RAMAI ANAK MUDA CERDIK PANDAI MEMAHAMI.. WALAUN DAN LEBAI PAS SAJA TAK CERDIK... LAMA LAMA ORANG TAHU JUGA PERANGAI LEBAI... MEREKA BUAT BOLEH, ORANG BUAT HARAM. TAPI AKHIRNYA MEREKA ADA KUASA, APA PUN TAK BUAT.


Dr Mazlee Malik 


Alhamdulillah 



Mungkin mana-mana badan pengkaji ataupun mana-mana IPT boleh jalankan kajian dan kongsikan dengan awam peratusan rakyat yang telah ‘memahami’ aspirasi MADANI yang dibawa oleh kerajaan di bawah teraju YAB PM DS Anwar Ibrahim.


Kita mahukan fakta dan statistik berbicara. Rasionalnya kerana rata-rata pegawai kerajaan dan rakyat bawahan yang saya temui masih lagi kabur tentang MADANI.


Harap jentera penerangan dan media berkaitan milik kerajaan ataupun menerima laba dari kerajaan dapat pertingkatkan usaha promosi MADANI.


Seperkara lagi yang lebih penting ialah perlu usaha lebih agresif oleh mereka untuk membenamkan segala fitnah, adu domba dan tularan jahat oleh Penghancur Negara lewat ruang media sosial yang mereka melata dewasa ini.