oleh Tan Sri Wan Junaidi semasa sesi penggulungan meluluskan akta tu.


Dia nak masukkan klausa supaya ahli parlimen yang melanggar kehendak parti akan hilang kerusi secara automatik tapi Perikatan Nasional tak setuju masa tu.. Ada niat nak shopping ahli parlimen ke?


Ni yang aku cakap, senjata makan tuan. Sudahnya ahli parlimen Perikatan Nasional sendiri yang alih sokongan tapi masih kekal kerusi, tak perlu kosongkan.


Yang bijaknya, PH dan BN dah dari awal atasi kelompongan tu, setiap ahli yang bertanding dah sign akujanji, kalau tak ikut kehendak parti atau alih sokongan maka kena bayar jumlah tertentu.


PH letak jumlah RM10 juta, dan memang akujanji tu valid sebab dah ada precedent bila Zuraida diperintah oleh mahkamah untuk bayar RM10 juta kepada PKR.


BN lagi hebat, mereka letak jumlah RM100 juta. Inilah punca kenapa tiba-tiba Perikatan Nasional tak cukup jumlah hari tu. 10 ahli parlimen Barisan Nasional yang berikan SD pada Muhyiddin tu takde nilai.


Jadi berdasarkan RUU Akta Anti Lompat Parti,  hanya ketua en-bloc yang layak buat keputusan bergabung sekiranya perlu untuk bentuk kerajaan bukannya individual lagi.


Muhyiddin tak faham agaknya, Hadi Awang mungkin taktau.. Dia selalu ponteng parlimen.


Maka apa yang dicanang oleh RPK ni cuma wayang dongeng je. Nak buat penyokong pembangkang tu happy.. Terdesak sangat dah tu.


Kita faham, sejak kebelakangan ni SPRM pun makin hebat. Ramai dah masuk pukat! Bukan ikan bilis tapi jerung pun kena sauk.


Geng-geng yang ada rasuah dan salahlaku memang tak senang duduklah. Mereka cuba apa saja cara nak lepaskan diri. Saki baki sakau memang masih ada di Barisan Nasional, mereka-mereka ni pun sama panas pungkoq.


Masalahnya Anwar Ibrahim masih ditampuk kuasa dan makin agresif perangi korupsi. Pengerusi GPS, Abang Johari pun terang-terang menolak sebarang usaha nak jatuhkan kerajaan perpaduan. Sabah pun sama, tetap dengan kepimpinan Anwar Ibrahim.


Mana nak datang cukup jumlahnya.. Pesan aku, terutamanya kepada penyokong pembangkang.. Bangkitlah dari mimpi.. Kahkahkah!


Kepada pembangkang, do your part please. Be an effective opposition, kritik usaha kerajaan, cungkil kelemahan pentadbiran supaya kerajaan berkhidmat sebaiknya untuk rakyat dan negara. Bukan main sentimen dan tanam kebencian tak sudah.


Malaysia berada di landasan terbaik untuk kembali mengukuhkan ekonomi dan memperbaiki taraf hidup rakyat.


Saiful Nizam

6hb Januari 2024



WOIIII DAH CUKUP JOMMMLAH...

 

Zuwairi Mohd Yusof




PAS Pusat secara rasmi menukar ‘Profile Picture’ di kesemua platform media sosial mereka ekoran kegagalan ‘Langkah Dubai’ 


Mereka kata BN dah tak relevan UMNO berpecah belah tapi hakikatnya PN PAS,BERSATU yg di ambang kehancuran kerana kita tahu perangai PAS macam mana sekian lama.



ORANG BODO KALAU KOMEN TETAP NAMPAK BODO




 Aku tak nak ulas cerita Kedah tak bayar gaji pemain ni. Cuma nak tunjukkan kebodohan walaun. Cuma tengok apa walau komen. Tiba-tiba dia kaitkan DAP.


Dah kenapa? Ini cerita bola la. Apa ada kena mengena dengan politik? Wei yang teraniaya tak dapat gaji tu majoritinya Melayu la. Kenapa tak dibela?


Sifat taksub macam ni yang akan musnahkan negara. Segala isu nak dimasukkan unsur perkauman sempit. Ini yang akan jadi rasuah pun takpe janji Melayu. Kan bodoh macam tu! &°¥\£×•✓§}°¢. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TINDAKAN OLEH SKMM

 

Rupanya ada individu yang buat sesi LIVE di TikTok, kononnya beliau menggodam sistem PADU. Ada sesiapa yang tonton sesi tersebut?



Telah tular satu video di TikTok yang memberikan sentimen negatif terhadap PADU. 


Jika dilihat paparan video tersebut, terpampang log bertarikh tahun 2022, sedangkan PADU belum wujud ketika itu.


Video tersebut telah dipanjangkan kepada pihak SKMM untuk tindakan lanjut.




SUDAH.... ADA LAGI NAK SOKONG

 

Learry Jabul

Ketika mereka sibuk nak tumbangkn kerajaan, tiba2 khabarnya hal sebaliknya mungkin berlaku... Hehehe... Sukar nampaknya bagi PN mencari ketenangan dalam politik... Itu la jangan cuba2 buat huru-hara kat orang lain...