Propaganda peliwat

 


Propaganda peliwat


Saya terbaca penghantaran Pn. Liyana Marzuki  tentang propaganda pembangkang yang diulang-ulang untuk menanam kebencian kepada pemimpin kerajaan. 


Dalam tulisan ini saya fokus untuk menjawab propaganda PMX peliwat dahulu, kerana persoalan itu sering ditanya kepada saya dalam sesi wacana saya dengan para pengetua, penolong kanan dan para guru di Terengganu dalam sembilan siri wacana setakat ini. 


Apabila soalan berkaitan tuduhan liwat terhadap PMX ditanyakan, saya menjawab dengan dua cara. 


Pertama, cara politik. Bagaimana? 


DSAI dipenjarakan atas pensabitan kes liwat 2 berdasarkan perundangan sivil. Pembangkang khususnya Pas kan tidak percaya kepada kesahan undang-undang sivil? Kerap ustaz dan pemimpin Pas mengatakan mereka akan menang di mahkamah Allah di akhirat walaupun meteka kalah saman fitnah di mahkamah dunia (sivil). 


Habis tu kenapa pembangkang beria-ia pula percaya mahkamah sivil dalam kes liwat 2? Pembangkang hipokrit. 


Semua orang tahu sabitan kes liwat 2 adalah berdasarkan undang-undang sivil iaitu Kanun Keseksaan. 


DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memberi pengampunan penuh kepada DSAI pula adalah berdasarkan peruntukan sivil yang lebih tinggi, iaitu hak prerogative yang diberikan Perlembagaan Persekutuan. 


Perlembagaan Persekutuan adalah lebih tinggi daripada Kanun Keseksaan dalam aturan perundangan sivil. Kenapa peruntukan sivil Kanun Keseksaan kamu terima, peruntukan sivil Perlembagaan Persekutuan pula kamu tolak? Sedangkan semua MP termasuk pembangkang angkat sumpah menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan! Lemah sungguh pembangkang di Malaysia ini. 


Kedua, jawapan dari segi syariah berlatarkan sejarah perundangan Islam di zaman Saiduna Umar bin al-Khattab. 


Gabenor Basrah, al-Mughirah bin Syu'bah dituduh berzina oleh empat orang sahabat. Tiga orang daripada mereka mengaku melihat perzinaan itu berlaku seperti melihat batang celak masuk ke dalam lubang botol celak. Saksi keempat kata dia tak nampak seperti itu, cuma nampak al-Mughirah menindih seorang wanita yang bukan isterinya. 


Akhirnya Umar menghukum sebat 80 kali ke atas tiga sahabat itu dan membebaskan al-Mughirah daripada tuduhan zina (tidak dihukum rejam atau sebat 100 kali). 


Jika saksi tiga orang melihat dengan mata kepala sendiri perzinaan al-Mughirah pun tidak sabit hukuman zina ke atas al-Mughirah, siapa yang melihat Anwar Ibrahim meliwat? 


Maka sesiapa yang mengatakan DSAI liwat atau kunyit atau planta, sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar qazaf dan layak dihukum 80 sebatan di khalayak ramai. Persaksian orang itu pula ditolak selama-lamanya kerana dia fasik sehinggalah dia bertaubat dan meminta maaf dengan DSAI.  Jika lelaki, dia tidak layak menjadi wali perkahwinan anak perempuannya. 


Sampai di sini, biasanya audiens saya akan ternganga.


***********


Untuk bacaan lanjut kisah al-Mughirah bin Syu'bah dituduh zina, sila baca tulisan saya bertarikh 25 Ogos 2021 di link: https://www.facebook.com/share/p/oyP7ADYsjDuAcn6h/?mibextid=oFDknk