JKOM – ELOKLAH DITUTUP ATAU SERAH SAJA KEPADA UMNO!!
7 October
2024
Jkom Oh Jkom…sudah hampir dua tahun berlalu, masa
terbazir dan wang pembayar cukai habis begitu saja tetapi hasil kerjanya tak
pernah kelihatan sampai sekarang.
Sudah banyak PRK dan dalam pelbagai isu yang
timbul, termasuk sebahagian besarnya melibatkan hentaman kepada Perdana
Menteri, Anwar Ibrahim, kewujudan JKom langsung tidak dirasai.
Kalau apa pun “hasil kerja” terkait Jkom yang
jadi sebutan hanyalah tentang “video Wahab” yang hasil siasatannya masih
disembunyikan hingga sekarang.
Dalam tempoh hampir dua tahun ini, Jkom dikira agensi paling
malang kerana terpaksa melantik dua Ketua Pengarah dan kedua-duanya pula
ditamatkan perkhidmatan di tengah jalan.
Salah yang dilantik atau salah pihak yang melantik?
Dalam perkembangan terbaru sebagaimana
dilaporkan media semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, fungsi Jkom
akan diteliti semula terutama dari sudut organisasi dan perjawatan.
“Dalam masa yang sama kita berhasrat memindahkan secara fizikal
pejabat Jkom ke Kementerian Komunikasi (sekarang ini pejabat Jkom terletak di
Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya).
“Selain itu, fungsi Jkom juga akan diteliti semula,” katanya.
Fahmi juga berkata, pihaknya masih belum menentukan bila
perlantikan Ketua Pengarah Jkom yang baharu, selepas perkhidmatan Mohd
Khairuddin Othman ditamatkan, akan dilakukan semula.
“Kita belum lagi ke arah itu,” tambahnya.
Adoiiii…apa ni Fahmi, sudahlah belum ada ketentuan bila Ketua
Pengarah baharu akan dilantik, sekarang fungsi Jkom pula mahu dikaji semula.
Kenapa setelah hampir dua tahun terbentuk kerajaan madani dan
sudah dua Ketua Pengarah dilantik, baru sekarang mahu dikaji semula fungsi
Jkom?
Kenapa tidak dibuat kajian di peringkat awal
lagi atau sebelum Ketua Pengarah pertama, Dr Agus Yusof dilantik dahulu?
Nak buat kajian tu berapa lama pula?
Enam bulan? Setahun? Dua tahun?
Lepas tu nak pindahkan lagi pejabat Jkom ke Kementerian Komunikasi
yang sudah tentu akan mengambil masa berbulan-bulan juga lamanya.
Bermakna, ada tiga perkara masih membelenggu Jkom sekarang –
ketiadaan Ketua Pengarah, kajian semula fungsinya dan cadangan pindah pejabat.
Akhirnya, mungkin setahun lagi Jkom akan kekal terkangkang tidak
berfungsi sebagaimana sekarang.
Apa pun, gagalnya Jkom berfungsi selama ini bukan saja
memperlihatkan kegagalan Fahmi selaku menteri yang bertanggungjawab, malah juga
menyerlahkan kegagalan kerajaan madani pimpinan Anwar.
Dipendekkan cerita, jika beginilah gayanya, lebih baiklah tutup
saja Jkom ini.
Daripada kewujudannya menyakitkan hati penyokong-penyokong PH yang
selalu mengecam atas kegagalan agensi itu berfungsi, baiklah ia dihantar ke
tempat persemadian untuk dikebumikan.
Atau pun jika Jkom masih mahu dikekalkan
juga, lebih wajar rasanya ia diserah kepada UMNO untuk mengendalikannya.
Menteri-menteri UMNO barangkali lebih pandai berbanding Fahmi
untuk menjadikan Jkom benar-benar berkesan mempertahankan kerajaan. – ShahbudinHusin 07Oktober2024.