KAWASAN TUMPUAN SEKITAR IBU KOTA DISERBU IMIGRESEN

 

KAWASAN TUMPUAN SEKITAR IBU KOTA DISERBU IMIGRESEN 










KUALA LUMPUR, 6 Januari 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melakukan serbuan menerusi Operasi Kutip di sekitar kawasan tumpuan di ibu kota, malam ini.


Operasi bermula jam 9.30 malam tertumpu di tiga lokasi warga asing berkumpul iaitu kawasan sekitar hadapan pusat beli-belah Suria KLCC, Jambatan Saloma dan Pavilion Bukit Bintang susulan aduan orang ramai mengenai kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama pada hari minggu di kawasan itu.


Operasi diketuai oleh Tuan Jafri bin Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi). Hadir sama Tuan Mohd Jasmi bin Mohd Juwahir, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan; Tuan Wan Mohammed Saupee bin Wan Yusof, Pengarah Imigresen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan disertai seramai 42 pegawai pelbagai pangkat serta turut dibantu empat orang pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Semasa serbuan dilakukan turut berlaku cubaan melarikan diri namun kecekapan pegawai penguat kuasa berjaya menahan mereka.


Lebih 120 individu diperiksa dan seramai 31 PATI yang berumur antara 19 hinga 50 tahun telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.


Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.


#imigresen #jim #kdnmadani #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama