Tindakan TikTok mengurangkan jumlah pekerjanya tidak akan menjejaskan operasi mereka dan hubungan kerjasama syarikat itu dengan pihak berkuasa di negara ini, khususnya dalam aspek penelitian dan saringan kandungan serta sesi Live.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata berdasarkan pertemuannya dengan TikTok Malaysia semalam, syarikat itu memaklumkan jumlah tenaga kerja di negara ini masih tinggi, iaitu sekitar 3,700 orang dengan pemberhentian hanya melibatkan 481 pekerja.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews