GILIRAN ABDUL SOMAD PULA BERTEMU ANWAR



MSO




Seorang demi seorang tokoh agamawan, ulama, pendakwah, akademis dan sebagainya bertaraf duia telah mengunjungi atau ditemui oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahimn. Kehadiran mereka itu jelas menunjukkan gagasan atau wawasan kerajaan Madani dipelopori Anwar untuk negara ini diterima. 


Hari ini tokoh pendakwah Nusantara Ustaz Abdul Somad pula kelihatan bersama Perana Menteri Anwar Ibrahim dan turut sama MB Selangor Amiruddin Shari. 


Kelihatan Abdul Somad solat Jumaat bersama Anwar dan Amiruddin Shaari. Abdul Somad mempunyai pengaruhi besar di alam Nusantara, sebelum ini sudah beberapa kali ke Malaysia dan menyampaikan syarahan di Kelantan dan juga Terengganu. 


Dalam seronok melihat peristiwa ini, kita seperti ternanti-nanti bila pula tokoh-tokoh dakwah kontemporari kita seperti Azhar Idrus yang punyai pengikut dikalangan anak muda, akan terlihat akan dirai atau mengunjungi perdana menteri. 


Sudah pasti jika ada moment (gambar) Anwar berada di satu kerusi kerusi dengan diapit oleh sosok seperti Abdul Somad, Azhar Idrus dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza) ia akan menjadi moment terindah buat kita semua. 


Semoga Muharram tahun ini akan merintiskan moment demikian di masa depan lebih harmonis. Trims.




No comments:

Post a Comment