SIAPAKAH PEMIMPIN BAGI SETIAP UMMAT



Dalam ayat 71 Surah Al Isra' , Allah swt berfirman:


يوم ندعوا كل أناس بامامهم....

(Pada hari kami menyeru setiap manusia ( untuk bangkit  di akhirat nanti ) bersama pemimpin/imam mereka....)


Haji Hadi dalam status medsosnya menyebut maksud imam/pemimpin dalam ayat ini ialah pemimpin yang diikutinya sewaktu di dunia. Ayat ini menjadi hujah kena pilih pemimpin yang baik masa mengundi untuk mentadbir urusan dunia ( kerana merekalah yang akan dibangkit bersama penyokongnya di akhirat nanti??)


Mengikut tafsiran ahli ahli tafsir yang muktabar, kalimah imam/pemimpin dalam ayat tersebut membawa beberapa makna, iaitu:





1. Kitab catatan amalan mereka. 

2. Nabi nabi atau rasul bagi setiap ummat. 

3. Kitab kitab yang diturunkan kepada mereka yakni Zabur, Taurat, Injil, Al Quran dll)

4. Pemimpin yang mereka ikuti, iaitu ahli iman pemimpin mereka ialah nabi nabi mereka, manakala ahli kufur pemimpin mereka ialah pembesar, ketua ketua dan orang orang yang mereka ikuti/sembah. 


Ambo keliru adakah betul haji hadi merujuk makna pemimpin dalam ayat 71 surah Al Isra' itu adalah termasuk pemimpin pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya. Kalau itulah tafsirannya, maka siapakah pemimpin Pas yang akan dibangkitkan bersama penyokong Pas nanti, adakah Amaludin Darus, Dato' Asri, Yusof Rawa, Dato Fadhil Nor atau Tuan Guru Haji Hadi atau ikut YB/Adun masing masing??



No comments:

Post a Comment